Pages

MLM = Mulut Lebih Manis

Assalamualaikum..

Maaflah. Bukan anti tapi memang anti sangat-sangat pun! Ok macam ni ceritanya. Aku bukan lah nak kondem pun. Hak masing-masing kan. Dan hak aku juga lah untuk bersuara. Kikikiki..Sebab perkara ni baru je berlaku ke aku..

Ok ada seorang teman. Memang aku tahu dia buat macaam-macam. Kenalan kawan atas kawan la ni. Bukan direct kenalan dengan aku. So biasa-biasa je la kalau jumpa pun. Kalau terserempak say hai hai dan senyum. Suatu hari tu aku terserempak dengan beliau masa beli makanan anak-anak bulus. Aku tegur la macam biasa. Pastu dia kata dia nak sharing satu perkara dengan aku. AKu macam dah agak tapi aku senyum aje lah. Yelah orang MLM ni memang approach orang macam tu. 'Sharing is Caring'. Katanya..Ok tak salah..memang tak salah. AKu suka. Kerja halal kan..

Then lepas tu diam macam tu aje lah. Sampai lah ke semalam dia datang ke kedai ku. Ok korang tahu kan aku ada kedai Jahitan dan Percetakan?tapi masih bekerja. So rutin harian macam biasa balik ofis terus ke kedai cek artwork dan apa-apa yang patut. Then dia call kenalan aku since dia memang takde num hp ku. Dia kata nak datang kedai nak buat business card. Kenalan aku cakap datanglah. Time tu aku sedang solat. So time dia datang aku takde kat depan. So kenalan aku sembang-sembang la dulu. Bila aku lepas habis solat aku jumpa dia kat depan. Ok memang kebiasaan nya bila ada customer datang time aku ada, aku akan jumpa direct since aku yang akan buat artwork. Tanya-tanya khabar lebih kurang pastu aku duduk-duduk dengan dorang. Terus deme kata 
'Nak sharing sikit. Boleh ye?' soal Anon.
'Err..'aku dah serba salah sebab aku memang dah agak dia nak sharing pasal MLM. Aku memang tak suka sebenarnya dan aku punya sebab dan alasan tersendiri kenapa aku tak suka. Tapi aku tak pernah la nak kondem buta-buta. Even kalau ada kawan-kawan yang nak minta aku dengar dulu aku dengar je lah. Tapi lepas tu jangan paksa-paksa aku untuk masuk. Lepas tu aku dengar aje lah apa yang si anon ni cakap..Biasa lah..Keluar dari MLM A gi MLM B sebab bla bla bla bla..Barang A tak best macam barang B bla bla bla..Konsep sama je. Kena bagi pengalaman,bagi contoh begitu begini..sampailah tiba-tiba ada seorang lagi customer yang datang untuk confirm artwork untuk signboard. In which aku rasa OK,THIS IS TIME!Aku cakap aku kena layan customer tu dulu sebab dia customer aku yang nak confirmkan final artwork. So aku kena dulukan customer dari deme la kan?Yang mana memula tadi sebenarnya deme adalah customer aku. But kalau dah cerita pasal MLM dan lari dari topik asal patutkah aku dulu kan deme?So aku minta kenalan aku handle untuk bukak Invois dan segala details if deme masih nak teruskan buat. Deme kata takpelah layan dulu customer tu.

Tapi bila aku SEDANG dalam discussion dengan customer tadi, lepas deme letak deposit untuk business card dengan kenalan aku tadi dan deme mencelah kata deme nak balik dulu sebab ada kelas. Aku bangun dan cakap 'Ok,sorry minta maaf ye..Saya ada customer..'
deme jawab : Takpe2..esok kami datang lagi. Kalau akak (merujuk kepada customer aku yang sorang lagi) ni nak join esok pon boleh lah sekali. Sharing is caring. Jangan risau. Client U I letak bawak U. Kami takkan ambil. Kami just akan sharing je..bla..bla..bla..'

Aku dah rasa tak selesa sebenarnya. Customer aku tak patut ditarik untuk masuk MLM sekali kot. Sebab bagi aku itu sangat kurang sopan. Macam kau tengah diskus dengan bos kau then ada orang datang jual barang dan paksa kau beli barang tu time tu gak. Its not nice la kan?Bukan sebab aku nak kondem dorang. Tapi macam aku cakap lah tadi. Tujuan asal customer aku datang kedai aku time tu bukan untuk MLM tu. Kenapa perlu ada paksaan? #sigh

Sampai lah hari ini aku diberitahu yang deme MLM tersebut tak jadi nak buat business card. So deposit kena pulangkan. Ok first of all aku tak kisah pun. Bukan open bill/ closing deal deme tu sampai beribu2 ringgit pun. Serius! Bukan tolak rezeki sebab aku sangat menghargai semua customer2 aku sejak dulu. Tapi aku terfikir one thing cenggini 'niat asal kau nak buat sebenarnya untuk pancing aku masuk MLM kau tu or what?Kenapa kau tak terus terang direct je. Jangan main koner2 baring segala ni kan?
#sigh

Sebab tu apa jua yang kita buat apa jua yang kita lakukan dalam agenda seharian kita KEJUJURAN adalah tiang utamanya. Kalau kita ada niat sebaliknya untuk buat sesuatu tak kisah lah apa pun,aku rasa sampai bila-bila lah kita tak boleh nak maju. Bukan aku cakap aku dah bagus dah maju. NO!Its about friendship.Relationship. Kau utamakan AGENDA kau atau kau utamakan PERHUBUNGAN OR PERSAHABATAN kau?Tu sebab lah wujudnya tikam menikam, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Aku takkan bertoleransi orang yang mempunyai niat serong macam ni. Bagi aku biar lah berkawan dan berhubungan tu ikhlas. Kalau kau cakap sayang, sayang lah. Jangan kau cakap sayang kat kawan kau tapi sebenarnya kau sayang awek/pakwe kawan kau sebenarnya. Takpun kau cakap kau sayang sampai macam-macam kau buat untuk dia. Tapi bila kau tak puas hati dengan dia kau jadikan dia macam babun. Hilang dah sayang menyayang sebelum ni.. #eh


TEPUK PERUT DADA TANYA LAH SELERA




~Lara 190413~

0 comments:

There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review