Pages

Memei kehilangan~

Ok sebenarnya entry ni dah lama..berlaku 19 June 2012 yang lepas..Memei bunting.Yes,aku alpa..sebab memei keluar dari rumah kat kampung.Aku outstation.So,memang aku terlambat untuk bawak dia pergi spay.Hari tu aku ada tanya Izyahya pasal spay & neuter ni.Bila aku bawa memei ke Vet Kota Damansara, doktor pun inform due date memei lambat lagi.About 2,3 weeks lagi..Since that point,aku pun masih buat macam biasa.Memei?masih lagi buas dan aktif macam biasa..terlompat sana sini.Memang bukan macam kucing bunting.Yes,sekali lagi ku admit aku alpa dek kerana sifat yang memei tunjukkan itu. On 19hb tu aku siap pergi tengok wayang lepas kerja lagi.Bila aku balik tu la segalanya dah terlambat.Bukak-bukak je pintu,kain lapik kaki depan pintu dah bergulung.Bila aku bukak aku tengok ada satu objek yang membuatkan aku menjerit.Kesian memei..gambar-gambar kat bawah ni menceritakan segalanya.Aku rasa sangat menyesal.Dan memei masih lagi macam biasa.Tiada langsung keganjilan yang di tunjukkan.Esok siangnya aku bawak memei pergi vet.Doktor cek and bagi dia ubat antibiotic.Aku minta doktor ubat vitamin sebab aku takut memei jadi kurang makan.Lepas semuanya settle,aku bawak memei balik rumah.Memei kehilangan 3 ekor anaknya yang ku jumpa satu di gulungan lapik kaki, stu lagi di kabinet TV dan satu lagi di bawah sofa di dalam stor.Maafkan mummy sayang...After 5 weeks aku pasti akan bawak memei pergi spay.Itu janjiku!







Aku tak sanggup untuk besarkan gambar yang last sekali tu..sedih sangat...

~lara 270712

2 comments:

mamauki said...

kucing aku beranak on 27/07/12. Kebetulan waktu tu aku sedang cuti sakit. Seperti biasa...dia mmg jenis suka berkepit dengan aku. So, waktu aku berehat kat bilik tu laa aku terdengar bunyi pelik. Memula aku tak peduli duk kerna melayan sakit. Tapi lama kelamaan terdengar mcm bunyi kucing...tapi aku pasti bukan bunyi kucing aku yg biasa tu...So, bila tgk rupa2nya kucing aku sedang beranak. Aku terpaksa membantu dia dlm proses melahirkan disebabkan ni 1st time dia beranak & umurnya pun baru 8 bln lebih..

Bila tgk pict di atas..terasa sayu sebab aku pun pernah melihat anak kucing aku tu sedemikian rupa...waktu tu..aku ingat kucing aku tu hanya melahirkan 4 ekor anak. so, aku yg alihkan dia ke dlm kotak utk dibawa ke vet. rupa2nya sewaktu menyalin pakaian utk keluar, kucing aku beranak lagi & anak dia sebijik mcm anak memei yg mati tu...tak bergerak..kelam kabut aku sapu muka dia dengan towel lembab. lama gak dia tak bergerak..lebih 5 minit gak. aku pun dah give up n kata dlm hati...dia dah mati kot. pastu rasa tk sedap hati..aku lap lagi muka dia n bersihkan pernafasan dia. tetiba jer dia bergerak & menangis..& rasa bersyukur sgt yg ke5 pun hidup dalam keadaan kesakitan mak dia melahirkan anak yang ke6. Alhamdulillah...sehingga sekarang..kesemua 6 ekor anak dia masih dlm keadaan sihat wlupun maknya kejap2 terpaksa dikejarkan ke vet. rasa seksa nak mejaga, tp aku still berharap supaya anak2 dia mampu hidup sampai dewasa...

Sgt paham perasaan owner yg tak sanggup untuk menyaksikan kehilangan wlupun sekadar anak-anak kucing yang baru dilahirkan. Aku pun saban hari duk berada dalam keadaan suspen..takut bila aku bgn jer, tgk ada anak2 dia yg mati...Bila baca ur entry..aku rasa bersyukur kerna pada masa kucing aku beranak...aku ada dirumah dan membantu membersihkan semua anak2 dia supaya boleh bernafas...

Lara sushi said...

thanksss for your comment..lucky u babe..sy x sempat nak tengok anak memei..memang sedih dan sangat rase bersalah..alangkah baiknya andai waktu malam tu sy balik awwal ke rumah macam biasa... =(

 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review