Pages

# 1 Review Filem dari pandangan mata ku..!

Assalamualaikum...

Tajuk macam tak boleh blah ke boleh blah kawan2?hihi..ok,sebenarnya aku tak pernah pun rasa nak review filem2 yang aku lihat sebelum ni kat dalam blog ni...eh ke ade?entah,aku pon lupa...Tapi malam minggu yang lepas aku melihat cerita #IstanbulAkuDatang dengan kawan-kawan yang lain. Ok to be frank, sebenarnya at the first time aku tengok iklan aku cakap ' ala mesti macam cerita-cerita yang lain jugak lah '. So malam tu ada 2 cerita yang menjadi pilihan aku dan kawan-kawan sebenarnya. Antata #Taken 2 dan #IstanbulAkuDatang ni la. Tapi bila kami sampai je tayangan untuk cerita #Taken2 lambat sangat. Memandangkan kami semua adalah gadis-gadis melayu terakhir (bluweeekkk..) dan  kami juga adalah Cinderela yang akan bertukar jadi buruk bila melepasi tengah malam (PANGGGG!!!!)..OK SERIUS..!Maka terpaksa okeh membeli tiket untuk #IstanbulAkuDatang tu..Takpelah berdoa ni dalam hati moga tak jadi macam filem #PE3 yang aku saksikan sebelum tu. Filem yang membuatkan aku terasa macam nak maki diri sendiri sebab beli tiket..huhuhu..mahap,itu pandangan yang sangat jujur dari lubuk hati ini..

Ok berbalik pada filem #IstanbulAkuDatang tu. Masuk2 je filem tu aku dah terkekek2 gelak. okeh, ni tipu..sebenarnya kawan aku yang berborak macam dia seorang yang duduk dalam panggung wayang tu..kena sound,diam terus...hak hak hak...




Pengarah : Bernard Chauly
Genre : Komedi Romantik
Pelakon : Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat dan lain2 yang aku tak kenal..maaf!
Durasi : 99minit
Klasifikasi : U
Start Tayangan : 8 November 2012

Bagi aku cerita ni memang sangat-sangat Fun and Enjoy gile!Lisa Surihani memang sangat lain dalam Filem ni. Sangat comel dan lain daripada yang sebelum ni. Tomok?Ok ni first filem yang dia jadik Hero kan?Not Bad dan ada lah sikit-sikit yang tergelincir espeacially babak2 romantik dia dengan Lisa. Yelah sebab aku membayangkan dia tu macam adik aku yang baru habis SPM je..macam eh budak ni.Spender Rokok pon minta duit mak ayah aku lagi beli dah ada hati nak bercinta..hihihi...taklah itu bagi aku la...apepon dia OK..Pastu Beto. hero jugak dalam filem ni..Yes,aku rasa penggiat seni dalam Negara ni patut bukak mata dengan kemampuan mamat ni..Bila dia buat cara macam orang tak betul dalam filem tu memang macam tak betul sungguh..Tapi bila babak dia romantik buat aku touching sangat habaq kauuu! Sinematografi yang berlatarbelakangkan Istanbul yang memang aku tak pernah pergi tapi aku yakin tempat nye memang cantik cuma mungkin trafik dan kepadatan penduduk kat situ aje lah yang aku rasa..lor,penatt!aku tengok lisa asyik berlari guna High Heels yang aku rasa berinci lebih dari 2inci tu..tapi tetap comel..hihi..Part best bila Lisa yang seorang blogger update entry baru dan ada garapan komik kat situ yang kau akan gelak sampai tak malu dan lupa diri lah yang kau seorang gadis pemalu yang sedang menonton wayang..hahaha..Kawalan emosi oleh pengarah kepada teraju2 utama amat berkesan sekali. Bermakna watak yang dorang bawak memberikan emosi yang satu2 pada korang dengan berkesan..best!


betul tak aku cakap?Tomok macam budak-budak sekolah yang sedang bercinta..hehehe


antara babak-babak yang start menimbulkan sesuatu perasaan dalam hati deme ni..

Oklah,tu je lah aku nak membebel..tu pandangan aku insan yang marhainnn untuk filem ni.Yelah lain orang lain pandangan nya ye dakk? So sile lah serbu pawagam yang berdekatan dengan anda!


Hurmm..aku macam nak ke Zurich lak mencarik cinta...hak hak hak


~Lara 13/11/12~







0 comments:

There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review