Pages

Cerpen Pendek :Jangan keraskan hati ku..

"Apalagi yang kau tak puas hati pada ku Faris?Apa salahku?Kau yang minta putus dengan ku tapi sekarang kau nak salahkan aku pula?" selaku yang semakin bengang dengan kelakuan Faris. Didepanku satu masa dahulu adalah wajah yang amat ku rindukan. Tidak kira siang dan malam itu lah teman rinduku.Teman malam-malamku.Walau tiada mimpi aku yakin wajah itu lah yang selalu menemaniku. Faris hanya diam dan melontarkan pandangan nya jauh ke hadapan.Walau di hadapan kami kini adalah tasik buatan namun aku yakin pusat pandangannya bukan di situ.Satu keluhan kecil terdengar dari mulut nya.

"Apalagi perlunya kita berjumpa?Kau dan aku telah lama habis ceritanya,Faris..Sila lah faham.."Ya,bukan aku tidak sakit kala ucapan itu ku lafazkan.Bak kaca yang sedang menghiris jantungku.Sakitnya ku rasa bila cuka ku taburkan di atas hirisan itu.Namun harga diri ku lebih penting dari perasaanku.Harga diri yang ku pilih bila ianya dipermainkan oleh Faris berkali-kali.

"Maafkan aku,Min..Tapi aku masih sayangkan kau.Tidak adakah rasa maaf mu untuk ku padam luka yang telah aku tinggalkan?"itu persoalan yang Faris utarakan kepadaku yang membuatkan aku tersenyum sumbing mendengarnya.

"Aku telah lama maafkan kau namun aku tak boleh melupakan semua yang kau buat padaku.Aku kecewa bila keikhlasanku kau permainkan dan balas dengan sifatmu yang cemburu buta pada kawan-kawanku.Itu bukan sayang namanya Faris.Itu kau tak yakin pada aku.Perlu apa lagi kita bersama?Lagipun ini yang kau mahukan.Bila kau marah kau selalu minta putus.Matang kan cara kau?"

"Kau yang mencabar kesabaranku dengan ego mu,Min.."

"Aku tidak pernah cabar kau!Kau yang mencabar diri sendiri untuk menggadaikan hubungan kita hanya sebab kau cemburu aku dengan kawan-kawan aku.Sedangkan aku kenali mereka lebih lama dari aku kenal kau."hatiku agak panas dengan kata-kata Faris.Ku kerling jam di pergelangan tangan.Hampir pukul 6.30petang.Pengunjung Taman Tasik Shah Alam semakin ramai.Terutamanya ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka untuk beriadah.

"Kau kena faham aku terlalu sayangkan kau sebab itu aku tak boleh terima kau menipu aku.."

"Aku menipu kau?Bila aku tipu kau Faris?Isu apa pula kali ni?"

"Aku tau hati kau sayangkan orang lain kan?Bukan aku.." ujar Faris sambil menghalakan pandangannya kepada ku. Aku mengerutkan kening.Ada kemarahan yang cuba ku tahan saat ini.

"Aku tahu kau lebih sayangkan orang lain dari aku.Kenapa kau yang buat aku macam tu,Min?Aku ikhlas dengan kau selama ni tahu tak.." suara nya sengaja di tekan.Mungkin sama seperti aku yang sedang menahan kelakuan kami dari menjadi perhatian orang ramai di situ.

"Oh,gosh!What is that mean?"

"Jelas kan?Aku tahu itu yang berlaku.Kau yang tipu aku.Aku tau kau sayangkan orang lain,Min.."

"What the hell that you are talking about?Kau judge aku,kau assuming aku Faris?"

"Aku.."

"Please stop it!Rupanya selama ini itu yang kau fikirkn tentang aku?Wahh,aku terasa semakin bodoh bila aku habiskan masa bertekak dan bergaduh degan kau hanya isu itu yang kau bangkitkan.Berjuta kali juga aku jelaskan pada kau.Tapi semua sia-sia.Au semakin benci akan kerapuhan perasaan kau pada aku,Faris.Kau hanya tahu mencari salahku sedangkan kau tidak pernah kenal siapa aku.Siapa teman-temanku.Apa yang ku lakukan sehari-hari.Bila hatimu terdetik dengan fikiran-fikiran buruk tentangku kau fitnah aku sehingga kau buat keputusan kau sendiri tanpa memikirkan perasaan aku.."
aku menarik nafas dan melepaskannya perlaha-lahan.Ada takungan air di kelopak mata yang cuba ku tahan.Tidak mungkin ianya akan jatuh di hadapan insan yang cuba bermain dengan perasaan aku.Aku menarik tali beg tangan dan ku kepit di celah lengan.Aku perlu berlalu dari situ.Selagi aku mendengar kata-kata Faris itu, aku khuair kesabaranku hilang.Aku bangun dari tempat duduk dan Faris ikut bangun.

"Min,tunggu dulu.."Faris cuba menahan.Aku betulkan hujung rambutku yang terbuai dek kerana angin pada petang itu.

"Sudahlah Faris.Aku lemas dengan sikap kau macam ni.."ujarku pula.

"Kau tak sayangkan aku lagi kan?"

"Eh bukan kau yang cakap tadi hati aku sayangkan orang lain?Untuk apa perlunya kau tanya aku lagi?"soal ku geram.

"Jadi benarlah apa yang aku fikirkan selama ni?"aku memandang Faris tajam.Begitukah cara seorang pemuda lulusan Universiti tempatan berfikir?

"Ya,benar!Tepat sama sekali apa yang kau fikirkan tentang aku.Terima kasih sebab kau menghakimi aku dengan fikiran negatif kau selama ni.Aku yakin inilah keputusan paling tepat antara kita.Aku bersyukur kau yang pinta perpisahan ini.Jika tidak aku tidak tahu betapa mudahnya kau menghakimi seseorang.Till then,Faris.Jangan kau cari aku lagi sebab aku dah katakan jangan keraskan hatiku untuk memaafkan dan menyayangi diri kau lagi.Aku pergi dulu..Assalamualaikum.."seusai berkata demikian aku melangkah keluar dari taman tasik tersebut dan menuju ke tempat letak kereta.Hatiku luluh.Perasaan saki baki ku pada Faris semakin pudar.Aku benci akan tuduhan tersebut.Lebih sakit lagi rupanya selama ini perasaan nya pada ku hanya kabur.Kusam.Pudar.Tidak ada maknanya.Terima kasih,Faris.

Aku menghidupkn enjin kereta dan untuk seketika ku lihat dari pandangan cermin sisi kereta sekujur tubuh tegap hanya memandang sayu kearahku.Air mataku mengalir ke pipi dan akhirnya tidak dapat ku tahan lagi.Hampir 6 bulan kami tidak bertemu kerana urusan kerja Faris yang memerlukannya merantau ke pelbagai pelosok negeri.Dan aku tidak pernah meminta begini pengakhiran hubungan kami.Jauh sudut hati ini ku amat merindui dirinya.Ingin ku peluk jika tidak ku fikirkan tentang dosa.Perpisahan dengan rindu yang mnyesakkan dada.Mengapa kau timbulakn fitnah itu dan akhirnya kau sendiri yang akur dengan kekhilafan mu,Faris?Hati kau tabahlah kerana ku yakin kini kau bukan senang untuk di tembusi lagi..


Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.


~lara 07-07-12, 6.01pm~

0 comments:

 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review