Pages

Pe'el Memei

4 comments
Assalamualaikum..

Ye peel..bukan peeling tau..ala kalau bahasa lainnya perangai..hahaha...nak buat langsir hari tu..tapi bebudak kat rumah ni memang sangat la rajin menolong...sangatttttttt GHAJIN!Terutamanya si ratu Memei tu....







#FINEEEEEEEEEEEE!

~Lara 210413~


MLM = Mulut Lebih Manis

0 comments
Assalamualaikum..

Maaflah. Bukan anti tapi memang anti sangat-sangat pun! Ok macam ni ceritanya. Aku bukan lah nak kondem pun. Hak masing-masing kan. Dan hak aku juga lah untuk bersuara. Kikikiki..Sebab perkara ni baru je berlaku ke aku..

Ok ada seorang teman. Memang aku tahu dia buat macaam-macam. Kenalan kawan atas kawan la ni. Bukan direct kenalan dengan aku. So biasa-biasa je la kalau jumpa pun. Kalau terserempak say hai hai dan senyum. Suatu hari tu aku terserempak dengan beliau masa beli makanan anak-anak bulus. Aku tegur la macam biasa. Pastu dia kata dia nak sharing satu perkara dengan aku. AKu macam dah agak tapi aku senyum aje lah. Yelah orang MLM ni memang approach orang macam tu. 'Sharing is Caring'. Katanya..Ok tak salah..memang tak salah. AKu suka. Kerja halal kan..

Then lepas tu diam macam tu aje lah. Sampai lah ke semalam dia datang ke kedai ku. Ok korang tahu kan aku ada kedai Jahitan dan Percetakan?tapi masih bekerja. So rutin harian macam biasa balik ofis terus ke kedai cek artwork dan apa-apa yang patut. Then dia call kenalan aku since dia memang takde num hp ku. Dia kata nak datang kedai nak buat business card. Kenalan aku cakap datanglah. Time tu aku sedang solat. So time dia datang aku takde kat depan. So kenalan aku sembang-sembang la dulu. Bila aku lepas habis solat aku jumpa dia kat depan. Ok memang kebiasaan nya bila ada customer datang time aku ada, aku akan jumpa direct since aku yang akan buat artwork. Tanya-tanya khabar lebih kurang pastu aku duduk-duduk dengan dorang. Terus deme kata 
'Nak sharing sikit. Boleh ye?' soal Anon.
'Err..'aku dah serba salah sebab aku memang dah agak dia nak sharing pasal MLM. Aku memang tak suka sebenarnya dan aku punya sebab dan alasan tersendiri kenapa aku tak suka. Tapi aku tak pernah la nak kondem buta-buta. Even kalau ada kawan-kawan yang nak minta aku dengar dulu aku dengar je lah. Tapi lepas tu jangan paksa-paksa aku untuk masuk. Lepas tu aku dengar aje lah apa yang si anon ni cakap..Biasa lah..Keluar dari MLM A gi MLM B sebab bla bla bla bla..Barang A tak best macam barang B bla bla bla..Konsep sama je. Kena bagi pengalaman,bagi contoh begitu begini..sampailah tiba-tiba ada seorang lagi customer yang datang untuk confirm artwork untuk signboard. In which aku rasa OK,THIS IS TIME!Aku cakap aku kena layan customer tu dulu sebab dia customer aku yang nak confirmkan final artwork. So aku kena dulukan customer dari deme la kan?Yang mana memula tadi sebenarnya deme adalah customer aku. But kalau dah cerita pasal MLM dan lari dari topik asal patutkah aku dulu kan deme?So aku minta kenalan aku handle untuk bukak Invois dan segala details if deme masih nak teruskan buat. Deme kata takpelah layan dulu customer tu.

Tapi bila aku SEDANG dalam discussion dengan customer tadi, lepas deme letak deposit untuk business card dengan kenalan aku tadi dan deme mencelah kata deme nak balik dulu sebab ada kelas. Aku bangun dan cakap 'Ok,sorry minta maaf ye..Saya ada customer..'
deme jawab : Takpe2..esok kami datang lagi. Kalau akak (merujuk kepada customer aku yang sorang lagi) ni nak join esok pon boleh lah sekali. Sharing is caring. Jangan risau. Client U I letak bawak U. Kami takkan ambil. Kami just akan sharing je..bla..bla..bla..'

Aku dah rasa tak selesa sebenarnya. Customer aku tak patut ditarik untuk masuk MLM sekali kot. Sebab bagi aku itu sangat kurang sopan. Macam kau tengah diskus dengan bos kau then ada orang datang jual barang dan paksa kau beli barang tu time tu gak. Its not nice la kan?Bukan sebab aku nak kondem dorang. Tapi macam aku cakap lah tadi. Tujuan asal customer aku datang kedai aku time tu bukan untuk MLM tu. Kenapa perlu ada paksaan? #sigh

Sampai lah hari ini aku diberitahu yang deme MLM tersebut tak jadi nak buat business card. So deposit kena pulangkan. Ok first of all aku tak kisah pun. Bukan open bill/ closing deal deme tu sampai beribu2 ringgit pun. Serius! Bukan tolak rezeki sebab aku sangat menghargai semua customer2 aku sejak dulu. Tapi aku terfikir one thing cenggini 'niat asal kau nak buat sebenarnya untuk pancing aku masuk MLM kau tu or what?Kenapa kau tak terus terang direct je. Jangan main koner2 baring segala ni kan?
#sigh

Sebab tu apa jua yang kita buat apa jua yang kita lakukan dalam agenda seharian kita KEJUJURAN adalah tiang utamanya. Kalau kita ada niat sebaliknya untuk buat sesuatu tak kisah lah apa pun,aku rasa sampai bila-bila lah kita tak boleh nak maju. Bukan aku cakap aku dah bagus dah maju. NO!Its about friendship.Relationship. Kau utamakan AGENDA kau atau kau utamakan PERHUBUNGAN OR PERSAHABATAN kau?Tu sebab lah wujudnya tikam menikam, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Aku takkan bertoleransi orang yang mempunyai niat serong macam ni. Bagi aku biar lah berkawan dan berhubungan tu ikhlas. Kalau kau cakap sayang, sayang lah. Jangan kau cakap sayang kat kawan kau tapi sebenarnya kau sayang awek/pakwe kawan kau sebenarnya. Takpun kau cakap kau sayang sampai macam-macam kau buat untuk dia. Tapi bila kau tak puas hati dengan dia kau jadikan dia macam babun. Hilang dah sayang menyayang sebelum ni.. #eh


TEPUK PERUT DADA TANYA LAH SELERA




~Lara 190413~

Mistik!

4 comments
Assalamualaikum..

Malam kelmarin aku dah membebel kat Twitter. La ni nak membebel dekat sini jugak. Aku rasa macam seram tapi aku malas nak fikirkan sangat. Uwaaa serammm dehh!

Malam tu aku masuk tidur awal rasanya. Maaf memang aku tak check pun time tu pukul berapa. Aku masuk bilik macam biasa. Anak-anak bulus time tu pun tido awal jugak rasanya. Sebab malam tu memang bahang terasa yang amat sangat. Tak tahu la kenapa. Aku fikir memang nak hujan je lah kan..Then..aku tak tahu pukul berapa terlelap. Sebab bila aku sedar-sedar je baju basah. Bahang malam tu. Padahal memang habit aku tingkap bilik memang aku bukak saampai lah ke pagi. Lagipun bukan aku tidur pakai baju kurung. Kalau rumah takde orang baru aku tutup tingkap. Risau si Memei tu terjun kalau nampak burung terbang depan mata.. Hui seram aku fikir lak haihhh..

So bila dah tersedar tu aku bangun la berkalih tempat yang dekat sikit dengan tingkap bilik. Harap maklum rumah ku tingkat 3. So takde masalah jugak lah kalau aku bukak tingkap kan?hihihi *tutup mulut*
Ok serius!Then lepas aku berkalih ke tingkap tu aku tertidur balik amcam biasa. DAN aku terjaga balik lepas tu bila aku tersedar macam pintu bilik ku bunyi gegar-gegar tu..faham tak macam ne bunyi nye?hah macam yang kalau kau kena kurung dengan mak kau dalam bilik pastu kau meronta-ronta nak keluar dari bilik tapi pintu berkunci..hah macam gitu lah keadaannya..Ok,pastu aku terasa angin macam kuat sangat. Langsir bergoyang-goyang. Aku rapatkan sikit tingkap bilik then aku cakap 'Oh nak hujan'..so aku baring la balik ke katil tanpa ada perasaan aap-apa langsung. Pastu aku tidur balik dan sampai ke pagi macam biasa.

Bangun tidur nak pergi kerja pas solat macaam biasa baru perasan. Tombol pintu bilik longgar dan rosak. EHHHHH???

~Lara 170413~

Cerpen Pendek : Berakhir Segalanya

0 comments
Bangun pagi itu aku merasa kepalaku sedikit pening. Mungkin kerana lambat tidur malam tadi atau mungkin sebab menangis. Mujur hari ini hari cuti. Aku menjeling ke kiri melihat ke arah meja kecil. Kalendar kecil ku kerling sekilas. 5 April 2013! Aku memegang kepala dan masih berbaring di atas katil. Hujan lebat kedengaran di luar rumah. Aku menarik comforter rapat ke dada. Keluhan sedikit kasar ku lepaskan.

'Ah!Bagaikan mimpi semua yang terjadi'

Aku berkalih ke kiri. Memandang meja kecil di sebelah katil. Di atasnya ku letakkan sebuah kalendar kecil, jam meja dan sebuah pasu kecil yang ku letak setangkai bunga ros hidup. Untuk seketika aku melayan perasaan.

"Min, abang lepaskan Min dengan talak satu" perlahan tapi amat jelas dipendengaranku. Bagaikan halilintar. Bagaikan pisau yang sedang menghiris dan menyiat kulitku. Pedih. Sakit namun anehnya jauh di sudut hati ada rasa sedikit kelegaan disebalik kesakitan kala itu. Sekurang-kurangnya kami tak perlu melakukan dosa lagi kerana mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Biar dileraikan daripada ada bagaikan tiada. Bersama-sama dengan ingatan itu aku sekali lagi mengeluh.

"Sudahlah,aku harus bangkit. Antara aku dan dia dah pun berakhir. Kami melakukannya dengan baik. Tanpa ada dendam tanpa ada rasa benci. Aku tak boleh terus macam ni. Hidup dalam bayang-bayang dan kenangan." ujarku pada diri sendiri dan ku raup wajah ku sendiri dengan telapak tangan. Bangkit dari katil dan aku merenggangkan otot-otot badan beberapa saat selepas itu. Ku buka pintu bilik dan menuruni anak tangga. Baby mengiau bila melihat kelibat ku turun dari tangga. Aku mengambilnya dan membawa Baby dalam pelukan. Dia mendongak memandangku dan mengiau lagi.

"Ye sayang..Mummy tahu. Anak mummy lapar ye?" ku lagakan hidungku dengan hidung baby. Sejuk.

" Meoww...meoww" bagaikan faham dengan apa yang ku katakan. Aku memberikan baby makan. Laju dia turun dari pelukan ku dan menuju ke bekas makanan nya. Kemudian aku menuju ke ruang tamu. Remote control ku capai dan menekan butang On.

"Kenapa lah banyak sangat cerita yang sama je sekarang ni?"aku mengomel. Ku tekan-tekan butang lagi. Rancangan Melodi sedang bersiaran. Ku tersengih melihat telatah dua pengacara yang sedang gigih memberikan yang terbaik. Yalah,tanggungjawab besar kot untuk meraih peminatnya yang sendiri. Macam biasa kisah artis yang bercerai berai, tak puas hati antara satu sama lain dan bermacam-macal lagi.

'Ah,artis pun sama macam orang lain juga. Mereka pun manusia biasa. Cuma pekerjaan mereka sahaja yang membezakan mereka dengan manusia lain. Hidup dalam dunia glamor. Agaknya kalau kisah hidup aku dimasukkan dalam dunia glamor seperti mereka mahunya aku terkenal kan?' aku tergelak sendirian.

Bip!Bip!Bunyi menandakan pesanan ringkas di telefon berbunyi. Ku jeling sekilas di atas meja tanpa ada niat untuk membuka nya. Buat seketika aku hanya melihat ke arah TV tanpa ada perasaan. Hari itu merupakan hari dia 'dilepas'kan. Pada hari yang sama cuma tahun sahaja yang berbeza. Ini bermakna sudah setahun status itu ditinggalkannya. Jangan kata tiada rasa sedih. Tiada rasa terkilan. Namun semuanya suratan takdir. Jodoh kami hanya tertulis setakat itu sahaja. Aku mengharapkan magis nya perhubungan yang bukan berlandaskan cinta itu. Magis untuk mengecapi nikmat bahagia seperti insan lain. Tetapi aku silap. Percubaan itu bukan kemenangan buatku. Ramai berkata. Bercinta selepas berkahwin lebih indah. Lebih nikmat. Tapi mengapa ianya tidak berlaku kepada diri ku?Mengapa aku hanya merasai kesedihan?Sepupu ku yang lain masing-masing sudah pun menimang cahaya mata. Bahagia melayan anak hasil perkongsian hidup bersama yang tersayang. Manakan aku tidak geram. Mata kecil dan pipi yang mungil setiap kali aku menziarah mereka semua. Menumpang kasih dengan anak-anak buah adalah perkara yang sering ku lakukan saat ini.

Lagu Give it a go dari Timbaland dan Veronica dalam filem Real Steel baru-baru ini berkumandang. Menghapuskan sesi melayani perasaan ku kala itu. Dengan malas ku gagahkan jua mengambil telefon bimbit yang diletakkan di atas meja sejak malam tadi. Nama 'Cikeding BFF' terpapar di skrin telefon. Ada sedikit senyuman di bibir. Butang hijau ku tekan.

"Yes darling?"

"Hah,angkat pun phone! U menghilang ke mana ni?" suara Emy nyaring di sebelah sana.

"Haish,apa pagi pagi menjerit ni?Sekeh kang.."aku menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga.

"Oho, U pulak yang nak sekeh I ye?Patutnya I yang marah U ni tahu tak?!" Emy masih bersuara nyaring. Aku melurut-lurut dagu kepelikan. Apa kena minah ni dari tadi berapi je ni?

"Cop,yang U nak marah-marah ni kenapa?Chill bebeh.." aku buat tidak tahu dengan karenah Emy sebenarnya.

"Yelah chill..Dah tak boleh nak chill dah tahu tak..Nak terkencing adalah.."

"Haha,ok ok..sorry...U kenapa ni?U kat mana ni?Dengar macam bising je tu?" soal ku sambil tergelak mendengar ayat Emy tadi. Talian di sebelah Emy terasa macam bunyi angin-angin. Di tepi pantai kah dia?

"Cik Min sayang...I ni tunggu U dari tadi nak breakfast. Dari pukul 8 pagi I call U tak berangkat. I mesej U tak balas. U pergi mana?U yang janji dengan I nak breakfast sama pagi ni then U tanya I pulak kan?I dah bosan tahu tak?Hilang keayuan I dari tadi tunggu U macam orang tak betul tahu!" Nah..bebelan Emy dari sebelah sana membuatkan aku menepuk dahi sendiri. Aku terlupa semalam aku sempat tinggalkan SMS ajak breakfast bersama pagi ni. Alih-alih aku yang lupa. Nah,itu lah. Melayan perasaan lagi dari tadi.

"Ya Allah!I betul-betul lupa!I baru bangun ni...Sorry dear.. Sorry sangat-sangat!" Emy mengeluh.

"Ok ok,I tahu I salah. Come here! I siapkan breakfast untuk U ok?"

"Hah, memang I nak sampai dah ni!I on the way. I tak kira. U kena siapkan breakfast untuk I yang paling sedap sekali. Then I nak Orange Juice, Toast Bread and half egg boiled..I nak nasi goreng pedas dengan telur dadar goreng kosong taknak bawang..I'll be there in five minutes then!" ujar Emy seraya menamatkan telefon. Aku memandang skrin telefon dan tergelak sendiri.

'Boleh tahan garangnya minah keding ni ye!Dalam marah-marah sempat order banyak-banyak pulak tu.' Aku pantas melangkah ke dapur. Membuka peti ais dan mengeluarkan telur 3 biji dan juga beberapa barang-barang lain untuk menggoreng nasi. Selang beberapa minit kemudian aku mendengar bunyi loceng pintu.

'Hah dah sampai dah minah ni'. Aku mengelap tangan di tuala sebelum melangkah ke hadapan untuk membuka pintu pagar. Tersembul muka Emy dengan menjuihkan bibir. menandakan geram mungkin. Kami bersalaman dan melagakan pipi seperti kebiasaannya.

"Alololo...muncung panjang nya. Sorry la...aku betul-betul lupa....jom-jom masuk dalam dulu.." kata-kataku tidak disahut malah Emy hanya menonong masuk ke dalam rumah. Aku mengelengkan kepala. Sedar salah sendiri. Siapa suruh bangun lambat dan terlupa. Itu lah padahnya hidup dalam kenangan-kenangan lepas. Sempat aku mengomel dalam hati. Aku menutup pintu rumah. Ku lihat Emy sedang menyandarkan badan di sofa.

"Duduk dulu ye wahai Pemaisuri. Patik ke dalam sebentar untuk memasak santapan.." aku cuba bergurau.

"Yelah tu..cepat lapar ni..!" Emy merengek.

"Hamboi?Lapar jom temankan I masak. Cepat sikit siap.Cepat sikit kita makan.."

"Ala,dah la lupa janji. Lepas tu I pulak yang kena tolong masak kan?Yelah yelah.."dalam bentakan Emy bangun juga membuntuti langkah ku dapur. Aku tersenyum. Aku meneruskan kerja-kerja untuk memasak nasi goreng. Emy bagai memahami mengambil beberapa keping roti untuk di bakar dan meletakkan nya di tempat pembakar. Aku pula menuang minyak ke dalam kuali. Rencah-rencah untuk masak nasi goreng ku campakkan ke dalam kuali. Aku mengambil sudip dan menggaul bahan-bahan tersebut. Biarkan beberapa ketika sebelum aku memecahkan telur sebiji ke dalamnya. Ku goreng bahan-bahan tersebut sehingga naik bau dan selepas itu aku masukkan sepinggan nasi pula ke dalamnya.

"Mana baby?Selalunya I datang dia menyibuk je.."soal Emy tiba-tiba.

"Dia tahu U tengah angin tak baik. Malas la nak tunjuk muka. Kang kena makan penyepak sia-sia je..."

"Hei,U ingat I zalim sampai macam tu sekali ke?"

"Eh boleh je kalau U nak jadi macam singa betina. Tadi pun U dah tunjukkan.."aku membidas. Emy hanya tersengih.

"Hei tak baik tau. I main-main je lah. Eh bukan memang I serius! U buat I tungu macam orang tak betul je kat kafe tadi.."

"Hah, see..I told U right?" aku tergelak. Sifat Emy yang agak kebudak budakan itu menghiburkan sedikit hati laraku pagi itu.

'Meow!Meow!' suara baby tiba-tiba menjengah ke dapur.

"Hei,baby!Tahu je I panggil nama U ye..come here bebeh..I miss U sayang.." Emy mengambil baby ke pangkuan dan di peluk-peluk dan di gomolnya baby bagai anak patung. Baby pulak ku lihat pasrah dengan keadaan tersebut. Bulu nya yang kembang membuatkan Emy bersin. Aku mengekek tergelak.

"Suka kucing bagai nak rak. Tapi awak tu tak tahan dengan bulu nya.." sambil itu aku menyenduk Nasi goreng yang telah siap  ke pinggan leper yang besar. Ku hias dengan timun yang ku hiris nipis. Telur dadar yang telah siap sejak tadi ku letakkan di atas piring kecil lain.

"I bukan tak tahan la. I cuma memang tengah selsema sekarang ni.." nafi Emy.

"Aah yelah selsema..Dah let's..I tinggal tuang air je. U nak air panas tak?I buat kan.."

"Tak perlu. I nak Twister Orange tu je." Emy menggoyang kan tangan nya tanda tidak mahu. Baby meronta untuk turun dari pelukan Emy. Emy melepaskan baby dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Baby bagai mengerti menuju ke ruang tamu meninggalkan aku dan Emy di dapur. Aku meletakkan pinggan-pinggan makanan di atas meja makan. Emy menyusul membawa roti yang di bakar tadi dengan planta di tangan.

"Ok let's!I pun dah lapar benar ni.." ujarku yang membuatkan Emy menjuihkan bibir.

"Eh lapar ke?Bukan U mengantuk lagi ke?" Emy mengambil tempat duduk di sebelahku.

"Hai perli nampak?Tak habis lagi ke marah tu?I kan dah tebus salah I?Tengok atas meja ni. Gigih I masak untuk U tahu.."

"Eleh..nasi goreng tu je..yang lain dah ready je kan?" Aku tersengih.

"Dah dah..jangan nak mengomel..Jom makan dulu. Lain-lain kita debat kemudian.."aku menyeduk nasi goreng ke pinggan Emy. Kemudian ke pinggan ku. Kami menghadap makanan pagi itu sambil berbual-bual kosong. Aku berterima kasih pada Emy. Kerana dialah aku boleh tersenyum sedikit hari itu.

"Hah, U ni mesti tengah layan lara lagi kan?Tu yang macam serabai tonyong je I tengok.." tegur Emy. Aku hampir tersedak.

"Serabai tonyong?Apa tu?Hei U ni bukan-bukan lah ayat U.." Emy menyeringai. Aku meneguk air juice di gelas.

"Haha, serabai tonyong tu selekeh la..Baik u cakap dengan I. Betulkan?" dia menunjuk ke arah ku. Aku memasukkan nasi ke dalam mulut. Seleraku bagai mati tiba-tiba.

"Spoil la U ni..I baru nak menikmati breakfast I. U dah ungkit hal ni.."

"Ala, spoil la sangat. Nasi U dah habis je kat pinggan tu Cik Min oii.."

"I baru nak tambah la.."

"Eh tak payah. Nanti cepat gemuk!Cukup.."Emy melarang. Aku tergelak dan mengeleng dengan keletahnya.

"Sengal la U ni..Habiskan cepat nasi U tu. Apa lah makan macam tu..Penat I masak tau. U makan ke U mengira butir nasi dalam pinggan ha?"

"Hah,nampak sangat U ni tengah melayan perasaan!U tahu tak I dah tambah dua kali tadi?U tak nampak ke?"

"Eh ye ke?I tak perasan kot..."

"Iye memang la tak perasan. Orang dalam dunia nya sendiri..mana nak perasan kan?" tebak Emy. Aku mengeluh. Sisa air dalam gelas ku habiskan. Aku memandang Emy. Dia melihat ku sambil mengangkat kening.

"Pagi tadi..I terjaga tiba-tiba teringat hari ni hari apa..Itu je.."

"Then U nangis kan?"

"Hei,mana ada!Pandai je!" aku meningkah.

"Hah ye la!Habis tu yang mata sembap sangat macam orang baru lepas menangis ni kenapa?"

"I tak cukup tidur je lahh.."

"Sudah lah Min..I kenal U dah lama lah.Jangan tipu I.."

"Ok, ok...tapi sekejap je..Tapi I tak menangis sambil keluar hingus tau.."

"Eeeuwww,pengotor la U ni!Dahla I taknak dengar. Bak pinggan I basuh.."

"Hahhaa..padan muka!Nak dengar sangat kan...Nah!I kemas meja.." Emy mencebik dan membawa pinggan kotor ke sinki.

"Cik Emy...Roti bakar U ni nak bagi baby makan ke apa ni?" aku menjerit dari ruang makan.

"Apa salahnya!Kalau baby suka, sedekah kan aje lah cik Min hoiii.."si Emy pula menjawab.

"Hampeh!" Tanganku pantas mengemas meja makan. Setelah selesai kami berdua duduk di ruang tamu. Sambil memandang TV tetapi fikiran masing-masing tidak di situ.

"Ok Cik Min. Let's we talk about it!Tell me what's going on..I'm here bebeh.."ujar Emy. Aku memandangnya.

"Ala,biasa lah Emy..Hari ni kan U tahu hari apa kan?Normal la jika perasaan tu ada JK sikit.."aku menjawab seadanya.

"JK?"soal Emy blur.

"Jiwa Kacau la Cik Emy..!"

"Oho...Hurm..."Emy membaling bantal sofa kecil ke arahku. Aku tergelak.

"Ok, I tak tahu nak cakap macam mana. Tapi yelah kan. U yang rasa. Bukan orang lain yang rasa. Apa pun U kena sabar la ok. Boleh ingat tapi jangan layankan.."

"Thanks, Emy. I tahu U seorang sahabat yang baik. Even kadang kala U ni Over Protect kan.."Emy menjengilkan matanya.

"Tapi..yang pasti I appreciate sangat-sangat. I tahu kenangan itu sangat pahit untuk I. Sangat pahit. I korbankan segalanya demi perkahwinan I tapi penyudahnya apa yang I dapat?Takpelah,I anggap je antara kami tidak ada jodoh. Jodoh kami hanya setakat itu je. Sekarang I happy macam ni. I ada baby, I ada U, I ada kerjaya I, I ada family I..cukuplah..yang lain-lain I tawakal je..Mungkin ada hikmahnya kenapa semua ini terjadi pada I. Mungkin semua orang ingat I kuat. Tapi dalam hati ni hanya Tuhan yang tahu..." Emy menggenggam tangan ku sebelum aku menyambung lagi.

"Terkilan?Sedih?Jangan cakap.Memang itu lah perasaan I saban hari. Tapi sampai bila I nak melayan je perasaan I kan?Air mata ni dah kering dah Emy. Ok I tahu I tak pernah ada perasaan pun pada Ex I dan perkahwinan kami hanya untuk kebahagiaan parents masing-masing.Tapi tak bermakna I tak mencuba. I dah puas mencuba. Tapi I tewas.." ada air mata yang jatuh ke pipi ku saat itu bersama-sama dengan luahanku. Ku seka dengan hujung jari.

"I bersyukur semuanya di akhiri dengan baik. Kami matang dan kami cuba terima dengan sepenuh hati. I tak tahu dimana silapnya namun I lega. Sekurang nya kami tidak perlu lagi berdosa kerana tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Itu I patut tahu dan sematkan dalam hati. Cuma Emy..U tahu kan parents kami tidak tahu langsung tentang perkara ni?Dan sampai kini mereka hanya tahu hubungan kami dingin. Bukan putus terus..I tak sanggup..Itu je lagi perkara yang membebankan I..I takut Emy.."

"I faham Min..I faham apa yang u rasa. Macam ni lah.. I rasa U diamkan dulu perkara ni kalau U rasa ianya baik untuk semua orang. Cari masa yang sesuai. Cari pendekatan yang sesuai..InsyaAllah.."

"Ya itu yang I fikirkan Emy.."ujarku lemah. Emy merangkul ku dalam pelukannya. Entah mengapa mudah sungguh air mata ku kala itu berjuraian jatuh ke pipi. Aku menangis semahunya. Aku melepas kan semuanya. Aku melepaskan perasaan yang terbuku dan perasaan yang membebankan di bahu Emy..

Hati...kau tenanglah..
Hati..kau sabarlah...
Hati..kau teguhlah..
Masih ada yang lebih malang darimu..
Masih ada yang lebih sakit darimu..
Anggap lah segala ini ujian buatmu untuk terus bangkit mencapai apa yang kau inginkan...

Hatii...this is for you...



Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.


~Lara 170413~





















alkisahnya ceteh dan spek mata

7 comments
Assalamualaikum..

Hi korang!sihat ke tu?jom layan peel Ceteh yang tak semenggah ni..







dalam banyak2 anak2 bulus yang ku jaga ceteh ni memang paling cool...beliau boleh duduk tengok tv sampai aku rasa dia macam nak masuk sekali dalam tv tu berlakon sekali..kalau capai remote tv dia dah start dah ambil tempat duduk..yang kadang-kadang buat memei si Ratu malas nak layan dan masuk ke bilik beristirehat..tapi kalau bab nak menjerit suara dia paling high note..lagi2 kalau kena kurung dalam cage!hohhhh

~lara 150413~

USS Vacation!

0 comments
Assalamualaikum..

Hai hai hai...dah macam masuk konti radio lak. kikikiki...korang mesti tengah tidur kan?hei wake up!even hari ni hari ahad jangan bangun lambat!bangun bangun..!mesti korang tertanya-tanya dah kenapa minah ni..segar semacam je kan!hah,ok sebab dah bercuti sepuas-puasnya..fine aku release la sikit!banyak keje lately dan stress sana sini buat aku rasa fed up..Oh i need space!oh i cant breath!pls help me!dah cam onggile..dengan masalah ofis,masalah customer dan staf yang banyak songeh..hohh no i cant take it anymore..so sebelum aku jadi onggile lets we outing!So pergilah aku ber vacation dengan kawan-kawan yang sekepala..yang hati takde main #selang punya..yang bertahun-tahun kawan tak pernah nak tikam-tikam belakang..Yelah nowadays jangan korang tak tahu...nampak je muka baik depan kita pijak semut tak mati..tapi belakang..hah #amekawwww!Dua tiga jenis gak la aku jumpa orang yang tak bertamadun ni...so hai-hai bye bye la kan...kalau nak jenis berani belakang je ni memang sifat pengecut. Jenis yang hadoo bak kata kawan aku..*kikikiki*

Eh dah bukan nak cerita yang tak best nih..jangan mencemarkan belog or diary cutiest ni..#takmo2 lets we talk about happiness..waaaahhhh gitu!

Ok kami ke USS..Pun sebenarnya cerita ni dah lama bertapak kat dalam draft..nak mengembangkan nya je yang takde masa.bukan macam ASB ye dak?ada dividen2 bagai sume..kikiki =P..picture aku tak transfer lagi dari kamera..so lets we layan video 'abang api' dulu.. *blushing*
Errr..motip gua nak blushing?#ntahHape2.. =P


Terfikir one thing...mulut deme ni kebal sangat ke ape?kalau satu malam satu bekas cawan minyak tanah masuk dalam mulut kalau persembahan sebulan bape cawan lak kan...iskkk kebaihhh mulut gitu..Ok actually kat Cowboy Town kat Melaka pun ada persembahan yang lebih kurang serupa..dah jadi trend kot..ape pon happening la sebab ada abang api kennnn...*dah kenapa kau ni lara hoiii*



Pernah dulu masa first time pergi Cowboy Town kat Melaka tu, aku rasa macam saiko sangat..sebab ada part yang dorang akan datang kat kita secara random then pilih kita ke depan untuk wat api tu kan..aku boleh rasa nak menangis sebab rasa takut..yelah muka dorang kan menakutkan..dengan tak pakai baju..pastu dorang akan sergah2 bagi korang rasa terkejut..dah la mak ni memang kaki terkejut..OHHH *kesat peluh*

Oklah yu ols...tunggu uploading video ni lama bebeno..baru 2 video..kalau masukkan semua alamat sampai ke pagi esok la..nanti kita cerita lagi yep..

~Lara~





Memei dan Bunga

0 comments
Assalamualaikum..

Wahhhh gitu..dah macam lagu gadis dan bunga kan?Korang tahu tak lagu siapa?


hahahha..gigih siap carikan lagi untuk korang tahu..kikiki..
 Eh entry ni bukan nak cerita pasal Rahimah Rahim..tapi pasal si Memei..ala memei buah hati pengarang jantung pisang aku tu..yang muka pengkid tapi dalam hati ada taman tuhhh...Ala yang peel suka bersidai tepi balkoni tu..yang suka kuis2 makan dalam bekas dan makan kibbles atas lantai tuhhh..*gelak tutup mulut*
Ok,adalah suatu hari tu aku dapat sejambak bunga..gigih ok sampai kena beri2 bunga..ok jangan tanya lelebih..sebab memang aku tak tahu pun..so jawapan retis 'no komen'..#erk #verangannnn..bila balik rumah malam tu dengan bunga kat tangan gigih dia mencium..sampai mengiau menyambut ketibaan ku..amenda la memei ni..sampai aku rasa dia lak yang paling excited sebab dapat bunga dari peminat misteri kan..hohhhh! #mencik
Tak caya?tengok bawahhh..hahaha


Over tahuuu anak dara sekor nii!sampai terteleng2 lagik pale mencium bunga tu..


tak puas hati menilik lagi tu..haii memei ambil lah untuk awokkk..mummy bagii. kikiki


hahahaha ok actually aku tak tahu nak bagi caption amende..#dwts
=P

~Lara 040413~




#17 WORDLESS

0 comments
Assalamualaikum..

Found it from one of post from my bff at BBM..

Betul gak kan?


~Lara 030413~

Anak dara dah dewasa!

2 comments
Assalamualaikum....

Hamboiii berhabuk rasenye belog ni kan?*batuk2*

Sebenarnya entry ni dah lama dalam draft..dan macam biasa duduk je dalam draft tapi dia bukan ada dividen untuk berkembang-kembang pun..kan?tak macam ASB tu..#facepalm

Ok,kat twitter or kat Instagram dedua aku dan announce (ceh!) yg anak dara aku yang dua ekor tu dah capai satu tahap untuk menggatal yang sangat tinggi...siang malam asyik menjerit..picing mengalahkan Ning Baizura..hohhh!So jadinya masa 19 Februari 2013 yang lalu aku membawa mereka berdua untuk berjumpa tok mudim Dr Zul dari TSV . Suka bawak dorang suma ke klinik ini sebab ada pakej 3 days Hospitalization. Untuk mommy yang memang tak arif untuk menjaga anak bulus lepas spayed/neuter memang aku suka..sebab dari teman-teman punya info (errr ke dari info teman-teman?) kucing yang lepas spayed/neuter ni dorang nye antibodi akan drop. Senang kena selsema / demam kalau tak reti jaga..huhu tidak..so aku ngeri! Layankan picture dorang yang berani-berani takut ni...










Lepas sunat hari tu sebenarnya masing-masing macam tak kenal antara satu sama lain..yelah mungkin sebab bau kan?asyik nak hising je..kembang je bulu masing-masing..




Gigih si Celat ni berdiri..kena kurung dalam cage memasing macam kena dera..huk huk..berat badan deme terus drop lepas spayed hari tu..tapi sekarang berlumba-lumba untuk lawan memei..takpelah sayang..asalkan anak-anak mummy membesar bagai juara dan terus temankan mummy dalam hidup2 mummy ok.. #quote




~Lara 040213~


 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review