Pages

Pray for MH370

Assalamualaikum..

Pastinya semua sudah maklum dengan tragedi #MH370 yang melanda Negara kita baru-baru ini.
 Hilangnya pada 8 Mac 2014 dan berita terkini telah dimaklumkan sendiri oleh PM kita pada 24 Mac 2014.
Berita yang bukan sahaja memberikan impak yang besar pada kita apatahlagi kaum keluarga sahabat handai yang terlibat.

Seikhlasnya aku tiada kenalan malah tidak mengenali langsung siapa pun yang berada dalam penerbangan tersebut. Namun saban hari mengikuti berita, cerita dan aktiviti pencarian mereka membuatkan aku mengenali serba sedikit karektar dan nama mereka.

Benar, kita hanya orang luar. Kesedihan kita tidak sehebat kesedihan dan ketidak percayaan ahli keluarga yang terlibat menerima berita yang mengejutkan satu dunia ini. Namun berbalik kepada hakikat dan realitinya. Bila DIA mengatakan KUN FA YAKUN maka jadilah ia. Kita tidak tahu apakah yang tersembunyi disebalik ujian ini. Namun yakin lah bahawa ujian Allah itu pasti ada sebab nya.

Tidak usah memberikan sebarang spekulasi yang tidak berasas. Ku yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan jadi pendebat untuk membahaskan cerita yang tidak sahih. Tidak usah menjadi pemberita melaporkan sebab dan munasabab kesan dari 'cakap'cakap' orang. Bayangkan jika ahli keluarga dan orang yang kita sayangi berada di sana. Ya Allah..

Sebenarnya aku dihantui oleh gerapan cerita wayang 'NON STOP' baru-baru ini. beberapa hari sebelum kejadian aku melihat filem tersebut bersama kawan-kawan. Bila mendapat berita tersebut aku membayangkan seolah2 berada di dunia itu. Tapi siapakah aku? Usah menambahkan kesedihan mereka yang terlibat..

Seharian hari ni aku rasa seolah sayu,sedih dan kosong. Bagaimanakah agaknya pula perasaan ahli keluarga yang mengalaminya? Ya Allah Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang berlaku. Perancangan MU indah..

Deep Inside of me..personally..I'm still..hoping that....there's a bright side...



~Lara 250314~ 

0 comments:

 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review