Cuaca pada hari itu agak terik.Puan Kalsom atau lebih di kenali dengan Mak Som menjinjing bakul raga sederhana besar di kiri dan kanan nya.Setiap bakul tersebut mengandungi paket-paket yang berisi kerepek pisang dan ubi hasil buatan nya sendiri.Peluh terbit di dahi dan menitis ke pipi di sapu dengan lengan bajunya.Baju kurung yang agak lusuh.Yang pernah menjadi baju baru untuk sambutan Hari Raya bersama anak tunggalnya.Tidak silap perkiraan 7 tahun yang lepas.Mak Som menggagahkan dirinya untuk mengatur langkah menuju ke tempat berniaga yang dihuninya sejak beberapa tahun yang lepas.Pernah juga di halau dan di usir kerana tiada lesen perniagaan.Tapi apalah daya kudrat tuanya untuk berjalan ke bandar untuk menguruskan lesen perniagan.Lagipun tempat perniagaannya bukan lah milik Majlis Bandaran di situ.Ianya hanya lah sebuah jalan besar yang di lalui oleh orang ramai untuk ke destinasi yang tertentu dan tempat tersebut hanya ada sebuah pohon besar,meja kayu yang hampir roboh serta kain kanvas untuk berteduh dari hujan panas.Bagi Mak Som itu lah adat dunia.Dia akur dengan undang-undang namun memang dia tidak termampu dan tidak berdaya langsung untuk menurut undang-undang buatan manusia.Mak Som meletakkan bakul yang penuh berisi kerepek itu di atas meja sebelum dia berpaling ke belakang kerana mendengar bunyi hon kereta.Ada segaris senyuman yang terukir di bibirnya bila melihat kereta yang berhenti itu.Pemiliknya menurunkan cermin tingkap.
"Min!Mak Som ingatkan abang-abang gagah lagi.."ada tawa kecil di hujung kata-kata Mak Som.Minratul Hidayah juga tersenyum.Dia menaikkkan semula cermin tingkap dan mematikan enjin kereta sebelum keluar dari kereta dan mendapatkan Mak Som.
"Owh,Mak Som ingat abe gagah je ke?" usik Min sambil mengambil tangan Mak Som dan mencium nya tanda hormat.
"Tangan Mak Som busuk la,Min..isk kamu ni.."ujar Mak Som merendah diri.Min menggelengkan kepala.Nampak benar orang tua itu masih segan dengan dirinya.
"Ala,Mak Som ni..tangan Min pun busuk lah.."
"Ala,ada aje lah kamu tu..Duduk ofis besar ada air cond apa yang busuknya.."ujar Mak Som lagi.Tangan tuanya lincah mengeluarkan paket-paket kerepek dari bakul dan di susun di atas mejanya.Min membantu.Namun Mak Som menegah.
"Kamu dari mana ni Min?Tak kerja ke hari ini?"soal Mak Som.Min mengambil tempat di bawah pohon besar di situ.Dia tewas dengan keterikan cuaca pada saat itu.Terfikir di benaknya bagaimana Mak Som yang usianya sudah mencecah ke suku abad boleh bertahan dengan keadaan itu.Tambahan pula di tepi jalan tar yang kepanasannya sampai mencucuk ke kulit badan.
"Min AL hari ni Mak Som.Pergi beli barang sikit tadi.Ni Mak Som puasa tak ni?"
"Apa soalan kamu tu,Min?Ada ke tanya Mak Som puasa ke tak.Mak Som dah menopos la Min.Jadi puasa itu satu kewajipan tau.."jenaka Mak Som membuatkan Min tergelak.Dia menepuk dahinya sendiri.
"Haha,Min pun tak tahu kenapa soalan itu boleh keluar dalam kepala Min ni Mak Som..haha"dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Itulah kamu tu..Apa ajelah yang di fikirkan dalam kepala tu sampai boleh tanya soalan macam tu..ke kamu ada masalah ni?"Nah,itulah Mak Som.Walau tidak langsung dipamerkan pada wajah namun hati tuanya dapat menghidu kekacauan jiwa Min kala itu.Seperti ibunya di kampung.Wajahnya boleh membohong namun tidak di hadapan ibunya.Pasti kalah dengan bedikan yang ibu berikan.
"Mana adalah Mak Som..Min ok lah.."Min menafikan.
"Yelah,Mak Som cakap je..Ni puasa tak?giliran Mak Som bertanya.
"Mak Som perli Min ya?"
"Kamu terasa di sindir ke?Saja lah Mak Som mengusik.."Mak Som menepuk peha Min lembut.Dia mengambil tempat di sebelah Min.Paket-paket kerepek telah tersusun kemas di atas meja.Menunggu pelanggan yang mungkin akan datang untuk membeli sebagai berbuka puasa mahupun juadah hari raya.Satu yang membuatkan Min betul-betul kagum dengan Mak Som.Orang tua itu tidak pernah langsung memasarkan perniagaannya di mana-mana sekalipun.Namun kerepek-kerepek buatan Mak Som amat popular di kalangan ramai orang.Dan pertemuan mereka juga berlaku kerana teman-teman pejabatnya mencanang cerita tentang 'Kerepek Mak Som'. Bila dirasanya diakui memang sangat sedap.Cukup lemaknya dan tidak berapa masin.Kereta yang lalu lalang agak banyak pada petang itu.Buat seketika mereka berdua hanya mendiamkan diri.
"Min..jauh kamu mengelamun tu.Dah sampai ke mana tu?" Min tersenyum.
"Dah sampai London kot Mak Som.."
"Dalam banyak-banyak tempat London disebutnya tu.Ada siapa ke kat sana tu?"Mak Som masih mengusik.Min mengeleng-gelengkan kepala.
"Apalah Mak Som ni.."
Pin!Pin!Terdengar hon kereta menyapa yang membantutkan perbualan mereka berdua.Kereta tersebut hanya memberhentikan kenderaan betul-betul di hadapan meja Mak Som.Sesaat dua tiada siapa yang keluar dari kereta tersebut.Min hanya memandang Mak Som bergerak ke kereta itu.Cermin tingkap sebelah pemandu diturunkan.Kelihatan seorang lelaki memakai kaca mata hitam memandangnya sekilas dan menoleh ke arah Mak Som selepas itu.
"Haikal..." Mak Som menegur pemandu tersebut.Min mengerutkan kening.Nampaknya Mak Som mengenali lelaki itu.
"Ibu,ambil duit ni buat beli ubat ibu.Jangan telefon pejabat Haikal lagi.Haikal sibuk tau,bu.."tanpa turun atau menyalami Mak Som,lelaki yang dipanggil Haikal itu menghulurkan beberapa helai not kertas kepada Mak Som.Orang tua itu masih tercegat di tepi kereta buatan luar negara itu tanpa mengambil pun huluran yang diberi.
Ibu?Hati kecil Min berdetik.
"Haikal,ibu bukan.."
"Sudahlah bu.Haikal nak cepat ni.Ada mesyuarat kejap lagi.Ambil lah duit ni beli ubat ibu.Jangan telefon Haikal kat ofis lagi.Biar Haikal sendiri telefon ibu.Kalau Haikal sibuk memang Haikal tak dapat nak jawab panggilan ibu.Nah,ambil duit ni ok.."ujar lelaki itu lagi memotong kata-kata Mak Som.Lelaki itu mengambil tangan Mak Som di cermin kereta dan meletakkan duit tersebut di tapak tangan nya.
"Ok,bu.Haikal pergi dulu.." cermin kereta dinaikkan dan sesaat kereta besar itu meluncur laju.Mak Som masih berdiri dan hanya memandang kereta yang dipandu Haikal meninggalkan nya.Min bangun dari tempat duduk dan mendapatkan Mak Som.
"Mak Som.."Min menegur.Mak Som memandang sepi kepadanya.Ada genangan air mata di kelopak mata tua itu.Duit di tapak tangan digenggam kuat.
"Anak Mak Som..Haikal Safwan.."tanpa diminta Mak Som mengenalkan.Min hanya mengangguk tanpa ada niat ingin bertanya lagi.Dia tahu dan dapat menganalisa sendiri kejadian yang baru disaksikan di hadapan matanya sebentar tadi.Hati Mak Som pasti terusik.Dia tidak mahu menambahkan kesedihan orang tua itu lagi.Min memeluk bahu Mak Som.
"Mak Som,apakata hari ni Mak Som berbuka puasa dengan Min?Min takde teman hari ni..." soal Min sambil melemparkan segaris senyuman untuk merawat kesedihan yang baru terbit dihati tua itu.Mak Som memandang Min.
"Takpelah Min.Mak Som taknak susahkan Min hantar Mak Som balik rumah lagi nanti.Lagipun Mak Som rasa nak masak lauk berbuka nanti.."Mak Som memberikan alasan.
"Ok,takpe.Kalau macam tu Mak Som ajak Min datang rumah Mak Som ajelah.Kita berbuka sama-sama mahu?Eh apelah Min ni kan....Mak Som tak ajak tak malu pulak nak pergi..hehe"kedengaran ada tawa kecil yang keluar dari mulut Mak Som.
"Ala,apalah kamu cakap macam tu.Sekali Min nak datang pondok buruk Mak Som satu stadium Mak Som tadahkan.."Mak Som mula menunjukkan respond yang baik.
"Haha satu stadium tu..Boleh tahan besar jugak tu...ke Mak Som sindir Min ni?"
"Mana ada Mak Som menyindir.."
"Habis tu cakap besar stadium tadi?Ha,nak samakan Min dengan stadium la tu kan?"
"Ha,ada aje tau kamu ni..kelakar la kamu ni..hehe..bukan..Maksud Mak Som tadi,Mak Som tak kisah lah kamu nak datang.Di alu-alukan lagi.."Mak Som tersenyum dan Min menarik nafas lega.Ada rasa terkilan yang cuba dibuang di sudut hati kecilnya.
Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.
~Lara 11/10/2012~
0 comments:
Post a Comment