Pages

Makan Rumput

Hai Uols!eh assalamualaikum..hamba kembali untuk menghapdet..beberapa hari ni berjalan-jalan membaca blog kawan-kawan cat lover yang lain. Malas sebenarnya lately..mungkin sebab banyak sangat kerja dan banyak sangat benda yang kena face it. Jadi masa untuk berblogging terpaksa di lepaskan dengan rasa berat hati..eeei,melampau lak aku rasa ayat pasrah aku tu..okeh,abaikan! Entry ni aku nak cakap pasal anak-anak bulus yang bebaru ni baru jumpa rumput..haha,macam kesian je ayat tu kan..macam ni,bebudak tu kan ke indoor cat.So memang tak pernah jumpa rumput langsung.Dah dapat pulak mummy yang terlebih rajin nak bercucuk tanam kan.So alamat nya memang deme2 ni jumpa bunga dan daun kertas je la dalam rumah tu..kui2,maafkan mummy ye sayangs..



Hah ni lah rumput yang aku kena beli dan terpaksa tanam, untuk deme2 kesayangan aku yang berbulu kat rumah tu.hehe..aku tak ingat aku bercucuk tanam bila.Tapi ni pic 2 hari lepas aku snap.berjaya jugak aku menanam sepohon pokok.Eh word bercucuk tanam tu macam over pulak kan?ngeh ngeh..


Ok,ni masa memula aku bagi 3 ekor adik beradik ni.Memula macam kembang-kembang je ekor deme bertiga ni hah.Kot macam rambut mummy nye bangun tido agaknye.Lama-lama baru deme tercium-cium and gigit.hehehe..comel sangat...


ni si diva yang memang rakus bila nampak rumput ni.yelah kat kampung dia kan pernah lari dari rumah.Tak balik semalaman.so rumput hidup dan bunga hidup memang dia dah biasa tengok dan rasa lah..hehe.. 


Persembahkan model rumput cik puan memei..maaf dia terpaksa membelakang kan kalian. Abaikan segala lemak yang kelihatan ye..

Ok, rumput tu aku beli dari KTAJ. Harga aku tak ingat.Maafkan saya.. =)


~ lara : 08/03/12 ~

3 comments:

Aujinz said...

hahahha.. kesian bebudak tue jarang jumpa rumput... kih kih kih

Izzy said...

Hahaha amboi masa Memei makan, yang 3 ekor tu memang kena ketepi ke camne? Bagi laluan pada Queen untuk makan dulu? Hahaha. Rajinnya u tanam sepohon pokok tu, haha. Lama tak dia nak tumbuh? Kena siram ke? Lepas makan rumput, diorang ada muntah hairball tak?

Lara sushi said...

Aujinz : hahaha..tu la kisahnya...tinggal atas bangunan x jejak tanah tu yang xpernah lagi jumpa rumput kennn..

izzy : babe,haha..begitulah kekdahnya..sebab memei ni kalau letak sekali dia takkan layan..dia nak dia sorang..ape pon yang bagi kat dia sorang aje..i pon tak ingat berapa lama i tanam tapi within 1 weeks aje kot..x sampai 2 weeks pon..bebudak 3 ekor tu aah ade muntah 2 hari lepas tu..tapi memei takde pulak..

There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review