Pages

Di pinjamkan hanya sementara

7 comments
Assalamualaikum..

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi suatu hari nanti. Pinjaman bukan untuk selamanya.Hanya seketika. Jadi hargailah apa yang ada waktu ini supaya kita tidak menyesal di kemudian hari..

*sedih

Ingat lagi entry ini? Yang berwarna putih telah mati mengejut. Papa jumpa selepas mereka dilepaskan dari cag utk diberi makan. Sedih aku sedih lagi adik ku..Moga si Kenit tenang di sana..Aamiinn...



on your left * kenit *


Moga kau tenang di sana sayang...Walau sekejap namun kami semua gembira...


~Lara 20/2/13~



Rangka Cadangan Pelan Pembangunan - Giveaway Contest

4 comments
Assalamualaikum...

Wahhhhh gituu....tajuk rasa macam nak mintak pelempang tak kawan-kawan?haha ampun..orang cakap hidup biar gempak jangan sampai kena makan penyepak kan..?

Ok sempena ulangtahun perkahwinan pembukaan kedai yang masuk tahun ke 6 saya rasa macam nak membuat sesuatu..cehhh sesuatu sangat la kan?kiki *tutup mulut*

Ok sebenarnya saya sedang merangka untuk mengadakan #GiveawayContest...Hadiah nye Pillow Cushion & Car Sign with your custom picture. Tak perlu jawab soalan atau tag atau sekalipun. Tapi hanya mungkin memerlukan anda meng 'add' saya di Facebook or Twitter anda..hihi (ok ini bukan paksaan untuk menambahkan kenalan friend saya ya..Dont get me wrong...tamo2..tamo2) Macam menarik kan?Hurmmm,tapi saya terfikir ada ke yang akan mengjoinkan diri untuk belog picitan picisan ini?Ada sesiapa ke yang RASA NAK JOIN??Sila isikan di bahagian komen plssss... 


~Lara 15/2/13~

Anak Buah baru!

4 comments
Assalamualaikum...

Ok mari kita lupakan yang sedih-sedih tu..penat la nak bermain dengan emosi kan?moh kita layan pic comel ni..Aku cilok dari Instagram adik ku..kikiki..=P 
Aku tak pasti sangat bila tarikh sebetulnya kucing adik aku beranak..Tapi anak-anak dia sangat somel!tapi aku dah diberikan amaran untuk tidak menculik anak2 beliau..huk huk..baru ada pasang niat cenggitu..hampeh adik ku ni..


Yang ni namenye kenit kot..kalau tak silap..agak pasif..yang ni betina..perangai suka tidur tapi lari sangat laju kalau dilepaskan. Aku dah didik dia menjadi aweq yang lemah lembut..kui2


Yang ni jantan name dia ketot..aku cakap gak ke adik aku ni..takde nama glamer lagi ke hape?dia cakap dengan berlagak nye 'kucing i ke kucing u long?'..err ok..aku diamkan je lah..tapi yang ni mulut dia bising..kalau lapar ke ngantuk ke nak main ke nak beyak ke bising aje..kalau mummy die takde pun dia bising...kah kah..


ni dorang baru lepas mandi...haha siyes aku nak picit2 je pale deme dua ekor ni..tapi memandangkan adik aku asyik berkepit dengan 'cucu2' beliau jadi aku batalkan niat ku buat seketika...


kacak dan lawa kan?hahaha..si ketot tu suka dengan kamera..manjang nak pandang kamera..over camwhore budak ni rasanya..ke amik sifat adik aku?hurmmm *urut dagu*


kena kurung sebab time untuk minum susu!katenyee...oh pic ni tak nampak mummy die..mummy die kecik je..macam bukan mummy pada 2 ekor anak kucing..


hahhh..yang aku tandekan anak panah tu lah mummy die..mummy dia yang adik aku jumpa tepi jalan masa balik dai kolej. kecik kan badan dia?Aku dah sound dah adik aku tu..cukup beranak kan kucing tu..gi bawak spayed..aku taknak la jadik mesin je meanjang kan?walaupun aku tahu adik aku akan menjaga nya dengan baik..oh name kucing dia ni Kitty...aku penah cakap tak glamer la name kucing kau dik..dia hanya menjawab dengan rengusan..hahaha


Picture di atas adalah tanda-tanda yang di zahirkan dari perbuatan oleh adik aku kepada aku dengan memberi amaran 
' JANGAN CULIK!'

P/S : aku akan plan strategi untuk menculik budak2 ni buat seketika untuk di bawa ke rumah ku...weeeeee...* tanduk setan*


~Lara 7/2/13~





Sepah bukan Sepah tapi bersepah-sepah sebab perompak!

2 comments
Assalamualaikum..

Wah gituu punya tajukkk...hahaha..mari senyummmm =))
Hai kawan-kawan..Selamat hari Isnin! ^ ^ serius banyak sangat kerja lately..banyak sangat kaedahnya untuk menstabilkan kembali apa yang dah berlaku..weeeeee ok tak tahu nak mulakan dari mana..tapi sebenarnya siapa yang follow aku kat twitter mesti dah tahu cerita ni..cerita dugaan untuk ku di hari ke 6 tahun 2013..Ye,tahun baru...huhuhu..ok nak mulakan cerita masih lagi aku rasa berdebar-debar dan trauma. SANGAT! Takpelah aku cuba kongsikan ye..lagipun mana tahu dah tua-tua nanti aku nak selak lembaran sejarah cerita suka dan suka ku kan?hihi..dah tua pun kau tu lara....#ok


Ok yang atas tu sebenarnaya view bahagian dalam..aku tak tahu nak cakap macam mana bila lihat balik semua ini..huhuhu... #sangatsedih


Yang ini view dari kaunter..Actually bukan ada cash deposit machine pun..Tapi yelah duit yang tak sempat di bank in kan malam tu semua simpan kat sini...dan atas meja tu juga lah laptop untuk artwork & data semua customer tersimpan...


Ok yang ini sebenarnya first view bila aku sampai kat kedai. Aku rasa macam nak pitam dah. Pertama kali menerima kes macam ni..aku sangat trauma..Even wktu aku taip ayat-ayat ni pun aku rasa macam tak boleh nak teruskan. Bayangkan roller shutter terbuka macam ni dari waktu kejadian sampai lah aku sampai jam 9pagi tu..Tapi nasib baiklah Uncle kedai sebelah aku tutup kan pagar..Diorang bukak kedai sewal jam 8 pagi. Huhuhu.. =(  Aku doakan perompak tersebut akan dapat balasan yang setimpal. Oh pada masa hari kejadian tu ada 3 kedai yang di pecah masuk oleh perompak yang sama. Dahsyat kan?Kenapa orang sekarang hanya ambil jalan mudah untuk mendapatkan duit?Kerja sendiri la hoii..orang kerja siang malam demi sesuap rezeki yang halal korang senang2 je merompak.dah la merompak pastu kau nak buat sepah kedai orang..kan sangat kurang disiplin di situ..penat aku mengemas dan mengemop satu kedai tu balik hoi!! Yang kelakarnya kereta kontrol yang aku letak atas tempat tinggi pun di ambilnya. Gigih sungguh!Cabel USB untuk charge handset pun di ambilnya. Ok kat situ aku tau perompak menggunakan smartphone!hurmmm..*urut dagu*


Tempat simpan alat jahitan and stok jahitan pun dorang nak geledah. Sangat kurang ajar. Kalau lah mereka ni semua kena rompak dengan perompak lain apa perasaan dorang agaknya kan?Ok kotak yang hijau tu polis dah ambil untuk siasatan dan ambil cap jari semua di semua bahagian.. tapi biasalah..jauh benar untuk mendapatkan siapakah gerangan mereka..aku bayangkan kalau H datang kat kedai aku buat siasatan..sure sangat cepat kan?sambil bukak sunglass dia tu sambil cakap 'I know who they are' ..Jeng2..ok itu #khayalanCSI ..huhuhu


Ohohoho gambar ni aku letak kat twitter..Ada yang kate ni anjing.. Bukan sayang..ini adalah Musang..Aku terlanggar musang ni bila on the way ke rumah my Auntie. It was 2 weeks after kejadian rompakan tu..Kalau aku tak silap la..Aku bayangkan kalau salah sorang perompak tu aku langgo sampai jadi cenggini..kan bagus..ok itu dari aura marah dan trauma yang masih berbaki..apepun maafkan aku wahai cik musang..aku tak perasan kan kau..malam gelap dan dia muncul secara tiba-tiba dari kawasan semak. Aku ingatkan kucing.Aku dah menjerit sebab terasa sangat waktu aku langgar badan dia...huhu..maaf,maaf sangat-sangat..aku harap kau semadi dengan aman..Sepupu aku dah tanam kat belakang rumah pada malam yang sama. Huhuhu

Ok time kerja..nanti sambung lagi.


~Lara 4/2/13~


There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review