Pages

Bontot BesaQ

4 comments
Assalamualaikum..




Kalau dah Diva tu manjang nak diva. Orang tengok pon tak bolehh...#HADOI



~Lara 29/11/12~

# 13 - Wordless - Apa Dosa Kami??

2 comments
Assalamualaikum...




~Lara 28/11/12~

Kebabaommm!!

3 comments
Assalamualaikum....

Dah lama tak bercerita kisah anak-anak bulus kan? Deme semua sihat tapi cerita ni agak lama dalam draft.Tak sempat nak hapdet. hihi perihal pangai deme masa malam Deepavali yang lalu. Ok, biasalah bila tiba mana-mana musim perayaan sekalipun bila nak raya je malam tu mesti ada perang mercun kan?memula bila aku balik je kat rumah masing-masing macam kena histeria..terloncat2..tapi malam tu masing-masing jadi macam kat bawah ni..tengok lah..lepas ni kalau nak bagi deme diam aku kena bakar mercun ye dak?hak hak hak (gelak setannnn)











Jangan tertipu dengan kata-kata diva di atas. Ini adengan bila mercun dah habis. Baru la dak debab ni keluar dari dalam rumah dan menyidaikan diri..kalau tak mana tau nak keluar dari bawah sofa. Sebab tu aku tak boleh nak snap gambar. CETTTT!hak hak hak..suke aku dengan gelagat deme malam tu..tapi yang bengang nye bila dah takde bunyi mercun memasing kembali ke habit asal... terloncat2 bak wakil rakyat dapat undi majoriti....#eh


~Lara 26/11/12~

Dugaan

2 comments
Assalamualaikum..

Hari Jumaat yang lepas ayah dan ibu dimasukkan ke Hospital. Terkejut dan sangat sedih.Bermacam-macam perasaan yang membelenggu kami adik beradik. Ya Allah..Tuhan yang tahu betapa risau dan pilunya melihat kedua-dua insan yang sangat dikasihi terlantar di katil Hospital. Tapi, Alhamdulillah..Kesihatan mereka semakin pulih kini. Ayah dibenarkan keluar dari Hospital begitu juga Ibu. Namun mereka tetap memerlukan rawatan susulan.

Mama & Papa, We love you so much!



~Lara 26/11/12~

#1 - SHARING - JUALAN AMAL FOR GAZA

0 comments
Assalamualaikum...

Kawan-kawan...just sharing..kalau ada yang berminat boleh lah hubungi details yang diberikan ye..

Just klik di sini. dan juga di sini.

Antara poster yang boleh dikongsi seperti kat bawah. Kalau boleh sebarkan sekali ye.. terima kasih... 

*klik untuk besarkan*

~Lara 22/11/12~



Malas

2 comments
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah kawan-kawan. Moga tahun baru ni tahun yang paling terbaik untuk kita ye?Aamiinn..

Kemalasan menghantui diri..ye itu lah aku lately..Banyak sangat kerja mungkin..Opss tiba-tiba aku rasa eh baru masuk tahun baru dah malas2?So aku menggigihkan diri jugak untuk menghapdet blog yang mungkin kesunyian ini.Cuti Maal Hijrah aku balik Kapung Klang. Jumpa mak ayah tersayang.Sampai je rumah sentap dengan mama.Masuk bilik pastu menangis.Boleh?Entah hape2..Aku pun tak tahu kenapa malam tu aku rasa macam sensitif tahap gaban lak. Bila ingat sekarang macam nak penyepak diri sendiri. Pagi Maal Hijrah tu aku hantar papa dan ibu kat LCCT.Ada urusan yang deme nak selesaikan kat kampung. Jumaat aku ambil cuti. Sekali harung orang kate. Tak pergi mana-mana selain mengukur jalan dan menyetelkan kerja yang pending.

Sabtu aku mengadap laptop. Pergi jalan2 kat belog kawan-kawan. Sambil menghadap kerja-kerja admin untuk kedai. Hoh,sangat penat!!Budak-budak bulus semua ok cuma deme mungkin terasa sedikit kesunyian lately. Sebab aku tak gomol dorang macam selalu.Memei makin debab & bebudak 3c makin nakal..Panjat memanjat dah menjadi hobi memasing. Lampu kekelip kat balkoni pon dah sampai melayut ke bawah..sebelum terjerat leher memasing aku dah tanggalkan dah pon.Ok nampak tak kat situ aku kena lupekan untuk mencantikkan rumah sebab deme?

Sekarang aku tunggu masa untuk tutup kedai. Melayan mata dan perasaan dengan zikir terapi Hafiz Hamidun..Agak tenang..Itu sahaja yang aku mahukan tika dan saat ini....


~Lara 17/11/12~

# 12 - WORDLESS - CETEH TERLAMPAU!!18SX

2 comments
Assalamualaikum..



Over kan si ceteh ni?memang dah ade tanda2 nak kena neuter dah ni..nasib le si memei ni dah spayed.malas nak layannn...KUI2..=p



~Lara 14/11/12~

# 1 Review Filem dari pandangan mata ku..!

0 comments
Assalamualaikum...

Tajuk macam tak boleh blah ke boleh blah kawan2?hihi..ok,sebenarnya aku tak pernah pun rasa nak review filem2 yang aku lihat sebelum ni kat dalam blog ni...eh ke ade?entah,aku pon lupa...Tapi malam minggu yang lepas aku melihat cerita #IstanbulAkuDatang dengan kawan-kawan yang lain. Ok to be frank, sebenarnya at the first time aku tengok iklan aku cakap ' ala mesti macam cerita-cerita yang lain jugak lah '. So malam tu ada 2 cerita yang menjadi pilihan aku dan kawan-kawan sebenarnya. Antata #Taken 2 dan #IstanbulAkuDatang ni la. Tapi bila kami sampai je tayangan untuk cerita #Taken2 lambat sangat. Memandangkan kami semua adalah gadis-gadis melayu terakhir (bluweeekkk..) dan  kami juga adalah Cinderela yang akan bertukar jadi buruk bila melepasi tengah malam (PANGGGG!!!!)..OK SERIUS..!Maka terpaksa okeh membeli tiket untuk #IstanbulAkuDatang tu..Takpelah berdoa ni dalam hati moga tak jadi macam filem #PE3 yang aku saksikan sebelum tu. Filem yang membuatkan aku terasa macam nak maki diri sendiri sebab beli tiket..huhuhu..mahap,itu pandangan yang sangat jujur dari lubuk hati ini..

Ok berbalik pada filem #IstanbulAkuDatang tu. Masuk2 je filem tu aku dah terkekek2 gelak. okeh, ni tipu..sebenarnya kawan aku yang berborak macam dia seorang yang duduk dalam panggung wayang tu..kena sound,diam terus...hak hak hak...




Pengarah : Bernard Chauly
Genre : Komedi Romantik
Pelakon : Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat dan lain2 yang aku tak kenal..maaf!
Durasi : 99minit
Klasifikasi : U
Start Tayangan : 8 November 2012

Bagi aku cerita ni memang sangat-sangat Fun and Enjoy gile!Lisa Surihani memang sangat lain dalam Filem ni. Sangat comel dan lain daripada yang sebelum ni. Tomok?Ok ni first filem yang dia jadik Hero kan?Not Bad dan ada lah sikit-sikit yang tergelincir espeacially babak2 romantik dia dengan Lisa. Yelah sebab aku membayangkan dia tu macam adik aku yang baru habis SPM je..macam eh budak ni.Spender Rokok pon minta duit mak ayah aku lagi beli dah ada hati nak bercinta..hihihi...taklah itu bagi aku la...apepon dia OK..Pastu Beto. hero jugak dalam filem ni..Yes,aku rasa penggiat seni dalam Negara ni patut bukak mata dengan kemampuan mamat ni..Bila dia buat cara macam orang tak betul dalam filem tu memang macam tak betul sungguh..Tapi bila babak dia romantik buat aku touching sangat habaq kauuu! Sinematografi yang berlatarbelakangkan Istanbul yang memang aku tak pernah pergi tapi aku yakin tempat nye memang cantik cuma mungkin trafik dan kepadatan penduduk kat situ aje lah yang aku rasa..lor,penatt!aku tengok lisa asyik berlari guna High Heels yang aku rasa berinci lebih dari 2inci tu..tapi tetap comel..hihi..Part best bila Lisa yang seorang blogger update entry baru dan ada garapan komik kat situ yang kau akan gelak sampai tak malu dan lupa diri lah yang kau seorang gadis pemalu yang sedang menonton wayang..hahaha..Kawalan emosi oleh pengarah kepada teraju2 utama amat berkesan sekali. Bermakna watak yang dorang bawak memberikan emosi yang satu2 pada korang dengan berkesan..best!


betul tak aku cakap?Tomok macam budak-budak sekolah yang sedang bercinta..hehehe


antara babak-babak yang start menimbulkan sesuatu perasaan dalam hati deme ni..

Oklah,tu je lah aku nak membebel..tu pandangan aku insan yang marhainnn untuk filem ni.Yelah lain orang lain pandangan nya ye dakk? So sile lah serbu pawagam yang berdekatan dengan anda!


Hurmm..aku macam nak ke Zurich lak mencarik cinta...hak hak hak


~Lara 13/11/12~







Hantu Beg yg agak menyeramkan!

7 comments
Assalamualaikum...

Seramm kan tajuk tu..ntah ape2..malas nak cerita panjang lebar..tengok lah budak sorang sekor ni.Kerja semua tergendala hanya di sebabkan die seekor..hohhhh!












Hohhh,siap tanye tu..OVERR TAUU!


~Lara 12/11/12~

Tiada kesedaran sivik!

0 comments
Assalamualaikum..

Tajuk macam tengah geram kan?sebenarnye dari semalam lagi geram & bengang kat twitter. Tapi masih macam tak puas hati selagi aku tak bebel dalam blog..mahapkan saya.. =P
Cenggini, korang tau kan pasal stray cat yang selalu makan depan ofis aku? Ada kat sini dan kat sini. Untuk pengetahuan memang akan ada 2 bekas dekat situ tau..satu bekas makanan satu bekas untuk air. setiap hari aku akan tukar air dan tinggalkan makanan kat situ. Boleh tak semalam aku perasan bekas makanan hilang utk ke 5 kalinya?ok,faham kalau bekas plastik or polistren makanan tu boleh diandaikan kena tiup dek angin. Sebab sekarang pon musim hujan kan?Tapi kalau bekas tu aku katakan bekas stanless steel (mahap aku tak pasti ni ejaan betul ke tak) dengan mangkuk plastik yang warna oren tu mungkinkah ianya akan bergerak jika ditiup dek angin?TIDAK!

mula mula memang aku letak yang ni je..

Pastu tukar yang ni sebab yang atas tu hilang.Ok rasa kena tiup dek angin..(bersangka baik)

Pastu hilang yang atas,aku beli yang ni..


Yang atas hilang last,aku beli yang ni..yang ni yang hilang gak kelmarin..mungkinkah kena tiup dek angin?adakah kalau kena tiup dek angin pon sampai ke Negara China jauhnye mangkuk tu pergi kawan-kawan?Atau aku kena cari balik semula di kawasan sekitar nya?huhu..susah nak kateee.. memang takde dah mangkuk2 tu..Hantu Mangkuk ke hape?Habis tu aku nak letak mangkuk yang mana baru selamat?Padanlah semalam pon aku tak nampak budak2 bulus  datang untuk makan semua..rupenye aku tak perasan masa datang pagi tu mangkuk dah takde..Cettttt!!! Tu belum aku cakap yang dalam bekas air dan makanan tu sebelum ni ada je manusia yang lalu lalang di situ suka ludah , letak abu rokok , sepak sampai makanan terabur kat lantai..perlukah?bekas-bekas makanan tersebut tidak langsung menganggu laluan mereka tapi kenapa kena buat macam tu eh?takkan kena ikat kat tiang baru tak hilang?
entah la....tak fahammm... 

HEY YOUUUU! BEWARE. I KNOW YOU!!

~Lara 09/11/12~

Model to be...Memei!

2 comments
Adakah Memei patut bergaya seperti ini :



Retro Style!


Nerdy Style!


Korean Style!


Pengkid Style!....#eh?

Bila ku pikirin balik semua gaya ni tak sesuai untuk memei..walaupon die garang & sombong bila time kenyang tapi die tetap comel di hati ini dengan gaye sendiri...tak caye??Tengok ehh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kannnnnnnnn??? heheh =P


~Lara 9/11/12~

Amarah yang marah!

4 comments
Assalamualaikum..

Apedaa title..macam BM dulu dapat 9G..Mahapkan sayeee...Nak ceghita pasal bebudak 3C dengan si Memei selepas aku tinggalkan deme semua di rumah kawan tempoh hari tu..Lately deme suka sangat berlari dalam rumah macam kena kejar dengan perompak..aku tak tahu pasai apa..lagi-lagi bebudak 3C tu hah..Sampai lah satu hari tu aku balik kerja dengan hujan dan perasaan yang sangat penat tu, apa yang aku lihat tempat makan deme terbalik,bekas minuman tumpah semua air dalam nya,lantai basah tambah pulak pasir bersepah-sepah..cer korang bayangkan pasir tu basah kena air yang tumpah tu..jadi apa lantai tu?huhu..sobbs..mak sedih..meroyan kang jiran-jiran dengaQ pulak..tambah lagi tempat poo pee deme tu deme tak kambus betui..sampai segala khazanah deme sume keluar sampai lantai..boleh?bagaimanakah perasaan hamba pada waktu itu?sobss..sobss...sedih bak kata hanggg...pastu pulak aku tengok si Cekot dok terloncat-loncat macam kena kejar dengan perogol bersiri!!Marah punya pasal,memang Cekot lah menjadi mangsa nya..maka terjadi lah insiden di bawah ini..












Cekot kena kurung!aku pon tak tahu kenapa yang lain aku tak kurung sekali..tak sampai hati gamaknye..ke aku memang bersikap BIAS?hurmm.... =P


~Lara 08/11/12~

 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review