Pages

Keding & Omey

0 comments
Assalamualaikum,

Aku tak pasti aku pernah update pasal kisah sebuah keluar kucing stray cat kat sini atau tidak. Aku selesa panggil ibu kucing ni Keding. Sebab dia memang keding sangat. kesian..Dulu dia asyik bunting dan beranak. First batch anak yg dia ada 3 ekor kot. comey2 sangat semuanya. 

Tingkat atas bangunan kedai aku ni ada sebuah unit yang tinggal. Dah kosong bertahun. Sepanjang aku menyewa kedai aku ni,kat atas tu memang tak pernah berpenghuni. So si keding dengan anak2 dia ni dah macam penyewa tak berbayar kat unit tu. Ok lah kan. atleast aku tahu dorang memang kat atas. bila lapar je dorang akan turun depan kedai aku. Sebab aku akan letakkan bekas makanan dan air kat situ.

Aku rasa dah lama jugak kot bila aku tengok anak2 dia yg first batch tu sekor2 macam tak turun makan. Aku letakkan picture yang sempat aku snap dan aku letakkan di Instagram.




Comel kan?Tapi sekarang ni aku dah xnampak dah kelibat dorang ni semua. Aku tak tahu di ambil dek orang atau mati..kesian..aku harap dorang duduk di tempat yang sangat selesa. Mudahan..yang aku terperasan kan dorang ni dah takde bila keding bawak anak baru.sekor je, comel dan sangat cantik. Kalau aku mampu aku dah bawak keding balik. Tapi..yelah..aku takut aku tak dapat jaga dengan baik. Aku fokus dengan yg 4 ekor di rumah tu je setakat ni..Namun setiap hari aku akan pastikan ada makanan dan minuman kat situ.

Tengok anak keding yang baru ni.





Bulu dia tebal kan?Yang sekor yang besar tu la Keding. Yang kecik ni aku panggil dia Omey.Huhu,aku harap anak yang ni kekal dengan Keding. Yang ni Jantan. Kalau ada sesiapa yang mampu untuk berikan tempat yg selesa pada Keding dan Omey Bagitahu lah aku..Boleh adopt dari aku. Dorang sentiasa datang kat kedai aku ni. Lepas makan dorang naik atas 'rumah' dorang balik.

Oh jangan tanya mana bekas makanan dan minuman kat situ. Ada manusia yang sangat dengki dekat kawasan tempat aku berniaga ni yang tak boleh tengok ada bekas kat situ. Selalu hilang. Boleh baca di sini.
Bukan mahal sangat pun bekas tu. Tapi entah penyakit ape ntah yang tak boleh tengok bekas makanan kat situ.


~Lara 030214~




There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review