Pages

Makan Rumput

3 comments
Hai Uols!eh assalamualaikum..hamba kembali untuk menghapdet..beberapa hari ni berjalan-jalan membaca blog kawan-kawan cat lover yang lain. Malas sebenarnya lately..mungkin sebab banyak sangat kerja dan banyak sangat benda yang kena face it. Jadi masa untuk berblogging terpaksa di lepaskan dengan rasa berat hati..eeei,melampau lak aku rasa ayat pasrah aku tu..okeh,abaikan! Entry ni aku nak cakap pasal anak-anak bulus yang bebaru ni baru jumpa rumput..haha,macam kesian je ayat tu kan..macam ni,bebudak tu kan ke indoor cat.So memang tak pernah jumpa rumput langsung.Dah dapat pulak mummy yang terlebih rajin nak bercucuk tanam kan.So alamat nya memang deme2 ni jumpa bunga dan daun kertas je la dalam rumah tu..kui2,maafkan mummy ye sayangs..



Hah ni lah rumput yang aku kena beli dan terpaksa tanam, untuk deme2 kesayangan aku yang berbulu kat rumah tu.hehe..aku tak ingat aku bercucuk tanam bila.Tapi ni pic 2 hari lepas aku snap.berjaya jugak aku menanam sepohon pokok.Eh word bercucuk tanam tu macam over pulak kan?ngeh ngeh..


Ok,ni masa memula aku bagi 3 ekor adik beradik ni.Memula macam kembang-kembang je ekor deme bertiga ni hah.Kot macam rambut mummy nye bangun tido agaknye.Lama-lama baru deme tercium-cium and gigit.hehehe..comel sangat...


ni si diva yang memang rakus bila nampak rumput ni.yelah kat kampung dia kan pernah lari dari rumah.Tak balik semalaman.so rumput hidup dan bunga hidup memang dia dah biasa tengok dan rasa lah..hehe.. 


Persembahkan model rumput cik puan memei..maaf dia terpaksa membelakang kan kalian. Abaikan segala lemak yang kelihatan ye..

Ok, rumput tu aku beli dari KTAJ. Harga aku tak ingat.Maafkan saya.. =)


~ lara : 08/03/12 ~

Aku yang tersakiti - Judika

0 comments
Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia 

Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah Bagiku
‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

 Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia....




 Bebaskanlah...


 ~lara-27/09/12~

#4 WORDLESS - 4 CUTIE PIE =)

2 comments



Buah hati mummy

~lara : 26/09/12~

MENGAPA

0 comments
Mengapa perlu adanya kebenaran jika hanya menyakitkan..
Mengapa perlunya kesedihan jika hanya memedihkan..
Mengapa perlunya kesakitan jika ianya mematikan..

Rupanya semua kesakitan dan kepedihan itu kita lupa adalah pasti dan benar tentang kematian.

Kisah Kucing Adoption-Speedmart

4 comments
Hai kawan-kawan..Semalam aku sedih sangat..Betul,aku memang sangat sedih semalam..Macam ni ceritanya. Ofis aku memang dekat dengan Speedmart. Ingat lagi kisah Cik Teh yang aku selalu bagi makan?Kalau tak ingat sila belek yang lepas2 ye.. =P Sudahnya aku malas nak link post tu..maafkan saya..

Semenjak dua menjak ni makin banyak kucing-kucing jalanan yang datang makan depan ofis.Sebab setiap hari memang aku akan letakkan makanan dan air bersih depan ofis untuk kucing-kucing kat sini. Dalam ramai-ramai tu ada 3 ekor yang jadi pengunjung setia untuk datang makan depan ofis aku ni. Nak bela memang aku tidak berkemampuan lagi sekarang ni.Lagipon budak-budak bulus kat rumah tu menuntut perhatian dan penjagaan yang begitu telus dari ku sekarang ni.Ok back to the story. Antara 3 ekor yang selalu datang tu ada sekor yang ku panggil 'kucing speedmart'. Ok gambar korang boleh refer kat bawah ni.


Kucing Speedmart adalah kucing yang ber label 'A'

Cantik kan?cantik bulu dia kan?Aku syak dia kucing bertuan sebelum ni.Tapi di buang atas sebab-sebab yang tertentu. Inilah kucing-kucing yang setia datang di depan ofis kalau dorang nak makan termasuk cik Teh..Kucing A aku panggil kucing speedmart sebab dia sangat di sayangi oleh budak-budak speedmart kat sini. Lepas makan depan ofis,dia akan berlenggang kangkung masuk speedmart sampai duduk atas kaunter..Boleh?budak-budak speedmart pon takde rase nak menghalau semua.Sampaikan customer yang datang dah kenal benar dengan kucing A ni..

Ketiadaan kucing A ni aku perasan dah tak datang makan depan ofis dekat seminggu jugak. Aku tanya budak-budak speedmart ada tak dia datang.Dorang pon tak tahu. Ok,aku rasa dia pergi berjalan-jalan. Dan aku biarkan aje lah. Sampai lah aku di beritahu pagi semalam oleh office mate aku. Ikuti perbualan aku dengan office mate aku (serious ye..) :

Friend : Babe, you know what?
Aku : Ye what?
Friend : Kucing speedmart mati kena langgar...
Aku : Hah,kau biar betul?Serius?-sambil aku terkejut dan badan mula menggigil.
Friend : Yelah,semalam aku balik aku nampak bangkai dia tengah jalan belakang ofis kita ni. 

Terus aku menangis.Hilang mood aku terus pagi tu.Betul jauh kat sudut hati aku terasa sangat kesedihan tu.Aku selalu bercakap dengan kucing tu.Dia tak pernah buat hal macam poo pee sesuka hati depan office.Bila aku lambat bagi makan dia hanya duduk je depan pintu.Bila nampak muka aku terus dia mengiau,mengesel-gesel kat kaki.Dan habit dia yang paling aku suka,lepas makan dia akan pandang dan mengiau.Macam ucapkan terima kasih.Sweet kan?Sobsss...tapi aku dah tak dapat nak merasai semua tu lagi..Sedihkan?Aku betul-betul sedih...Sedih yang teramat sangat walau dia bukan lah kucing peliharaan aku di rumah.Bukan memei,bukan ceteh,bukan celat dan bukan cekot..tapi aku tetap merasai kesedihan itu..Sebab dia selalu di depan mata setiap hari tapi kini aku tidak boleh lagi melihat aksi-aksi manjanya..

Mummy doakan moga kau tenang di alam sana sayang..RIP sayang..

P/S : Kalau korang berminat untuk adopt Kucing B dan C boleh PM saya ye..Thanks korang..


~lara-21/09/12,06.52pm~

#3 WORDLESS - 18SG HORROR!!

2 comments
THERE'S SOMETHING IN THE HOLE......WHATTT?? - (hati-hati untuk mereka yang ada lemah semangat dan sakit jantung........................)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|





KUI2.. =p

~lara - 19/09/12,08.00PM~

Memei demam pulak!

3 comments
Assalamualaikum,kawan2..korang buat apa?mesti korang tengah baca blog aku kan?#eh tetibe.. hahah..Opss,ok sebenarnya aku nak bercerita pasal memei demam..memei..buah hati aku yang dah matured tu..ala,yg baru lepas nak berlaki tapi tak kesampaian tu..ala,yang gitu2 tu..ala yang tu la..haish!dah2 abaikan..korang mesti dok imajin yg bebukan la tue..hehe..ops,maafkan saya..

Ok memei demam..mungkin sebab masa dia spayed tu doktor bagi vaksin sekali.Mungkin virus baru nak menerjah member kita yang sekor ni..Aku rasa baru 3 days before la yang aku rasa bila aku nak cium je memei bersin..asal nak cium je dia bersin..first2 tu aku ingat aku yang busuk sebab tu memei bersin kan..mana lah tau..ye dakk?Walaupun aku pakai brand 'mat saleh' mana tahu tak kena dengan lubang idong memei..mana tahu..perubahan hormon ye tak?haha,dah mengarut!!back to story..tu la,lepas dia bersin2 dia macam bawak diri..asyik duduk dalam bilik aats pinky die..panggil keluar and bawakkan dia atas mama bear pon die senyap je..macam mana letak macam tu la dia sampai ke sudahnya..huhuhu..tengok lah picture dia kat bawah ni..nampak sangat la dia uzur...eh bukan period okeh...tak sihat la! =P

Ok,masa memula aku letak dia atas mama bear..muka stim je kan?sian memei..huhu

a few second tu dia dah jadi macam ni dah..aku mula la start seriau..walaupun aku belum nak menjerit la kan..

mummy : memei, kenapa ni sayang?makan pun tak mahu ni kenapa?
memei : ~blur~

pastu die sambung tido balik..hati mana yang tak gundah gulana?

lepas aku asyik menganggu,memei berkalih membelakangkan aku..

Panggil pon tak mahu pandang..

Yang ni bila aku baring sebelah dia. Cuba gosok-gosok dagu dia.Alih-alih tangan dia letakkan atas tangan aku..nampak bebenor sakit nya...eh kau ni..takkan lah dia nak main-main..apeda...#eh tetibe marah diri sendiri.. =P

Okeh,esoknya lepas aku aku rasa memei makin worst sebab dia dah start muntah-muntah and mata dia dah start berair,aku takut aku jadi makin meroyan nanti aku terus bawak memei pergi Heshmael's Clinic . Dan doctor berikan ubat yang kat atas ni..tapi yang hairan suhu badan memei okeh je..masih belum masuk zon demam..tapi keadaan memei dah macam worst..aku tanya doctor..doctor cakap selalunya kucing yang lepas spayed dalam keadaan in heat akan ajdi macam ni. Dia ambil masa.Lagipon mungkin aku tak tahu memei kena vaksin sekali masa spayed hari tu. Dan aku...#Owh..tenang sikit. Darah tak naik dah..mula cool. #sengal

Ok,aku hope buah hati ku ni akan cepat sembuh..rindu dengan kelincahan dia untuk menghambat kain-kain baju dalam bilik. Selagi tak lipat selagi tu habit dia akan main-main atas baju. So kau takde pilihan untuk berkata TIDAK untuk melipat. Nampak tak betapa aku ni pemalas nak melipat kain?Ok abaikan..


~lara-18/09/2012, 07.48pm~

Happy Birthday to Me

2 comments
Happy Birthday to me...happy birthday to me..happy birthday to me...14 September 1983 adalah tarikh lahirku..Yes, 1 step closer to 3 series..wahhhh,dah tua benar gayanya..hurm,my wishh?ok the only one, Freedom!ada maksudnya di situ.Siapa yang mengenali aku pasti mengetahui apa yang aku maksudkan. Aku hanya perlu fokus pada diri sendiri dan family ku serta kerjaya ku sendiri. Aku tak perlu kan anybody else. Why?Sebab semuanya takda apa-apa makna untuk ku. Ada atau tidak sama sahaja malah aku rasa aku bukan yang terbaik. Berikan sahaja peluang itu untuk orang lain yang lebih berhak. Owh ok stop!No need to talk more on that..

This year?Yes,ada celebration + open house..ya dong..kan syawal nya ada lagi bukan?so sekali la..ada pilu jauh di sudut hati tapi ku simpan dan ku pendam..Ok lepas tu mereka semua ajak pergi karoke. Last Minute planned. Then layankan aje lah..

Macam tak best je nak cerita benda lain selain anak-anak bulus kan?hehe...ok lah entry kali ni aku stop sampai sini je..sambung lagi nanti... =)

Tuhanku..
Aku tak layak masuk syurgaMU
Namun tak jua aku sanggup menghadapi api nerakaMU
Kurniakanlah ku taubat dan ampunkan dosa-dosaku..
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa-dosa besar....




~lara - 170912~

Finally - Bersunat!

7 comments
Di suatu malam yang dingin...cehh agak poyos di situ!!






Dalam Klinik yang menjadi pilihan di hati ialah Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine. Sangat best dan aku sangat berpuas hati dengan layanan dan servis yang di berikan.Haha,bukan promot ok sebab doktor2 dan misi kat situ tak tahu pon blog aku ni.Dorang tak baca pon..kekeke..Ok pakej bersunat memei hanya RM100 bersama free hospitalization 3 days.Ok tak?Ok kan?tapi kalau kucing korang tak vaksin lagi lain lah harganya.

Ok sebenarnya aku dah terlambat nak bawak memei pergi spayed!ye aku tahu aku yang salah.sobss..tapi seminggu yang aku di serang demam panas itu memei menjadi sangat tidak keruan dan makin melampau 'kemiangan' nya.Satu rumah dengar suara dia saja.Makan tak mahu,tido tak mahu,minum tak mahu.Huhuhu..Aku sedih sangat2.Dahlah keadaan diri masa tu melimitkan emosi dan keupayaan...PANGGG!!(penampo untuk menyedarkan diri hakikat jangan nak sastera sangat boleh?)hehehe..ok back to the story..Akhirnya aku nekad dalam keadaan apa sekalipon aku akan bawak dia pergi bersunat jugak..eh molej tak ayat sunat tu?ermm..ok aku tukar...spayed!hehehe.. =P..so bila aku dah call and menyiasatt...(wahhh,gile!)aku memilih klinik yang di maksudkan di atas.Doktor2 dan misi nye memang gojes2 belaka..hehhe..

Ok memei dimasukkan dalam ward pada hari Khamis.Jumaat di 'operasi' kan.Sepatutnya Ahad aku dah boleh ambil tapi di sebabkan kenduri adik teruna ku,terpaksa lah aku ambil memei hari Isnin esok nye.

Cuba tengok ceteh.Konon gagah perkasa dari rumah tapi bila jumpa doktor dia lah juara yang paling takut..ok budak2 bertiga tu aku bawak sekali masa aku datang nak ambil memei untuk vaksin,deworm and deflea.

Ni cekot yang memang agak nakal and sekepala dengan ceteh.Tapi bila sampai klinik dorang jugak lah yang 'slow' dengan doktor..ehek ehek..


Ni celat..kui2 muka dia macam comel je cenggitu kan?hahahahhaa..opps!

Ok,ni malam pertama memei kat rumah..dia agak blur dan masih mamai rasanya.Cuba tengok cekot dan ceteh kat balkoni tu..terjenguk-jenguk macam tengok makhluk asing yang gondol perut.sian memei sebab masa memula sampai aku bagi dorang bersua muka.Si cekot dan celat boleh meng 'hinns' 'hinnns' kat memei..yelah mungkin sebab dah 4 hari tak jumpa kan..bau memei lak bau ubat..mahunye tidak rasa pelik?


ni la dia jahitan yang ada pada memei..kiut je kan perut dia..cam comel...hehehhe.. =P


Psst...korang nak tau apa yang di pandangnya si cekot dan si ceteh ni?tu hahhh...sila scroll kat bawah..mase ni dorang dah siap dah..tinggal nak hangkut balik je...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!si comel yang ada dalam klinik..yang kat atas ni sebenanrnya kaki dia ade 3 je..sian kann...tapi bulus die gebuss sesangat...


Ni pon sama..Aku panggil dia cik gebus..dah la putih...kalau korang perasan mata dia pakai 2 contact lense yang berbeza warna..heheh...unik dan comel!

Ok ape pon aku sangat bersyukur akhirnya memei selamat di sunat kan tanpa ade sebarang masalah..dan aku masih tak dapat nak lupakan sampai bebila perasaan pertama kali aku tinggalkan memei selama 4 hari kat klinik tu dan bila dia keluar sambil di dukung oleh doktor depan pintu ada satu tangisan dan pilu melanda diri ku..sobbbss...sesape yang gila dan menyayangi dengan kucing pasti dapat tahu perasaan yang aku maksudkan......alhamdulillah...

Welcome memei to the 'matured' zone..ekekekek... =P

~lara 13/09/2012-08.32pm~

#2 Wordless : the new of Memei

2 comments

Demam & Pertunangan

3 comments
Saya datang lagi...*catwalk* hehe..ok serius! Mesti ade yang tanya2..(bajet memang femes la kau kan..)kenapa aku dah lama tak 'hapdet' blog pondok aku ni kan..Ok aku di landa demam buat sekian kalinya.Nak buat semua perkara yang menjadi kebiasaan pun sangat di landa kemalasan..

Aku start demam ni hari Isnin agaknya.Sampai lah masa aku 'hapdet' blog ni demam aku masa lagi bersisa..batuk2 dan selsema.huhu..Tapi aku tetap menggagahkan diri untuk bercerita sebab aku rasa macam nak bercerita sampai melalut-lalut ni..hehe..Sebenarnya dalam masa aku demam ni memei,buah hatiku juga 'sakit'..sakit nak 'kahwin' dan sakit nak 'berlaki'..huhuhu..dalam bahasa yang sangat sopan dia dalam keadaan 'in heat'..huk huk..batuk jap..betul...aku tak tipu...tapi kisah memei in heat tu aku akan cerita secara khususnya dalam entri akan datang yep kawan-kawan...sebab entri kali ni aku nak cerita pasal tajuk entri la..hok hok hok..

Ok minggu yang lepas adalah minggu yang sangat padat dan sesak untuk ku..dah la demam..demam sampai aku rasa macam nak pengsan...kerja yang sangat banyak,memei yang sakit,dan adik yang nak bertunang...bukan aku ye..harap maklom!hinns..hinss...Tahu kan betapa semua tu menuntut perhatian yang sangat mendalam?betul tak?ok aku adalah orang kuat di sebalik majlis pertunang adik aku..orang kuat bukan bermakna Mak Guard ok..badan ku tidak sesasa itu untuk mengawal bangunan,parking kereta mahupun bank-bank di dalam Malaysia ini..tidak!(Ok,ini lakonan melampau atau poyo je..sila abaikan!)

Adik ku yang seorang lelaki itu sedang melangkah ke satu lagi tahap untuk menjadi seorang mukmin yang sejati..heheh..dia bertunang pada 9.9.2012..bukan lah last minute aku tahu berita dia nak bertunang tu tapi aku lah yang buat kerja last minute. Minggu aku di landa demam panas itu lah aku baru tergedik-gedik untuk menyiapakn semua hantaran yang 15 dulang itu..hah,nampak tak..nampak tak?xnampak?nampak tak betapa komited nya aku!!..hahaha..PANGGGG!(aku tampo diri sendiri untuk menyedarkan hakikat yang aku memang clumsy sejak dolu..)ok,berbalik kepada cerita itu.Sila scroll picture2 di bawah ini untuk membuktikan betapa hebatnya aku dalam menggubah hantaran...sila maklum,aku buat semua itu seorang diri ok...dari pelapik dulang sehinggalah isi-isinya...tidaklah bermakna setiap barang tu aku masuk kilang buat sendiri..tu dah kira melampau tahap gaban okeh..kui..ok mari kita lihat ye anak-anak muridku sekalian...ngehhhh...


sireh junjung hasil tangan saya..!!cantik kan?sila cakap cantik! =P

tadaaaaaa....ni lah hasilnya...

cantik kan...cantik kan?tema dari pihak lelaki adalah songket and pink!

sila tengok bulat-bulat kain tuala yang saya hasilkan...*kedip2 mata*

close up dari dekat kain pelapik dulang..




dah sampai rumah pihak perempuan...tu makcik-makcik yang di import khas dari Indonesia..hehe

comey je kan tangan adik iparku?size 11 okeh..sila bayangkan tumbesaran beliau di tahap mana..hihi.. =P

Ya,ibuku sedang mnyarungkan cincin ke tangan menantu... =)





Ok aku harap jodoh mereka berpanjangan dan welcome to our family!

~lara 100912,07.35pm~





#1 WORDLESS : TODAY

1 comments
PUT UR HANDS UP!


ekekekekekke.. =P



Ragam Memei!

2 comments





kui2..tau takut...padan muka..ok memang buah hati aku yang sekor ni bila aku bersiap-siap je nak capai tudung atau dengar kunci kereta dia dulu yang sampai depan pintu.Acane nak buat?huhuhu...
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review