Pages

Cik Putih - stray cat

entry ni aku nak cerita pasal cik putih. Tau sape?korang mesti ingat aku nak cerita pasal aweq cun yang berkulit putih kan??NO..NO..korang salah!haha...cik putih tu adalah.........




sian kan die?aku tak dapat ambil close up muka dia tapi yang pasti kulit dia nampak teruk dengan fungus dan dia sangat garang kalau ada orang yang nak dekat dengan dia.huhu..aku nak try put up for adoption dekat KTAJ . Tapi lately aku nengok macam-macam pangai dalam tu. yes,aku adalah silent reader..hehe..nantilah aku nak try usha balik cik putih ni.nak jinakkan dia dulu untuk dekat dengan orang.ada rezeki bawak gi vet.untuk bawak balik rumah,aku tak rasa memei si calico yg kuat jeles and banyak perangainya akan terima kehadiran cik putih..huhu..eh betul la...calico type ni memang jenis garang and cemburu tau. itu hakikat yang aku baru tau dari one of my fren Iz Yahya. Aku selalu tanya pasal kitten kat dia..hehe..Macam baru-baru ni aku ada tanya pendapat dia jika aku nak adopt kitty yang previous owner die ada membela anjing.

Hah cakap soal kitty tu tadi...aku tak tahu kenapa la owner dia taknak balas-balas msg aku..hurm,aku admit aku tak call tapi aku rase kalau kau letak numbr telefon kat public untuk adoption kau kena lah alert.Yes,memang la kau boleh bagi alasan tengah tido ke,keje ke,bz ke,tapi takkan la sampai 2 hari kot..so aku dah fed up. (kau hengat memei je ada kepala angin?) then semalm,aku ada minta two of kitten seorang owner ni.Tak sampai seminit aku hantar terus dia reply.Hah,so aku rasa memang dia serious la kan..haha..korang mesti tanya kenapa aku nak adopt lagi kan?hurmm..sebab memei tu dalam pangai-pangai diva and princess nya, dia jenis taknak makan.aku tak rasa la pulak memei tu diet kan..so aku perati pangai dia lately. Bila aku balik dan bila ada orang kat rumah aje,bekas makanan dia akan kosong and habis di makan.Tapi bila orang takde and orang lambat bukak lampu rumah dan dia bergelap,memang aku akan nampak bekas makanan dia takkan berubah.dari kau letak sampi la kau balik.Cenggitu lah aje..tak berusik..huhu..Aku tanya Doc Vet yang rawat memei.Kenapa dia taknak makan dan kurang makan macam tu. Doc cakap mungkin sebab dia stressed,sunyi dan mungkin sebab dia lepas branak hari tu kan.Korang tahu dia dah beranak and gugur?ke aku tak masuk dalam entry?haha..nanti aku selak2 yep..maafkan saya..kui2..

Ok berbalik soal adoption tadi tu.So,aku terpanggil lah nak meberikan nya adik..tapi aku takut jadi macam si tompok...korang tahu pasal tompok?jangan cakap tak tahu!(aku marah ni)hahaha..tapi kali ni aku akan bagi si memei tu 'NGAM' juga dengan ahli baru rumah kami.Kau jangan nak diva sangat ye memei.Nanti kau jugak yag stressed taknak makan bagai kan..so aku decided untuk adopt two of kitten adik beradik. So aku tau bila dorang adik beradik dorang akan rapat antara satu sama lain. Mana tau memei akan berubah jadi feminin sikit...So persetujuan aku dah deal dengan owner kitten tu.We decided to meet up this Sunday! Nanti aku update ye.Kalau aku ada reader lagi la..ahak2..

Eh eh aku terlupa...entry kali ni nak cerita pasal Cik Putih tu kan?Hah,hari ni Cik Putih datang pagi-pagi lagi kat luar ofis aku tu. Tapi masa aku update entry ni aku tak nampak lagi batang hidung dia..eh ekor dia..dia selalu datang menjengah untuk makan.Nanti bebila dia lapar dia datang la balik tu.Aku siap beli bekas makanan aluminium dan bekas mangkuk plastik untuk makanan and air utk cik putih dan stray cat yang datang depan ofis aku ni.Tau sebab apa?sebab sebelum ni aku letak bekas plastik yang macam kau bungkus tau fu fa tu,memanjang aje hilang..bengang betol aku..ni sebelum aku balik aku siap letak caption kat bekas2 tu 'Jangan Ambil!' haha,gila taiko tak ayat aku?kah kah..tapi tetibe aku terfikir.kalau orang yang ambil bekas tu tak tahu membaca,macam mana eh?hmmmm.....haruuu..

Dah ok aku nak rest..penat dah aku membebel..Sebenonye aku nak update blog aku dengan cerpen pendek lagi.Tapi aku malas nak taip panjang2.So aku tunda dulu lah yep..heheh..

~lara 20.07.12~

0 comments:

There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review