Pages

New Year 2013

0 comments
Assalamualaikum..


Kawan-kawan blogger sekalian, dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Moga tahun 2013 ini memberikan kejayaan dan lebih kebahagiaan buat kita semua..Juga membuatkan kita menjadi lebih baik dari sebelum nya. Selamat tinggal 2012. Dugaan,suka dan duka akan ku susun kemas dalam helaian buku kehidupanku. 

~Love is like magic but sometimes magic is just an illution~


~Lara 31/12/12~

Motip Bon*** ??

4 comments
Assalamualaikum...

Hahh,what the title itu macam?hihi..bahasa censored tak baik untuk tontotan umum...kikii..ok,pada suatu malam yang dingin..ye,agakdingin di situ...selepas masing-masing kekenyangan,aku mencari-cari kelibat memasing...sebab suara takde macam biasa..kalau tak memasing bila aku dah start bukak sliding door kat balkoni memasing akan sibuk buat ripot..ni tidak..hairannnn!Rupenyee.....





Hammpehhh!memasing tunjuk montot...kiki..sebenarnya deme semua ralit tengok ada bende terbang2 kat luar balkoni tuuu...Hoiii,bukan Cik Ponti laaa!!ala,malam-malam kan selalu macam ada bintang yang kecik tu..bukan lipas...aku pun taktahu nama saintifik beliau ape...hah yg tu la yang dorang ralitkan...tengok si Cekot tu...sampai ekor dok berendam dalam air minuman pun tak sedar..walhal,habit kalau kena air wajib dia melompat macam kena histeria.....Hadoiiiiii...

~Lara 31/12/12~


Boredom Causes & Effect!

0 comments
Assalamualaikum..



Lately I really need some space to think my life badly. Seriously,it's not related with anybody else. Sometimes..or maybe I could say my mind getting explode already?Or should I say, I'm gonna be crazy with what I did in every single day?What exactly I need! Oh ok some people said Boredom is an emotional state experienced when an individual is left without anything in particular to do, and not interested in their surroundings. Yeah this is true!

There are 3 types of boredom ( this is just my personal opinion, guys! Tiada berkenaan dengan yang hidup atau yang mati...^ ^ )
  1. We are prevented from engaging in some wanted activity like you really wanna go out with your bf or gf for having the others friend port luck but your parents asked you to stay and eat together with them at your house!tralalalalallalala...Gile punye contoh
  2. When we are forced to engage in some unwanted activity like you want to eat but at the same time your younger sister or brother shouted at you & asked you to look at your weight scale!hahaha.. ^ ^
  3. When we are simply unable - for no apparent reason to maintain engagement in any activity or spectacle..er..errr...like what?like.....you have to stay at your house,having lunch & dinner with your family since they wanted to supervise your DIYET schedule....tralalalalalalala....
*Oh well..why those example are about EAT?MEAL?DIYET?hahahah..i'm sorry..my bad...lagipun at the first corner been informed that there's not related with 'yang hidup atau yang mati' kannnn?tralalala


The interesting part (as per my conversation with one of my friend past two weeks.Yes,the day before I'm crying badly thru phone with my Mommmmm..kui2 ^ ^) - Boredom would be turned to clinical depression. Boredom and boredom proneness are both theoretically and empirically linked to depression and depressive symptoms. Oh My!This is bad. Really bad!Serious, I'm not joking with this part..Is my sentences before and before...past....doluuuu2 in my life is because I'm crazy & depression??Mommmmmm....I'm not!

Ok done!I'm ok now..no more BOREDom..NO..Aiyem ok & happy in my life!yeahhhhh....

*what say You......




~Lara 30/12/12~

Kealpaan perlukan teguran!

4 comments
Assalamualaikum...

Tajuk yang mungkin agak beremosi di situ ye..hahaha..Ok cool...sebenarnya lately aku rasa emosi ku macam tahap gaban sikit kot..mungkin penat mungkin stress..ke sejak2 usia yg dah meningkat naik ni sebenarnye ye?Aktiviti aku setiap Isnin hingga Jumaat : Bangun Tidur,Mandi,bersiap, makan ubat,turun pergi kerja,drive, meeting,buat kerja,layan Pesbuk (sambil-sambilan dong),layan twitter,update blog,balik keje,drive,sampai kedai,tengok order,bukak laptop,kira akaun,buat design,tutup kedai,balik rumah,bersihkan tempat anak2,bagi deme makan,mandi,makan,tengok tv,tido. Dan aktiviti tu la bak round shape aku lakukan setiap hari. Hanya berubah bila ada perkara2 yg tidak ada dalam senarai berlaku tiba-tiba..

Tetap manusia biasa bila berada di rumah untuk mencari secebis ketenangan. Jangan lah ganggu aku dengan mencari isu yang entah kan apa-apa melibatkan org lain..Aku mungkin sensitif tapi tak bermakna aku suka menganggu kehidupan orang lain..begitu juga adanya aku nak pada life aku..(maaf part ni aku dah rasa macam mengarang ayat dalam cerpen aku lak) sobbss..Aku tilik balik senarai yang aku buat hari-hari..mana yg salah..mana yg silap yg boleh aku katakan aku melakukan salah kepada orang lain tanpa sedar..lalu aku hantar msg pada mama beberapa hari yg lepas untuk mengadu.

Aku : Assalam,Ma..Alg stressed..sedih..Rasa mcm nk nangis skrg ni.

Mama : Kenapa? --Ok yg ni mama memang biasa.Aku tulis panjang-panjang dia akan jawab cenonit je..takpe dah faham..

Aku : xtahu sbb ape.Tp tiba rase nk nangis.Nape ye Ma? 

Masa ni mak aku dah malas nak balas mesej aku agaknya beliau terus call. Ok,aku anak yg jimat kredit nak call mak nye sendiri..hehe takdelah!!!Melampau la kalau jimat kredit call mak sendiri weeii..mak aku tu kalau aku call agak susah nak berangkat..sebab dia bz melayan pokok-pokok yang beliau tanam tu..

Aku : Ye ma,assalamualaikum..

Mama : Waalikumsalam..Buat apa je hari ni?

Aku : Takde buat ape pun ma. Pergi kerja macam biasa. Balik kerja pergi kedai. Tu je la.

Mama : Peod ke?----bahasa kami bermaksud period/datang bulan

Aku : Takdelah,ma. Baru je habis..

Mama : Dah solat ke?

Aku : Belum,jap lagi Ma..

Mama : Tu la.awak kena pastikan solat tu terjaga. Jangan abaikan.Jangan lengahkan.

Aku : Iye.... ----kat sini aku dah rasa macam lagi stress..betul!Sehinggalah mama sambungkan lagi ayat kat bawah ni..

Mama : Ada awak cakap Alhamdulillah sebab Allah pinjamkan lagi usia pada awak hari ni bila bangun pagi tadi?takpun mungkin awk tak sedar masa awak drive,awak ada sakitkn hati driver lain.Mama jamin awak mesti selalu online kan?Mana awak tahu awak ada sakitkan hati kawan-kawan awak tanpa awak sedar..Sayang,memang kita selalu cakap yang setiap hari kita buat mesti perfect. Mesti takde salahnya. Tapi,awak kena ingat.Kita ni manusia..Kita mesti tergelincir sikit..Mesti ada sikit walau tak banyak..Patutnya awak kena bersyukur, Allah pinjamkan lagi rasa sedih, rasa nak menangis tu sebab Allah nak awak ingat ke Dia. Sebab tu kita jangan leka..

Selepas mama cakap ayat tu terus aku menangis..Menangis tersedu sedan weii. Padahal aku sendiri pun tak faham punca sebenar aku nak menangis sebab apa. Aku tak malu nak menangis depan mama dalam telefon. Sebab mama lah orang yang takkan cakap ayat ni, "Janganlah menangis.Bodoh la kau ni " atau ayat ni "Jangan menangis.Nanti awak sakit.." atau ayat yang ini "Kalau kau menangis dapat selesaikan masalah ke?" waktu aku menangis. Mama akan cakap "Menangis la banyak mana awak nak.Dah lega nanti mama call awak balik.". Aku manusia alpa..Mohon maaf dan mohon ditegur jika aku salah ye..Tegur berhemah lah..bukan macam kau jeritkan pencuri yang curi wallet kau atas meja makan..


Weeeee,kacak nye Puss ni!!!!


~Lara 28/12/12~

Makna Sunday bagi Memei

3 comments
Assalamualaikum...

Hari minggu memang selalu aku akan mengemas satu rumah..cuci lantai,lap habuk dinding,tingkap,basuh baju,lipat baju,gosok baju,kemas peti ais,kemas meja makan..pokoknya segala-gala yg aku gagal buat pada setiap hari bekerja aku akan buat..so,siapa nak buat bini haruslah carik aku..#ehGile!..Ada ke promot diri sendiri?Ok yang itu abaikan..kui kui

Tapi bagi Memei Sunday adalah syurga donia..Dia sanggup duduk sepanjang hari atas katil dalam bilik ku. Keluar hanya untuk makan,minum dan beyak. Adik2 pun dia tak peduli..Main?Dia sanggup abaikan..Ala,sebenarnya dia hari-hari pon menepek macam ni..Cuma hari ahad ni dia sangat dengki sebab aku bukak alas cadar tu kan..Dia ingat aku tukar alas transparent kot..tu yang konon2 nak rasmikan la...










Sekejap je die bangun..pastu dia akan memanjangkan badan beliau cenggitu...tido sampai lapar..bangun makan,minum dan beyak..abaikan katil yang bogel togel tanpa alas tu ye..kate pon rajin kan..so alas tu pun aku angkut basuh sekali..harus lah kau puji diri sendiri kan Lara hoiii???

Ok dah!Aku pun nak memanjangkan badan sebab penat jadi isteri wanita mithali yang abadi....

#lupe nak bagi amaran kat atas tadi entry ni ada unsur2 masuk bakul angkat sendiri.So mahapkan lah insan picisan ini.........


~Lara 23/12/12~


Anak bujang masuk Jawi!

3 comments
Assalamualaikum...

14hb Disember 2012 yang lepas anak bujang ku dah masuk Jawi!Weeeee,akhirnya setelah kebimbangan dan kegusaran ku bila melihat aksi2 pelik beliau dan takut akan kemungkinan yang terjadi maka selamat lah aku membooking kan beliau ke Jawi yang berkenaan. Ye,Jawi yang sama untuk si Memei dulu.

Mari lah kiteee melayan gambar-gambar sebelum dan selepas..
















While kat dalam rumah Diva menunjukkan kat sikap pendengki yang amattt....



Hehehe..ntah nye kenapa ceteh dok dalam tu malam tu pun aku tak pasti..Maybe die masih mamai kot...
Bile suruh keluar baru dia keluar..


Apepon Ceteh sudah selamat menjalani kehidupan sebagai seorang Jantan yang gagah perkasa....Wahhh tak hagak2 ayat nye..Maaflah ye gambar ade besaq ade kecik...pasrah je la korang bace ayat yg agak tak nampak tu ye...kui2 =P


~Lara 22/12/12~







# 15 Wordless Merepek

4 comments
Assalamualaikum...

Twinn kahhh celat?


kui2..... =P


~Lara 19/12/12~


# 2 GIVEAWAY! - JANGAN PERAH OTAK

0 comments
Assalamualaikum..

Yeayyyy...Yeayyyyy...masuk contest lagi..kali ini dari blog SUANAZHAR.
Err..errr..bagaimanakah saya ingin  memulakan entry ini..cewahhhh..ok begini..aku cuma lah blogger picisan bermula dari awal bulan Februari 2009. Menulis hanya suka-suka. Menulis hanya sekadar berkongsi rasa dan peristiwa. Buat pertama kalinya melangkah setapak lagi dalam dunia blogger yang sebenarnya dah lama dilakukan oleh blogger-blogger yang ada. (Jangan gelakkan saya!)..hak hak hak.. Banner saudari ni seperti kat bawah. Disebabkan antara syarat penyertaan jangan membebel panjang2 maka cukuplah saja entry ini. Kaedah bodek membodek juga tidak akan dilayan..(baru rasa nak membodek..kikiki) Ok, btw terima kasih kerana menjemput saya ye.. =)




Mereka yang saya tag adalah (terdapat skema nya di situ) : 



~Lara  17/12/12~




Bila dah comel baru sayang..kalau tak buang!Pastu hilang!

5 comments
Assalamualaikum...

Tajuk marah..yep memang marah walaupun aku scheduled kan entry ni..nanti banyak sangat entry satu hari orang muak pulak nak bace kan?eh kau ade reader ke lara hoii! hashtag sentap!

Ok ada lah beberapa hari yang lepas aku membebel kat twitter pasal Stray Cat baru yang dibuang muncul di hadapan kedai kan?Kawan aku namakan dia Si Tottt (nama diberi tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati..Tott singkatan kepada ketot..sebab ekor die pendek)...sangat comel dan sihat.Ye,dan aku tak tahu kenapa ada orang yang membuang beliau. Aku yakin Si Tott kena buang sebab bulu dia cantik,takdek kurap,telinga bersih,paws dia warna pink,pastu die sangat manja..Dia boleh gesel tangan korang dengan berkali2 gelekan kepala nya...faham tak apa yang aku mengarutkan ni?Tak faham cer imagine sendirik la ye... =P

Kat bawah ini antara gambar-gambar yang sempat aku abadikan dalam Hanphone..Sifat Tott,dia akan tegak macam tugu kalau tengok sesuatu tu..takkan bergerak langsung..die suka duduk dekat langsir dalam kedai..sebab beralun2 kan kena kipas..oh gile rindu!Aku tak tahu sekarang ni  kat mana Toot Tott..Aku harap dia dalam keadaan baik..Kalau ada yang ambil baguslah Alhamdulillah...Aku pasti ada yang akan menjaganya dengan baik..Kalau dia pergi berjalan-jalan harap dia dapat makan dan minum yang sepatutnya...Begitulah nasib kitten akhirnya..Dibuang kalau taksuka..Diambil time comel dan sayang.Kalau lah aku berkemampuan untuk terus menjaga dan hantar mereka semua spayed/neuter akan ku usahakan...InsyaAllah...

macam tugu kan?Entah apa yg asyik sangat di lihatnya entah..padahal takde ape pon..tu meja untuk printing je..ada printer je..

Penat jadi tugu ubah kedudukan tuuu

time ni langsir bergerak2..khusyuk sungguh beliau..

bermain dengan langsirr

gigit hidung kang!

weeeee..kacaknya kamuuuu...

bulatkan perut beliau?

Aucakkkkk!Ba ba cakkkk....#motip? #rindu


Jaga diri baik-baik sayang...Jangan main kat jalan..jangan main hujan..jangan minum air kotor.. #JANGAN!Pergi lagi stray cat yang ku berikan makan dan minum serta tempat tnggal di hadapan kedai..takpelahh..

Bebelan : Aku tengok manjang ada budak yang update kat status FB nak kucing..nak kucing..nak kucing...nak je cakap, kat sekeliling kau tu takde ke stray cat yang perlukan perhatian?MUSTAHIL sangat!!sebab sekarang ni populasi kitten yang dibuang sangat banyak dan kesedaran untuk spayed/neuter masih tidak diambil berat oleh ramai orang..Kalau nak sangat tp malas nak mencari & nak duduk depan laptop,PC or Smartphone, pergi dekat FB KTAJ ONLINE. Kat situ berlambak kucing2 yang dah besar pun ade..Tapi jangan pilih bulu la..Nak yang cantik je..yang tak cantik tu kalau jaga elok2 kacak gak..lawa gak..hah kan dah marah ni...#emo

Ok dah meleret....sekiannn.. =)

~Lara 16/12/12~

Hantu Tido

2 comments
Assalamualaikum..

Bila dia dah tido jangan harap la boleh gerakkan dia bangun. Tak kira apa pon lah yg berlaku walau dimana juga beliau beradaa...Begitu lah adanya...






Gituuuu lahhhhhh kannn..lapar baru carik mummy..ok fine! #sentap


~Lara 14/12/12~






Anak buah gelabah Ratu menyinggah!

2 comments
Assalamualaikum..

Yeahhhh dah habis meeting!So beloging sekejap utk hari ini..Waaaaah gituuu...tajuk entry macam sangat tak boleh belah kan?Tapi iyee..Tak tahu lah kenapa Memei memang sangat suka berbuaian lately ni..bukan dulu takde hammock tu..tapi lately la aku perasan kalau lepak kat balkoni dia takkan ke tempat lain..ke Tempat Bersemayam dia aje lah..padahal itu bebudak 3C punya...Bila dah duduk atas tu dia takkan kasi can (bukan tin tau..peluang la kalau bahasa molek die...*kui*) punye utk bebudak tu duduk..Yang adik2?Bengang la..yang paling tak puas hati si Celat..cukup bengang dia kalau Memei dok keras macam tugu kat dalam buaian..








~Lara 13/12/12~
There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review