Bangun pagi itu aku merasa kepalaku sedikit pening. Mungkin kerana lambat tidur malam tadi atau mungkin sebab menangis. Mujur hari ini hari cuti. Aku menjeling ke kiri melihat ke arah meja kecil. Kalendar kecil ku kerling sekilas. 5 April 2013! Aku memegang kepala dan masih berbaring di atas katil. Hujan lebat kedengaran di luar rumah. Aku menarik comforter rapat ke dada. Keluhan sedikit kasar ku lepaskan.
'Ah!Bagaikan mimpi semua yang terjadi'
Aku berkalih ke kiri. Memandang meja kecil di sebelah katil. Di atasnya ku letakkan sebuah kalendar kecil, jam meja dan sebuah pasu kecil yang ku letak setangkai bunga ros hidup. Untuk seketika aku melayan perasaan.
"Min, abang lepaskan Min dengan talak satu" perlahan tapi amat jelas dipendengaranku. Bagaikan halilintar. Bagaikan pisau yang sedang menghiris dan menyiat kulitku. Pedih. Sakit namun anehnya jauh di sudut hati ada rasa sedikit kelegaan disebalik kesakitan kala itu. Sekurang-kurangnya kami tak perlu melakukan dosa lagi kerana mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Biar dileraikan daripada ada bagaikan tiada. Bersama-sama dengan ingatan itu aku sekali lagi mengeluh.
"Sudahlah,aku harus bangkit. Antara aku dan dia dah pun berakhir. Kami melakukannya dengan baik. Tanpa ada dendam tanpa ada rasa benci. Aku tak boleh terus macam ni. Hidup dalam bayang-bayang dan kenangan." ujarku pada diri sendiri dan ku raup wajah ku sendiri dengan telapak tangan. Bangkit dari katil dan aku merenggangkan otot-otot badan beberapa saat selepas itu. Ku buka pintu bilik dan menuruni anak tangga. Baby mengiau bila melihat kelibat ku turun dari tangga. Aku mengambilnya dan membawa Baby dalam pelukan. Dia mendongak memandangku dan mengiau lagi.
"Ye sayang..Mummy tahu. Anak mummy lapar ye?" ku lagakan hidungku dengan hidung baby. Sejuk.
" Meoww...meoww" bagaikan faham dengan apa yang ku katakan. Aku memberikan baby makan. Laju dia turun dari pelukan ku dan menuju ke bekas makanan nya. Kemudian aku menuju ke ruang tamu. Remote control ku capai dan menekan butang On.
"Kenapa lah banyak sangat cerita yang sama je sekarang ni?"aku mengomel. Ku tekan-tekan butang lagi. Rancangan Melodi sedang bersiaran. Ku tersengih melihat telatah dua pengacara yang sedang gigih memberikan yang terbaik. Yalah,tanggungjawab besar kot untuk meraih peminatnya yang sendiri. Macam biasa kisah artis yang bercerai berai, tak puas hati antara satu sama lain dan bermacam-macal lagi.
'Ah,artis pun sama macam orang lain juga. Mereka pun manusia biasa. Cuma pekerjaan mereka sahaja yang membezakan mereka dengan manusia lain. Hidup dalam dunia glamor. Agaknya kalau kisah hidup aku dimasukkan dalam dunia glamor seperti mereka mahunya aku terkenal kan?' aku tergelak sendirian.
Bip!Bip!Bunyi menandakan pesanan ringkas di telefon berbunyi. Ku jeling sekilas di atas meja tanpa ada niat untuk membuka nya. Buat seketika aku hanya melihat ke arah TV tanpa ada perasaan. Hari itu merupakan hari dia 'dilepas'kan. Pada hari yang sama cuma tahun sahaja yang berbeza. Ini bermakna sudah setahun status itu ditinggalkannya. Jangan kata tiada rasa sedih. Tiada rasa terkilan. Namun semuanya suratan takdir. Jodoh kami hanya tertulis setakat itu sahaja. Aku mengharapkan magis nya perhubungan yang bukan berlandaskan cinta itu. Magis untuk mengecapi nikmat bahagia seperti insan lain. Tetapi aku silap. Percubaan itu bukan kemenangan buatku. Ramai berkata. Bercinta selepas berkahwin lebih indah. Lebih nikmat. Tapi mengapa ianya tidak berlaku kepada diri ku?Mengapa aku hanya merasai kesedihan?Sepupu ku yang lain masing-masing sudah pun menimang cahaya mata. Bahagia melayan anak hasil perkongsian hidup bersama yang tersayang. Manakan aku tidak geram. Mata kecil dan pipi yang mungil setiap kali aku menziarah mereka semua. Menumpang kasih dengan anak-anak buah adalah perkara yang sering ku lakukan saat ini.
Lagu Give it a go dari Timbaland dan Veronica dalam filem Real Steel baru-baru ini berkumandang. Menghapuskan sesi melayani perasaan ku kala itu. Dengan malas ku gagahkan jua mengambil telefon bimbit yang diletakkan di atas meja sejak malam tadi. Nama 'Cikeding BFF' terpapar di skrin telefon. Ada sedikit senyuman di bibir. Butang hijau ku tekan.
"Yes darling?"
"Hah,angkat pun phone! U menghilang ke mana ni?" suara Emy nyaring di sebelah sana.
"Haish,apa pagi pagi menjerit ni?Sekeh kang.."aku menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga.
"Oho, U pulak yang nak sekeh I ye?Patutnya I yang marah U ni tahu tak?!" Emy masih bersuara nyaring. Aku melurut-lurut dagu kepelikan. Apa kena minah ni dari tadi berapi je ni?
"Cop,yang U nak marah-marah ni kenapa?Chill bebeh.." aku buat tidak tahu dengan karenah Emy sebenarnya.
"Yelah chill..Dah tak boleh nak chill dah tahu tak..Nak terkencing adalah.."
"Haha,ok ok..sorry...U kenapa ni?U kat mana ni?Dengar macam bising je tu?" soal ku sambil tergelak mendengar ayat Emy tadi. Talian di sebelah Emy terasa macam bunyi angin-angin. Di tepi pantai kah dia?
"Cik Min sayang...I ni tunggu U dari tadi nak breakfast. Dari pukul 8 pagi I call U tak berangkat. I mesej U tak balas. U pergi mana?U yang janji dengan I nak breakfast sama pagi ni then U tanya I pulak kan?I dah bosan tahu tak?Hilang keayuan I dari tadi tunggu U macam orang tak betul tahu!" Nah..bebelan Emy dari sebelah sana membuatkan aku menepuk dahi sendiri. Aku terlupa semalam aku sempat tinggalkan SMS ajak breakfast bersama pagi ni. Alih-alih aku yang lupa. Nah,itu lah. Melayan perasaan lagi dari tadi.
"Ya Allah!I betul-betul lupa!I baru bangun ni...Sorry dear.. Sorry sangat-sangat!" Emy mengeluh.
"Ok ok,I tahu I salah. Come here! I siapkan breakfast untuk U ok?"
"Hah, memang I nak sampai dah ni!I on the way. I tak kira. U kena siapkan breakfast untuk I yang paling sedap sekali. Then I nak Orange Juice, Toast Bread and half egg boiled..I nak nasi goreng pedas dengan telur dadar goreng kosong taknak bawang..I'll be there in five minutes then!" ujar Emy seraya menamatkan telefon. Aku memandang skrin telefon dan tergelak sendiri.
'Boleh tahan garangnya minah keding ni ye!Dalam marah-marah sempat order banyak-banyak pulak tu.' Aku pantas melangkah ke dapur. Membuka peti ais dan mengeluarkan telur 3 biji dan juga beberapa barang-barang lain untuk menggoreng nasi. Selang beberapa minit kemudian aku mendengar bunyi loceng pintu.
'Hah dah sampai dah minah ni'. Aku mengelap tangan di tuala sebelum melangkah ke hadapan untuk membuka pintu pagar. Tersembul muka Emy dengan menjuihkan bibir. menandakan geram mungkin. Kami bersalaman dan melagakan pipi seperti kebiasaannya.
"Alololo...muncung panjang nya. Sorry la...aku betul-betul lupa....jom-jom masuk dalam dulu.." kata-kataku tidak disahut malah Emy hanya menonong masuk ke dalam rumah. Aku mengelengkan kepala. Sedar salah sendiri. Siapa suruh bangun lambat dan terlupa. Itu lah padahnya hidup dalam kenangan-kenangan lepas. Sempat aku mengomel dalam hati. Aku menutup pintu rumah. Ku lihat Emy sedang menyandarkan badan di sofa.
"Duduk dulu ye wahai Pemaisuri. Patik ke dalam sebentar untuk memasak santapan.." aku cuba bergurau.
"Yelah tu..cepat lapar ni..!" Emy merengek.
"Hamboi?Lapar jom temankan I masak. Cepat sikit siap.Cepat sikit kita makan.."
"Ala,dah la lupa janji. Lepas tu I pulak yang kena tolong masak kan?Yelah yelah.."dalam bentakan Emy bangun juga membuntuti langkah ku dapur. Aku tersenyum. Aku meneruskan kerja-kerja untuk memasak nasi goreng. Emy bagai memahami mengambil beberapa keping roti untuk di bakar dan meletakkan nya di tempat pembakar. Aku pula menuang minyak ke dalam kuali. Rencah-rencah untuk masak nasi goreng ku campakkan ke dalam kuali. Aku mengambil sudip dan menggaul bahan-bahan tersebut. Biarkan beberapa ketika sebelum aku memecahkan telur sebiji ke dalamnya. Ku goreng bahan-bahan tersebut sehingga naik bau dan selepas itu aku masukkan sepinggan nasi pula ke dalamnya.
"Mana baby?Selalunya I datang dia menyibuk je.."soal Emy tiba-tiba.
"Dia tahu U tengah angin tak baik. Malas la nak tunjuk muka. Kang kena makan penyepak sia-sia je..."
"Hei,U ingat I zalim sampai macam tu sekali ke?"
"Eh boleh je kalau U nak jadi macam singa betina. Tadi pun U dah tunjukkan.."aku membidas. Emy hanya tersengih.
"Hei tak baik tau. I main-main je lah. Eh bukan memang I serius! U buat I tungu macam orang tak betul je kat kafe tadi.."
"Hah, see..I told U right?" aku tergelak. Sifat Emy yang agak kebudak budakan itu menghiburkan sedikit hati laraku pagi itu.
'Meow!Meow!' suara baby tiba-tiba menjengah ke dapur.
"Hei,baby!Tahu je I panggil nama U ye..come here bebeh..I miss U sayang.." Emy mengambil baby ke pangkuan dan di peluk-peluk dan di gomolnya baby bagai anak patung. Baby pulak ku lihat pasrah dengan keadaan tersebut. Bulu nya yang kembang membuatkan Emy bersin. Aku mengekek tergelak.
"Suka kucing bagai nak rak. Tapi awak tu tak tahan dengan bulu nya.." sambil itu aku menyenduk Nasi goreng yang telah siap ke pinggan leper yang besar. Ku hias dengan timun yang ku hiris nipis. Telur dadar yang telah siap sejak tadi ku letakkan di atas piring kecil lain.
"I bukan tak tahan la. I cuma memang tengah selsema sekarang ni.." nafi Emy.
"Aah yelah selsema..Dah let's..I tinggal tuang air je. U nak air panas tak?I buat kan.."
"Tak perlu. I nak Twister Orange tu je." Emy menggoyang kan tangan nya tanda tidak mahu. Baby meronta untuk turun dari pelukan Emy. Emy melepaskan baby dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Baby bagai mengerti menuju ke ruang tamu meninggalkan aku dan Emy di dapur. Aku meletakkan pinggan-pinggan makanan di atas meja makan. Emy menyusul membawa roti yang di bakar tadi dengan planta di tangan.
"Ok let's!I pun dah lapar benar ni.." ujarku yang membuatkan Emy menjuihkan bibir.
"Eh lapar ke?Bukan U mengantuk lagi ke?" Emy mengambil tempat duduk di sebelahku.
"Hai perli nampak?Tak habis lagi ke marah tu?I kan dah tebus salah I?Tengok atas meja ni. Gigih I masak untuk U tahu.."
"Eleh..nasi goreng tu je..yang lain dah ready je kan?" Aku tersengih.
"Dah dah..jangan nak mengomel..Jom makan dulu. Lain-lain kita debat kemudian.."aku menyeduk nasi goreng ke pinggan Emy. Kemudian ke pinggan ku. Kami menghadap makanan pagi itu sambil berbual-bual kosong. Aku berterima kasih pada Emy. Kerana dialah aku boleh tersenyum sedikit hari itu.
"Hah, U ni mesti tengah layan lara lagi kan?Tu yang macam serabai tonyong je I tengok.." tegur Emy. Aku hampir tersedak.
"Serabai tonyong?Apa tu?Hei U ni bukan-bukan lah ayat U.." Emy menyeringai. Aku meneguk air juice di gelas.
"Haha, serabai tonyong tu selekeh la..Baik u cakap dengan I. Betulkan?" dia menunjuk ke arah ku. Aku memasukkan nasi ke dalam mulut. Seleraku bagai mati tiba-tiba.
"Spoil la U ni..I baru nak menikmati breakfast I. U dah ungkit hal ni.."
"Ala, spoil la sangat. Nasi U dah habis je kat pinggan tu Cik Min oii.."
"I baru nak tambah la.."
"Eh tak payah. Nanti cepat gemuk!Cukup.."Emy melarang. Aku tergelak dan mengeleng dengan keletahnya.
"Sengal la U ni..Habiskan cepat nasi U tu. Apa lah makan macam tu..Penat I masak tau. U makan ke U mengira butir nasi dalam pinggan ha?"
"Hah,nampak sangat U ni tengah melayan perasaan!U tahu tak I dah tambah dua kali tadi?U tak nampak ke?"
"Eh ye ke?I tak perasan kot..."
"Iye memang la tak perasan. Orang dalam dunia nya sendiri..mana nak perasan kan?" tebak Emy. Aku mengeluh. Sisa air dalam gelas ku habiskan. Aku memandang Emy. Dia melihat ku sambil mengangkat kening.
"Pagi tadi..I terjaga tiba-tiba teringat hari ni hari apa..Itu je.."
"Then U nangis kan?"
"Hei,mana ada!Pandai je!" aku meningkah.
"Hah ye la!Habis tu yang mata sembap sangat macam orang baru lepas menangis ni kenapa?"
"I tak cukup tidur je lahh.."
"Sudah lah Min..I kenal U dah lama lah.Jangan tipu I.."
"Ok, ok...tapi sekejap je..Tapi I tak menangis sambil keluar hingus tau.."
"Eeeuwww,pengotor la U ni!Dahla I taknak dengar. Bak pinggan I basuh.."
"Hahhaa..padan muka!Nak dengar sangat kan...Nah!I kemas meja.." Emy mencebik dan membawa pinggan kotor ke sinki.
"Cik Emy...Roti bakar U ni nak bagi baby makan ke apa ni?" aku menjerit dari ruang makan.
"Apa salahnya!Kalau baby suka, sedekah kan aje lah cik Min hoiii.."si Emy pula menjawab.
"Hampeh!" Tanganku pantas mengemas meja makan. Setelah selesai kami berdua duduk di ruang tamu. Sambil memandang TV tetapi fikiran masing-masing tidak di situ.
"Ok Cik Min. Let's we talk about it!Tell me what's going on..I'm here bebeh.."ujar Emy. Aku memandangnya.
"Ala,biasa lah Emy..Hari ni kan U tahu hari apa kan?Normal la jika perasaan tu ada JK sikit.."aku menjawab seadanya.
"JK?"soal Emy blur.
"Jiwa Kacau la Cik Emy..!"
"Oho...Hurm..."Emy membaling bantal sofa kecil ke arahku. Aku tergelak.
"Ok, I tak tahu nak cakap macam mana. Tapi yelah kan. U yang rasa. Bukan orang lain yang rasa. Apa pun U kena sabar la ok. Boleh ingat tapi jangan layankan.."
"Thanks, Emy. I tahu U seorang sahabat yang baik. Even kadang kala U ni Over Protect kan.."Emy menjengilkan matanya.
"Tapi..yang pasti I appreciate sangat-sangat. I tahu kenangan itu sangat pahit untuk I. Sangat pahit. I korbankan segalanya demi perkahwinan I tapi penyudahnya apa yang I dapat?Takpelah,I anggap je antara kami tidak ada jodoh. Jodoh kami hanya setakat itu je. Sekarang I happy macam ni. I ada baby, I ada U, I ada kerjaya I, I ada family I..cukuplah..yang lain-lain I tawakal je..Mungkin ada hikmahnya kenapa semua ini terjadi pada I. Mungkin semua orang ingat I kuat. Tapi dalam hati ni hanya Tuhan yang tahu..." Emy menggenggam tangan ku sebelum aku menyambung lagi.
"Terkilan?Sedih?Jangan cakap.Memang itu lah perasaan I saban hari. Tapi sampai bila I nak melayan je perasaan I kan?Air mata ni dah kering dah Emy. Ok I tahu I tak pernah ada perasaan pun pada Ex I dan perkahwinan kami hanya untuk kebahagiaan parents masing-masing.Tapi tak bermakna I tak mencuba. I dah puas mencuba. Tapi I tewas.." ada air mata yang jatuh ke pipi ku saat itu bersama-sama dengan luahanku. Ku seka dengan hujung jari.
"I bersyukur semuanya di akhiri dengan baik. Kami matang dan kami cuba terima dengan sepenuh hati. I tak tahu dimana silapnya namun I lega. Sekurang nya kami tidak perlu lagi berdosa kerana tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Itu I patut tahu dan sematkan dalam hati. Cuma Emy..U tahu kan parents kami tidak tahu langsung tentang perkara ni?Dan sampai kini mereka hanya tahu hubungan kami dingin. Bukan putus terus..I tak sanggup..Itu je lagi perkara yang membebankan I..I takut Emy.."
"I faham Min..I faham apa yang u rasa. Macam ni lah.. I rasa U diamkan dulu perkara ni kalau U rasa ianya baik untuk semua orang. Cari masa yang sesuai. Cari pendekatan yang sesuai..InsyaAllah.."
"Ya itu yang I fikirkan Emy.."ujarku lemah. Emy merangkul ku dalam pelukannya. Entah mengapa mudah sungguh air mata ku kala itu berjuraian jatuh ke pipi. Aku menangis semahunya. Aku melepas kan semuanya. Aku melepaskan perasaan yang terbuku dan perasaan yang membebankan di bahu Emy..
Hati...kau tenanglah..
Hati..kau sabarlah...
Hati..kau teguhlah..
Masih ada yang lebih malang darimu..
Masih ada yang lebih sakit darimu..
Anggap lah segala ini ujian buatmu untuk terus bangkit mencapai apa yang kau inginkan...
Hatii...this is for you...
Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.
~Lara 170413~
whose in d house??
BLOGGER MALAYSIA
Buddy
M3
- Lara sushi
- Kuala Lumpur, Muslim, Malaysia
- I dont like to talk much.This blog belongs to me,my kitty and my life.welcome to my BELOG! xD
Labels
Adoption
(2)
Aidiladha
(2)
Aidilfitri
(4)
Aku
(20)
Anak buah
(1)
anak bulus
(1)
Artikel
(1)
Astro
(1)
baby
(4)
bad mood
(4)
Bahagia
(1)
bersunat
(3)
Birthday
(1)
Biskut
(1)
Bosan
(5)
cat tree
(1)
Cerpen Pendek
(5)
ceteh
(2)
Cloudy
(1)
cocot
(7)
contest
(2)
Curi
(2)
Demam
(6)
Dinner
(1)
diva
(1)
Durian
(1)
entah apa2
(3)
Filem
(1)
Flu
(2)
Funny
(1)
Giveaway
(3)
Hadiah
(1)
Hantu
(2)
Hari Ibu
(1)
Holiday
(3)
Jualan Amal
(1)
Julia
(1)
Kedai
(1)
Kehilangan
(9)
Kek Lapis
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kenangan
(1)
Kenduri
(2)
Kereta
(2)
Kerja
(4)
Kisah Lama
(1)
kitties
(17)
Kurus
(2)
Lagu
(53)
Lirik Lagu
(53)
memei
(30)
Mengantuk
(1)
mistik
(1)
monolog
(26)
Mutiara
(3)
PC
(1)
Pedoman
(2)
Perpisahan
(1)
Pilihan
(2)
prayMH370
(1)
Puasa
(1)
Resepi
(2)
Sahabat
(1)
Sedih
(1)
Semput
(2)
Share
(1)
Sister
(1)
stray cat
(7)
Tahun Baru
(1)
tilam baru
(1)
Tompok
(1)
Vacation
(2)
wordless
(18)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment