Aku memandu kereta keluar dari rumah Mak Som. Jalan tanah merah yang tiada lampu kiri kanan itu membataskan penglihatan aku kala itu.
'Padan muka aku!Siapa suruh tak pakai spek!'gumam aku sendiri di dalam hati.Ku kecikkan mata untuk membuatkan penglihatanku sedikit jelas.Walaupun aku tahu sebenarnya tidak membantu langsung.Ada sedikit penyesalan kerana meninggalkan bekas cermin mata di atas meja di pejabat.Penuh berhati-hati aku memandu. Perasaan gusar mula menyerang.Aku menjeling jam di dashboard kereta. Tepat pukul 12.00 tengah malam. Bermakna agak lama juga dia menghabiskan masa di rumah Mak Som tadi. Banyak kisah hidup Mak Som yang diketahuinya. Aku tahu Mak Som sepatutnya tidak perlu lagi hidup susah. Tidak perlu lagi menjual kerepek di tepi jalan untuk mencari sesuap nasi. Aku tahu sebenarnya Mak Som hanya menghabiskan masa dan sisa usianya menjual kerepek untuk menghilangkan rasa rindu kepada anak tunggalnya. Ya,lelaki sombong dan bongkak itu mempunyai segala-galanya sekarang ini. Tapi dia mungkin lupa siapa yang ada dibelakang nya sejak dulu.
'Eh aku pulak yang sibuk kutuk mamat tu.Hurm..tapi memang tak patut lah.Kau kaya dan ada segalanya tapi kau lupa orang tua yang satu-satunya ada untuk kau.Bongok tau lelaki ni..!'Tiba-tiba..
'PINN!!'Hon kuat dari sebuah kereta lain membuatkan aku tersentak. Pantas aku menekan brek dengan cepat.Ada sedikit bunyi yang keluar dari tayar kereta. Kereta terbehenti di bahu jalan.Gear ku tukar kepada Neutral.Tangan masih di gear dan kaki masih di pedal minyak.Aku memandang kereta tersebut dari cermin pandang belakang. Cahaya tinggi dari kereta belakang itu membataskan penglihatanku.Tambahan lagi penglihatan ku memang terhad tanpa cermin mata. Aku masih tidak keluar dari kereta. Pada waktu begini,untuk keluar dari kereta seorang diri dan tempat yang begitu asing bukanlah satu idea yang baik. Hati mula rasa tidak sedap. Aku menukar gear ke D untuk berlalu dari situ setelah terlihat kelibat seseorang keluar dari kereta tersebut. Dari susuk tubuh badan aku mengagak adalah seorang lelaki. Aku mula khuatir. Tanpa berlengah aku menekan pedal minyak dan tanpa memandang ke belakang lagi aku meninggalkan kawasan tersebut. Jantung berdegup kencang.
'Apalah kau ni,Min!Patutnya kau jalan terus aje jangan berhenti. Kalau apa-apa jadikan susah?' bebelku sendiri di dalam hati. Perjalanan ku teruskan menuju ke rumah. Sambil sesekali mata ku kerling di cermin pandang belakang dan cermin sisi. Bimbang kalau kereta tersebut mengekori. Aku meneruskan pemanduan sehingga sampai ke rumah 30 minit kemudian. Aku masuk ke dalam rumah terus setelah enjin kereta ku matikan. Pintu pagar ku kunci dan lampu rumah ku hidupkan. Cahaya terang menerangi seluruh bahagian rumah ku kala ini. Aku melepaskan keluhan di sofa di ruang tamu sambil mengenang kepada peristiwa sebentar tadi. Kepala digelengkan kerana terasa kelalaian ku semakin teruk. Perlu apa aku berhenti dan perlu apa aku mengelamun kepada kisah hidup Mak Som? Mungkinkah kerana semuanya berpusat kepada harta benda dan kuasa duit? Kenapa manusia berubah bila berduit?Aku terkenangkan suatu masa dulu. Di suatu hari yang membunuh segala perasaan ku.
"Kau nak pergi mana ni hah?!" jerkahan itu tidak ku endahkan waktu itu.Tangan pantas memasukkan baju-baju didalam sebuah beg yang bersaiz sederhana besar.
"Aku tanya kau lah!Pekak ke?!"aku masih tidak peduli. Tangan ligat memasukkan pakaian yang bersepah di atas lantai.
"Kau nak pergi sangat kan?Biar aku campak kan semua baju-baju kau kat luar.." baju-baju yang ku lipat kemas tadi dicampak keluar dari bilik. Aku memandang wajah di hadapanku dengan rasa amarah.
"Kau memang melampau...."ujarku menahan marah.
"Aku yang melampau?Kau tak melampau?Aku tanya kau buat bodoh. Aku call kau beratus kali kau biarkan!Kau ingat aku kayu ke?!"ujar lelaki itu lagi.
"Apa lagi yang kau nak ni?Tak puas-puas lagi kau sakitkan hati aku?"aku melawan. Hati yang sakit diperlakukan pagi tadi membuatkan aku tidak mengalah.
"Kau tahu aku je yang sakitkan hati kau. Kau pernah tak sekali berfikir apa pulak perasaan aku?pernah tak?!"
"Apa yang aku buat pada kau?Tak cukup lagi ke semua pengorbanan aku lakukan pada kau?Kenapa ini yang kau balas?"aku masih tak mengalah.
"Kau menyakitkan hati aku. Kau ego!"
"Ego aku sekalipun aku pernah mengalah selama 2 tahun ini dengan sikap kau..Aku lupakan harapan orang tua aku. Aku lupakan kerjaya aku demi harapan kau yang kononnya boleh menjaga aku. Tapi,apa?Apa aku dapat?"
"Oh,kau tanya apa kau dapat dari aku?Aku bagi kau makan selama ni,aku bagi kau duduk sini sampai aku tak bagi apa pun pada mak aku!Aku buat semua yang kau nak selama ni tak cukup lagi?Tapi kau ada buat apa untuk aku?Apa aku dapat?!!" mataku mencerlung mendengar segala patah ayat yang di keluarkan.
"Kenapa itu yang kau cakap kan pada aku?"aku menunduk dan terkejut. Hati menjauh. Air mata bertakung di kelopak mata.Hati bagai di siat.
"Ye,memang aku tak dapat apa pun dari kau selama ni!Aku yang banyak berhabis untuk kau!Ikutkan hati ni,aku dah taknak tengok muka kau lagi kat sini tau tak!" aku mendongak memandang wajah di hadapanku. Perasaan marah meluap-luap saat itu.
"Apa kau cakap?"soalku.
"Aku dah taknak tengok muka kau lagi!Kau boleh berambus kalau kau nak. Aku pun dah tak hairan la dengan kau. Patutlah hidup aku sial. Ada je masalah yang datang. Ni semua sebab kau. Aku sial sebab kenal kau,terima kau!Kau tahu tak?!"
"Hebat..So,yang kau terhegeh-hegeh menahan aku sekarang ni kenapa?!"tengking ku kuat. Kesabaran aku menipis. Lebih-lebih lagi mendengar semua yang diperkatakan petang itu. Di luar guruh berdentum-dentum menandakan hujan akan turun.
"Kurang ajar!Kenapa mulut kau ni macam ni sangat ha?!"
"Aku takkan kurang ajar kalau kau tak kurang ajar dengan aku!Kau yang jadikan aku macam ni...!"
Panggg!Terasa perit pipi ku kala itu. Lamunan ku terhenti. Aku memandang sekeliling. Bak kedengaran suara dan jerkahan itu di situ. Aku memegang pipi yang basah. Walau sesakit mana sekalipun tamparan itu tapi yang pastinya peristiwa itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam hatiku. Aku tidak percaya kata-kata dan perbuatan itu keluar dari mulut seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dalam pelayaran. Telah ku korbankan perasaan orang tua ku. Telah ku korbankan perasaan seorang lelaki lain yang inginkan peluang kedua dari ku. Telah ku korbankan kerjaya ku. Semata-mata hanya sebab cinta dan sayang ku padanya. Hatiku menjadi kosong sejak itu. Aku berundur dan aku mengalah. Peristiwa itu juga lah yang mendinginkan hati dan perasaan ku. Tidak ku buka lagi pintu hatiku pada sesiapa jua yang datang menghulurkan salam. Aku menjadi sangat tekilan dan takut. Takut untuk menyayangi lagi sepenuh hati. Benar kata-kata yang keluar dari perasaan marah adalah mengarut. Tapi kata-kata itu tetap keluar dari mulut kita sendiri. Perlukah aku memaafkan?Hati ini disakiti. Kata-kata yang melukai hati yang sememangnya telah lama terluka. Aku perlukan kelegaan tika ini kerana mungkin aku terlalu kerap menggunakan minda untuk berfikir setiap peristiwa yang dilalui. Dengan tekanan di tempat kerja, mereka yang dipanggil sahabat. Lepas satu, satu perkara lain lagi yang berlaku. Jadi aku perlukan rehat.
"Baik aku mandi lepas tu tidur. Esok bangun lupakan apa yang berlaku.."bisikku sendiri. Aku bangun dari sofa dan menutup suis lampu dan berjalan ke bilik dengan hati yang sukar untuk dimengertikan..
~Lara 05/12/12~

Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.
~Lara 05/12/12~
2 comments:
ni kan cerpen dikarang sendiri ke?...:)
ye ery..sebagai hobi je.. =)
Post a Comment