Pages

# 10 - Wordless - Rindu tak bertepi

5 comments


Mummy loves you and missed you DAMN much sayang...Kehilangan yang tidak ku tahu di manakah Cocot berada kini..hidup atau dah tiada..dia terus menghilang sehingga kini.. =(


~Lara - 31/10/12~

1 day after holidayy & Julia TV3

2 comments
Assalamualaikum kawan..


Hari ni start kerja balik kan?apa macam perasaan?ada rasa malas tak?Aku SANGAT malas..Penat memandu,MAKAN, dan memasak eh bukan tolong masak!betul-betul memenatkan den..sobbs..sobss..boleh tak kalau next raya duduk rumah je tak payah buat apa-apa?haha,penat okehh..tangan tak kering lagi dah kena basuh pinggan lagi..hohhh (harap tiada sepupu sepapat yang membaca entry ini) =P

Ok sebenarnya aku ada banyak sangat cerita..sangat2..dah macam mami jarum dah gaye..betul,nanti aku share next entry ye..entry ni entry nak warm up jari jemari gebus ku untuk menaip..kerja kat ofis memang sangat banyak.Tapi aku sentiasa mengamalkan..biar lambat asal selamat!..hahahah tidak2,kalau kerja ofis kau nak buat lambat memang takkan selamat la kerja kau lepas hari tu nanti!Jangan amalkan kalau taknak dapat surat cinta dari boss!

Eh nantti sambung lagi la..aku nak layan Julia kat TV3 sekarang..waaaaaaaaaaaakakakka..ok aku memang gile dengan cerita ni..betul,serius!lagi2 kalau hari tu kau 'cuti'..memanjang kalau ada watak Sofia dengan Mak Azwan tu mesti darah tinggi aku naik..Pastu marah sorang diri depan TV..bila anak2 bulus bising pon mesti aku marah soh dok diam..kesian deme..kah kah kah!!nampak sangat aku mudah di 'influence' kan kan kan?pengaruh TV kuat!pastu kan bile muncul watak Julia aku mesti PASTE kan muka aku dekat muka Nabila...gile!!!Yang si Ain tu pulak tak sedar diri ke kau tu 'pilihan kedua' wehhh...manjang kau nak serang orang..haihhhhh #eh emo..

Ok see yuuuuu thenn...





~lara 29/10/12~

Salam Aidil Adha

2 comments
Assalamualaikum..








Mummy : Dengar sini.Mummy nak cakap sikit.Mummy nak balik kampung.So deme semua tinggal sementara kat rumah auntie long yep?Jangan nakal2..jangan buat kecah rumah orang. Duduk baik2..jangan bising2 kalau makan..jangan berebut kalau makan..kalau beyakkkk tu jangan suka kambus pasir sepah2..makan dah mummy tinggalkan banyak stok kat Auntie Long kamu..Makan jangan gelojoh macam biasa kamu buat dekat rumah kita tu.Makan dan minum baca bismillah macam selalu...hurmmm apelagi yepp?Ok itu saje mummy nak pesan..Jumpe lagi 3 hari selepas yep!

Kui2..saje je..aku tak tahu nak tulis ape ni.haha..esok aku dah start balik Perak. Awal kan?Entah,ayah nak balik siang.malam takut hujan.Jalan licin.Dia taknak.Mula lah merepek2 tapi betul jugak lah.Kena merancang perjalanan sebaik mungkin kan..Raya Haji kali ni kami ke rumah Pak Usu adik ayah. Ada kenduri kat sana.So anak-anak bulus terpaksa di tinggalkan buat seketika di rumah kawan yang tidak balik beraya..hehehe.. berat hati sebenarnya tapi since kawan pun rela dalam terpaksa...hehe taklah..die memang cat lover jugak..satu kepala..so kenalah tinggalkan deme semua dulu.

Untuk kawan-kawan, selamat menyambut Hari Raya Haji dan balik beraya hati2 ye..Biar lambat asal selamat.


mmuahhhhhh sayanggg anakkk mummy ketak2 ketat2!!


~Lara 25/10/12~

# 9 - Wordless - Monolog Hati~

0 comments
Assalamualaikum..




~Lara 24/10/12~

# 8 - WORDLESS - CAKPONG2!!

0 comments


dah macam penari kebudayaan dah budak ni... kui2

~Lara 24/10/12 ~

PURRR - Perfume Katy Perry

2 comments

memei : attention plssssss!!!Announcement...


ceteh : hah ape yang kak memei jeritkan dalam rumah tu wehh?


cekot : entahhh..kak memei meroyan kot..kan semalam kena marah dengan mummy..


si garang : heyyy bukan lahhh..kak memei dapat perfume baruuu...mangiii!


tadaaaaaaaa!ni lah perfume baru mummy!hehe..actually bukan beli pon..tetibe aku bernasib baik menjawab soalan kat majalah In Trend tahun lepas..haha gigih kan nampak?tahun lepas tu...aku pun tak ingat sebenarnya bila aku masuk peraduan ni..tapi time bace tu aku tergoda dengan bentuk botol ni sebenarnya.Sebab aku tak pernah guna perfume brand ni..saje lah mencuba...baru mnggu lepas dapat..aku pun dah tak ingat pasal bende ni..kui2..pe pon macam suka lah jugak..sebab botol die ni..comel kan????


ceteh : mummy,nak bauuuuuuu!!!hinnsss..hinnssss...manginye mummy..ceteh nak pakai gak..nak ngorat kucing kembang sebelah rumah ni...

mummy : ah tak payah poyo lah kamu tehhh...


cekot : mangi--mangii...hinns...hinnsss...macam bau kakak memei.....

mummy : erkkk??



celat : hurrmmmmm....jakun la korang ni....tengokk aku steady je..dah wangiii dengan sendirinya..tak perlukan semua perfume yang ade alcohol tu..tak boleh bawak solat..

mummy : errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrkkkkkkkk????



~Lara 221012~

Percubaan kedua dan Si garang sakit~

0 comments
Assalamualaikum...
PC masuk wad balik..malam ni lepas balik kerja aku usung segala monitor and cpu ke kedai repair tu balik..hoii seksa okeh...untuk melepaskan gian untuk bergosiping di alam maya ni maka aku cuba hapdet guna HP je..
Ok hati gundah gulana sebenarnya sebab Si Garang sakit..makan tak mahu..bersin berkali2..selsema lagi..maka aku terpaksa asingkan dulu sementara dengan bebudak lain...esok bawak gi vet..risau hati ni bukan kepalang!ok ini bukan drama tv...
out dulu..tkc
~lara 18/10/2012~

PC Jahat!

0 comments
sebab die rosak.huh dan aky tak boleh buat kerja.hapdet pon gune ho....HP la...ss


sekuan...sekian....


UPDATED :

Assalamualaikum...


Hah tengok la ayat tunggang langgang aku hapdet guna henpon tu.Sedihhh....huhuhuh...Aku tak tahu nak mula dari mana entry ni..tapi baru2 ni PC aku buat hal lagi...maka banyak nya cerita-cerita yang aku nak share dengan kawan-kawan terpaksa tergendala dulu..huhu..

Hantar pada kedai komputer di Giant tapi cuba bayangkan aku ulang alik sampai 3 kali hoiii!nasib dekat tapi kalau dekat pon cuba korang bayangkan berapa KM aku kena ulang alik angkut 'jebon' tu saje..hilang keayuan aku tau tak...


Ini pun baru lepas ambil semalam. Untuk aku menaip sampai ke huruf terkini ini, sebenarnya dah berapa kali aku reset and re boot dengan hanya menekan suis sahaja.hohhhh...

Aku nak menangis sebab banyak sangat kerja yang aku kena siapkan.Tapi kenapa PC yang aku sayang membuat ku begitu?----huh,drama sangatttt!!

Aku tak tahu apa masalah PC ni..nampak sangat suruh beli baru...kopakkkk..terpaksalah aku guna laptop buat sementara untuk buat kerja..masalahnya aku kena install balik segala software yang ade dalam PC itu..wahhhhhh!



patah hatiku....

~lara 18/10/12~

# 7 - WORDLESS

0 comments
Please take note MAN!



~Lara 17/10/2012~

Cerpen Pendek : Mak Som

0 comments
Cuaca pada hari itu agak terik.Puan Kalsom atau lebih di kenali dengan Mak Som menjinjing bakul raga sederhana besar di kiri dan kanan nya.Setiap bakul tersebut mengandungi paket-paket yang berisi kerepek pisang dan ubi hasil buatan nya sendiri.Peluh terbit di dahi dan menitis ke pipi di sapu dengan lengan bajunya.Baju kurung yang agak lusuh.Yang pernah menjadi baju baru untuk sambutan Hari Raya bersama anak tunggalnya.Tidak silap perkiraan 7 tahun yang lepas.Mak Som menggagahkan dirinya untuk mengatur langkah menuju ke tempat berniaga yang dihuninya sejak beberapa tahun yang lepas.Pernah juga di halau dan di usir kerana tiada lesen perniagaan.Tapi apalah daya kudrat tuanya untuk berjalan ke bandar untuk menguruskan lesen perniagan.Lagipun tempat perniagaannya bukan lah milik Majlis Bandaran di situ.Ianya hanya lah sebuah jalan besar yang di lalui oleh orang ramai untuk ke destinasi yang tertentu dan tempat tersebut hanya ada sebuah pohon besar,meja kayu yang hampir roboh serta kain kanvas untuk berteduh dari hujan panas.Bagi Mak Som itu lah adat dunia.Dia akur dengan undang-undang namun memang dia tidak termampu dan tidak berdaya langsung untuk menurut undang-undang buatan manusia.Mak Som meletakkan bakul yang penuh berisi kerepek itu di atas meja sebelum dia berpaling ke belakang kerana mendengar bunyi hon kereta.Ada segaris senyuman yang terukir di bibirnya bila melihat kereta yang berhenti itu.Pemiliknya menurunkan cermin tingkap.

"Min!Mak Som ingatkan abang-abang gagah lagi.."ada tawa kecil di hujung kata-kata Mak Som.Minratul Hidayah juga tersenyum.Dia menaikkkan semula cermin tingkap dan mematikan enjin kereta sebelum keluar dari kereta dan mendapatkan Mak Som.

"Owh,Mak Som ingat abe gagah je ke?" usik Min sambil mengambil tangan Mak Som dan mencium nya tanda hormat.

"Tangan Mak Som busuk la,Min..isk kamu ni.."ujar Mak Som merendah diri.Min menggelengkan kepala.Nampak benar orang tua itu masih segan dengan dirinya.

"Ala,Mak Som ni..tangan Min pun busuk lah.."

"Ala,ada aje lah kamu tu..Duduk ofis besar ada air cond apa yang busuknya.."ujar Mak Som lagi.Tangan tuanya lincah mengeluarkan paket-paket kerepek dari bakul dan di susun di atas mejanya.Min membantu.Namun Mak Som menegah.

"Kamu dari mana ni Min?Tak kerja ke hari ini?"soal Mak Som.Min mengambil tempat di bawah pohon besar di situ.Dia tewas dengan keterikan cuaca pada saat itu.Terfikir di benaknya bagaimana Mak Som yang usianya sudah mencecah ke suku abad boleh bertahan dengan keadaan itu.Tambahan pula di tepi jalan tar yang kepanasannya sampai mencucuk ke kulit badan.

"Min AL hari ni Mak Som.Pergi beli barang sikit tadi.Ni Mak Som puasa tak ni?"

"Apa soalan kamu tu,Min?Ada ke tanya Mak Som puasa ke tak.Mak Som dah menopos la Min.Jadi puasa itu satu kewajipan tau.."jenaka Mak Som membuatkan Min tergelak.Dia menepuk dahinya sendiri.

"Haha,Min pun tak tahu kenapa soalan itu boleh keluar dalam kepala Min ni Mak Som..haha"dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Itulah kamu tu..Apa ajelah yang di fikirkan dalam kepala tu sampai boleh tanya soalan macam tu..ke kamu ada masalah ni?"Nah,itulah Mak Som.Walau tidak langsung dipamerkan pada wajah namun hati tuanya dapat menghidu kekacauan jiwa Min kala itu.Seperti ibunya di kampung.Wajahnya boleh membohong namun tidak di hadapan ibunya.Pasti kalah dengan bedikan yang ibu berikan.

"Mana adalah Mak Som..Min ok lah.."Min menafikan.

"Yelah,Mak Som cakap je..Ni puasa tak?giliran Mak Som bertanya.

"Mak Som perli Min ya?"

"Kamu terasa di sindir ke?Saja lah Mak Som mengusik.."Mak Som menepuk peha Min lembut.Dia mengambil tempat di sebelah Min.Paket-paket kerepek telah tersusun kemas di atas meja.Menunggu pelanggan yang mungkin akan datang untuk membeli sebagai berbuka puasa mahupun juadah hari raya.Satu yang membuatkan Min betul-betul kagum dengan Mak Som.Orang tua itu tidak pernah langsung memasarkan perniagaannya di mana-mana sekalipun.Namun kerepek-kerepek buatan Mak Som amat popular di kalangan ramai orang.Dan pertemuan mereka juga berlaku kerana teman-teman pejabatnya mencanang cerita tentang 'Kerepek Mak Som'. Bila dirasanya diakui memang sangat sedap.Cukup lemaknya dan tidak berapa masin.Kereta yang lalu lalang agak banyak pada petang itu.Buat seketika mereka berdua hanya mendiamkan diri.

"Min..jauh kamu mengelamun tu.Dah sampai ke mana tu?" Min tersenyum.

"Dah sampai London kot Mak Som.."

"Dalam banyak-banyak tempat London disebutnya tu.Ada siapa ke kat sana tu?"Mak Som masih mengusik.Min mengeleng-gelengkan kepala.

"Apalah Mak Som ni.."

Pin!Pin!Terdengar hon kereta menyapa yang membantutkan perbualan mereka berdua.Kereta tersebut hanya memberhentikan kenderaan betul-betul di hadapan meja Mak Som.Sesaat dua tiada siapa yang keluar dari kereta tersebut.Min hanya memandang Mak Som bergerak ke kereta itu.Cermin tingkap sebelah pemandu diturunkan.Kelihatan seorang lelaki memakai kaca mata hitam memandangnya sekilas dan menoleh ke arah Mak Som selepas itu.

"Haikal..." Mak Som menegur pemandu tersebut.Min mengerutkan kening.Nampaknya Mak Som mengenali lelaki itu.

"Ibu,ambil duit ni buat beli ubat ibu.Jangan telefon pejabat Haikal lagi.Haikal sibuk tau,bu.."tanpa turun atau menyalami Mak Som,lelaki yang dipanggil Haikal itu menghulurkan beberapa helai not kertas kepada Mak Som.Orang tua itu masih tercegat di tepi kereta buatan luar negara itu tanpa mengambil pun huluran yang diberi.

Ibu?Hati kecil Min berdetik.

"Haikal,ibu bukan.."

"Sudahlah bu.Haikal nak cepat ni.Ada mesyuarat kejap lagi.Ambil lah duit ni beli ubat ibu.Jangan telefon Haikal kat ofis lagi.Biar Haikal sendiri telefon ibu.Kalau Haikal sibuk memang Haikal tak dapat nak jawab panggilan ibu.Nah,ambil duit ni ok.."ujar lelaki itu lagi memotong kata-kata Mak Som.Lelaki itu mengambil tangan Mak Som di cermin kereta dan meletakkan duit tersebut di tapak tangan nya.

"Ok,bu.Haikal pergi dulu.." cermin kereta dinaikkan dan sesaat kereta besar itu meluncur laju.Mak Som masih berdiri dan hanya memandang kereta yang dipandu Haikal meninggalkan nya.Min bangun dari tempat duduk dan mendapatkan Mak Som.

"Mak Som.."Min menegur.Mak Som memandang sepi kepadanya.Ada genangan air mata di kelopak mata tua itu.Duit di tapak tangan digenggam kuat.

"Anak Mak Som..Haikal Safwan.."tanpa diminta Mak Som mengenalkan.Min hanya mengangguk tanpa ada niat ingin bertanya lagi.Dia tahu dan dapat menganalisa sendiri kejadian yang baru disaksikan di hadapan matanya sebentar tadi.Hati Mak Som pasti terusik.Dia tidak mahu menambahkan kesedihan orang tua itu lagi.Min memeluk bahu Mak Som.

"Mak Som,apakata hari ni Mak Som berbuka puasa dengan Min?Min takde teman hari ni..." soal Min sambil melemparkan segaris senyuman untuk merawat kesedihan yang baru terbit dihati tua itu.Mak Som memandang Min.

"Takpelah Min.Mak Som taknak susahkan Min hantar Mak Som balik rumah lagi nanti.Lagipun Mak Som rasa nak masak lauk berbuka nanti.."Mak Som memberikan alasan.

"Ok,takpe.Kalau macam tu Mak Som ajak Min datang rumah Mak Som ajelah.Kita berbuka sama-sama mahu?Eh apelah Min ni kan....Mak Som tak ajak tak malu pulak nak pergi..hehe"kedengaran ada tawa kecil yang keluar dari mulut Mak Som.

"Ala,apalah kamu cakap macam tu.Sekali Min nak datang pondok buruk Mak Som satu stadium Mak Som tadahkan.."Mak Som mula menunjukkan respond yang baik.

"Haha satu stadium tu..Boleh tahan besar jugak tu...ke Mak Som sindir Min ni?"

"Mana ada Mak Som menyindir.."

"Habis tu cakap besar stadium tadi?Ha,nak samakan Min dengan stadium la tu kan?"

"Ha,ada aje tau kamu ni..kelakar la kamu ni..hehe..bukan..Maksud Mak Som tadi,Mak Som tak kisah lah kamu nak datang.Di alu-alukan lagi.."Mak Som tersenyum dan Min menarik nafas lega.Ada rasa terkilan yang cuba dibuang di sudut hati kecilnya.

Mak Som...





Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.



~Lara 11/10/2012~

Si Garang!!

2 comments
Assalamualaikum..2 malam yang lepas tetibe ade seekor kitten meluncur laju masuk ke dalam kedai.Laju berdesup sehinggakan aku tak sempat nak melihat warna dan menegur. Aku ingatkan Cik Ti sebab aku baru je lepas mengemas kedai malam semalamnya.Adalah peninggalan yang deme tinggalkan.Tapi kawan aku cakap anak kucing la. Owh ok kat situ aku dah rasa lega sebab masa kitten tu meluru masuk ke arah stor aku dah berdiri tegak atas kerusi.Ok bukan takut sila maklum.Cuma aku menghormati laluan si kecik tu.Takut terpijak..

Tapi satu..kucing ni sangat garang dan mungkin sebenarnya dia sedang takut.Yelah badan dia kecik pastu yang ada dalam kedai pula saiz resakse dari badan die.Mungkin dia nak protect diri die kan?Kesian sangat.Itulah..kan semua orang dah cakap Spayed/Neuter kan kucing anda.Kalau dah beranak tak sanggup nak jaga korang buang!Betul,aku syak kucing ni sebenarnya bertuan.Sebab setiap hari lepas balik ofis aku akan ke kedai.Memang kucing-kucing stray kawasan sekitar tu memang aku dah kenal dan masak benar.Mungkin anak kucing baru dibuang.Kesian sungguh deme ni..zalim manusia ni!huhu..ok tengok la gambar-gambar kat bawah ni..


Inilah tempat dimana Si Garang menyorok.Abaikan yang bersepah tu.Tengok,mana korang nampak kelibat die kan?nampak sangat die memang kecik.Macam mana aku tak sangka die Cik Ti.Eh korang tau Cik Ti tu sape ke?Bukan DCT tau!Tikus la...


Lepas aku mengiau2 dengan lunak merdu dan dibalas balik..ok memang dia balas tau!macam sesi motivasi untuk cool down kan die la lebih kurang..Akhirnya aku dapat tarik Si Garang keluar. Aku terpaksa pegang kat leher die sebab taknak bagi die lari.Sebelum gambar ni diambil dah 2 kali dia terlepas balik sebab ketakutan..huhuhu kesian dia....


Aku cuba lagi meng'cool down' kan dia.Aku balut dengan kain yang ada dikedai.Memang sukar nak bagi dia tenang tau.puas aku memujuk dan memotivasikan die..


Pastu aku minta kawan aku pegang Si Garang sebab aku nak berlari ke kedai untuk bagi dia rasuah.Aku belikan wetfood whiskas.Dengan harapan moga die kembali bertenang.Ke aku yang rasa memang aku menakutkan die eh?hurmmm..mungkin..Ok tengoklah die makan..pelahap bukan?kesian sangat!!!die lapar,die takut dan die survive sendiri dalam usia begitu.Aku rasa usia dia lebih kurang sama dengan si bebudak bulus 3C yang ada kat rumah tu..or mungkin kurang lagi..tak sampai 2 bulan.


Yang ini die terberhenti makan sebab dengar bunyi plastik.Kesian kan?Nampak sangat die memang penakut.huhuhuhu.....


Lepas tu die sambung makan lagi..makan dengan sangat laju ok...


Makan lagi...aku pegang dekat leher die tu sebab die cepat sangat nak berlari..aku dah terjerit2 dah cakap dengan die jangan lah takut..mummy bukan resakse..mummy manusia lemah dan penyayang..tapi mana mahunyee die dengar..mungkin die rase aku tipu..tapi yang pasti die masih belum rase selamat dengan aku waktu tu..huhuhu.. 


Ni lepas makan...tengoklah..betapa comel nye Si Garang ni tapi dibuang..Aku tertanya-tanya dimana ibunya dan adik beradiknya yang lain..masih hidupkah mereka?huhuhu...


Tengok..pantang aku lepaskan tangan aku kat leher tu die dah nak meloncat...


Aku jadi sayang dengan Si Garang. Tapi sekejap je die macam ni..lepas tu die nak meloncat balik..huhuhu...


Ok kawan-kawan.Kalau ada sesiapa yang nak adopt kitten ni let me know ok.Aku foster kitten ni for awhile. Aku tak dapat berikan komitmen untuk terus menjaga nya. Tapi aku akan lepaskan sekiranya ada adopter yang benar-benar mahukannya dan menjaganya dengan baik.

~Lara 11/10/12~

# 6 - WORDLESS - Budak Bulus cetakan lain!

0 comments


Kui2 =P


~Lara 10/10/12~

Caramel Sedap

3 comments
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....eh eh assalamualaikum kawan-kawan...kali ni aku nak cerita pasal resepi pulak kali ni.Yang pasti bukan resepi untuk bagi anak-anak bulus makan tau!cirit birit deme makan..jangannn..moh aku nak bagi resepi caramel sedap yang paling sempoiiii sangat.senang dan cepat.Korang tak perlu pukul teloq dan tak payah susah-susah menyingsing lengan kat dapur untuk membuatnya.Yang penting juga kalau korang memang bukan kaki buat kuih dan kalau buat kuih tu manjang hangus,manjang tak habis sampai masuk bulan ke5 pon still kuih tu ada lagi dalam gerobok dan dalam peti ais (ni tanda kau memang tak reti buat kuih weii..so hentikanlah...).kui2..tapi dalam masa yang sama kome nak buat suprise kekononnya pada mereka-mereka yang korang sayang..hah ni resepi yang patut korang cuba dan korang layan...

Bahan-bahan nya adalah :


Susu UHT Full Cream


Gula Pasir bukan pasir mahupon jam pasir...PANGGG!lawak bodoh..sorry..hehe



Cara-cara membuat nya :

- Didihkan 700ml Susu UHT..

- Panaskan 3-4sudu gula pasir untk jdkan gula hangus 

- tuang gula hangus ke dlm bekas

- Masukkan 1pek Instant Caramel 

- Sebatikan..tutup api..angkat dan tuang ke dlm bekas yg dh di isi dgn gula hangus td



- Sejukkan 2-3jam (dlm peti ais) 



- Terbalikkan bekas berisi caramel td dan sedia untk dihidangkan.







Dan Hasilnyaaaaaaa.....


Caramel Sedap!! Eh memang sedap tau..Percayelah...sebab aku bukanlah seorang yang tahu buat kuih. untuk mereka yang tak tahu instant produk la yang boleh mnyelamatkan korang kn?hehe..ni aje lah aku makan sebab nak diet kannn..DIET katanya..hohhh!kalau korang nak kurangkan manis boleh lah kurangkan gul hangus tu buat 2 sudu je..

Ok mesti ade yang tanya mana nak dapatkan tepung caramel instant tersebut kan?ok ni jawapannya...sila tanyakan pertanyaan anda pada page ni Tepung Caramel Instant. Ok selamat mencuba!



mummy : Ah,poyolah kamu memei...hohhh!



~Lara 04/10/12~

# 5 - WORDLESS - AMANAT

0 comments
Amanat dari Tuan Mr CEKOT



~lara : 03/10/12~

Blogwalking & hello Mr. October!

0 comments
Jalan-jalan blog kawan-kawan cat lover and kenalan baru. Jalan-jalan buang masa, isi masa dengan segala cerita idea dari kawan-kawan. Banyak yang boleh dilakukan dengan blog ni sebenarnya...tak caye?betul,sampai aku rasa dunia maya ini lebih memahami kegilaan aku dari semua orang...ops,selain anak-anak bulusku..membezakannya hanyalah deme tak boleh membalas dan memberi nasihat..cehhh,nasihat katenye...aku je yang gemar menasihati deme2 supaya membesar dengan gagah!

Entry takde idea + bosan!ye aku bosan..bosan dengan keadaan mereka2 disekeliling ku.Bosan juga nak lipat kain yang menggunung dalam bilik tu.#EH

Ok,aku sudahi entry ni dengan pic menyeramkan di bawah...(18sg allowed)
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





P/s : Haluu Mr October!Bye2 September....


~lara : 01/10/2012~
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review