Aku start demam ni hari Isnin agaknya.Sampai lah masa aku 'hapdet' blog ni demam aku masa lagi bersisa..batuk2 dan selsema.huhu..Tapi aku tetap menggagahkan diri untuk bercerita sebab aku rasa macam nak bercerita sampai melalut-lalut ni..hehe..Sebenarnya dalam masa aku demam ni memei,buah hatiku juga 'sakit'..sakit nak 'kahwin' dan sakit nak 'berlaki'..huhuhu..dalam bahasa yang sangat sopan dia dalam keadaan 'in heat'..huk huk..batuk jap..betul...aku tak tipu...tapi kisah memei in heat tu aku akan cerita secara khususnya dalam entri akan datang yep kawan-kawan...sebab entri kali ni aku nak cerita pasal tajuk entri la..hok hok hok..
Ok minggu yang lepas adalah minggu yang sangat padat dan sesak untuk ku..dah la demam..demam sampai aku rasa macam nak pengsan...kerja yang sangat banyak,memei yang sakit,dan adik yang nak bertunang...bukan aku ye..harap maklom!hinns..hinss...Tahu kan betapa semua tu menuntut perhatian yang sangat mendalam?betul tak?ok aku adalah orang kuat di sebalik majlis pertunang adik aku..orang kuat bukan bermakna Mak Guard ok..badan ku tidak sesasa itu untuk mengawal bangunan,parking kereta mahupun bank-bank di dalam Malaysia ini..tidak!(Ok,ini lakonan melampau atau poyo je..sila abaikan!)
Adik ku yang seorang lelaki itu sedang melangkah ke satu lagi tahap untuk menjadi seorang mukmin yang sejati..heheh..dia bertunang pada 9.9.2012..bukan lah last minute aku tahu berita dia nak bertunang tu tapi aku lah yang buat kerja last minute. Minggu aku di landa demam panas itu lah aku baru tergedik-gedik untuk menyiapakn semua hantaran yang 15 dulang itu..hah,nampak tak..nampak tak?xnampak?nampak tak betapa komited nya aku!!..hahaha..PANGGGG!(aku tampo diri sendiri untuk menyedarkan hakikat yang aku memang clumsy sejak dolu..)ok,berbalik kepada cerita itu.Sila scroll picture2 di bawah ini untuk membuktikan betapa hebatnya aku dalam menggubah hantaran...sila maklum,aku buat semua itu seorang diri ok...dari pelapik dulang sehinggalah isi-isinya...tidaklah bermakna setiap barang tu aku masuk kilang buat sendiri..tu dah kira melampau tahap gaban okeh..kui..ok mari kita lihat ye anak-anak muridku sekalian...ngehhhh...
close up dari dekat kain pelapik dulang..
comey je kan tangan adik iparku?size 11 okeh..sila bayangkan tumbesaran beliau di tahap mana..hihi.. =P
Ok aku harap jodoh mereka berpanjangan dan welcome to our family!
~lara 100912,07.35pm~
3 comments:
amboi pandainya buat sirih junjung!!!!! boleh buat part time buat hantaran ni, hehehe
kan kan kan kan...*kedip2 mata..hehe..takdelah pandai sangat pon babe.setakat nak jadi bidan2 terjun tu jadi lah yep..=)
cantiknya sirih junjung..:D
Post a Comment