Pages

Memei kehilangan~

2 comments
Ok sebenarnya entry ni dah lama..berlaku 19 June 2012 yang lepas..Memei bunting.Yes,aku alpa..sebab memei keluar dari rumah kat kampung.Aku outstation.So,memang aku terlambat untuk bawak dia pergi spay.Hari tu aku ada tanya Izyahya pasal spay & neuter ni.Bila aku bawa memei ke Vet Kota Damansara, doktor pun inform due date memei lambat lagi.About 2,3 weeks lagi..Since that point,aku pun masih buat macam biasa.Memei?masih lagi buas dan aktif macam biasa..terlompat sana sini.Memang bukan macam kucing bunting.Yes,sekali lagi ku admit aku alpa dek kerana sifat yang memei tunjukkan itu. On 19hb tu aku siap pergi tengok wayang lepas kerja lagi.Bila aku balik tu la segalanya dah terlambat.Bukak-bukak je pintu,kain lapik kaki depan pintu dah bergulung.Bila aku bukak aku tengok ada satu objek yang membuatkan aku menjerit.Kesian memei..gambar-gambar kat bawah ni menceritakan segalanya.Aku rasa sangat menyesal.Dan memei masih lagi macam biasa.Tiada langsung keganjilan yang di tunjukkan.Esok siangnya aku bawak memei pergi vet.Doktor cek and bagi dia ubat antibiotic.Aku minta doktor ubat vitamin sebab aku takut memei jadi kurang makan.Lepas semuanya settle,aku bawak memei balik rumah.Memei kehilangan 3 ekor anaknya yang ku jumpa satu di gulungan lapik kaki, stu lagi di kabinet TV dan satu lagi di bawah sofa di dalam stor.Maafkan mummy sayang...After 5 weeks aku pasti akan bawak memei pergi spay.Itu janjiku!







Aku tak sanggup untuk besarkan gambar yang last sekali tu..sedih sangat...

~lara 270712

Kek Lapis Sarawak!

0 comments


Yeahhhh,aku memang kuat mengidam wei..pantang aku tengok makan kat tv sikit..kt tv ke or dari pembacaan aku kt mana-mana..sure aku akan kata ' eh,teringin la na makan tu'..so aku akan cari dan akan dapatkan.Baru-baru ni aku teringin lak nak makan kek lapis sarawak.haha,boleh?so aku pun search la kat tenet..carik la kat fb semua..haha..nahhh..Alhamdulillah dapatt..kah kah,terus ku PM dalam inbox..untuk pengetahuan aku cek gambar-gambar budak tu dalam FB..gambar tu bagi aku nampak best..pastu bila aku selidik die kate die tak simpan kek lapis untuk stok.bila ade order baru diorang akan buat.haha,so aku percaye and aku decided nak order kat die je..dahsyat kan aku?siyesss,untung weii kalo sesape yang menjual barang kat aku..sure aku beli...hhahah..wooppps!berbalik cerita kek lapis tadi...semalam aku dah dapat pos laju kek lapis sarawak tu..order and make payment hari khamis dan semalam baru sampai..ok lah lambat sikit..so aku tahu lah die memang buat yang baru kan..hahaa..yeyyyy!



lara~

Memei -ade adik2 baru!

0 comments
23 july 2012 - memei ade adik bar..aku baru je adopt dari one guys dr KD..tau tak?memula tu aku dah deal dengan mamat tu nak amik 2 ekor je..alih2 bila sampai kat rumah mamat tu aku amik semua sekali..boleh?sebab aku kesian,kalau aku amik 2 ekor tinggal yg sekor tu tak ke dia sedih nanti kan?so decided amik semua sekali..nah..korang layankan lah pangai dan aksi mereka kat bawah ni yep..hehehe


memei : sape la pulak bebudak ni?

ceteh , celat & cekot

cekot yg atas tu sangat penakot mulanya..tengok die kt atas tu..

celat & ceteh : apa kita nak buat lepas ni?

ceteh : celat ko kentot ke weii?

celat, ceteh & cekot : kite dah kna kurung dengan mummy..korang la sape soh bising sangat!

celat yang nakal tido dalam pasir.nasib baik pasir tu dorang tak poo pee lagik!



cekot & ceteh mmg agak akrab

dah lama-lama tu memei jadik macam ni ..aku rase la memei mesti pening ngan pangai dorang ni..yelah dah bape lama dia sorang aje dalam rumah tu.tetibe ade lak penghuni baru kan?mummy harap memei tak sunyi lagi la ye,sayang...





~lara-260712~

Cik Putih - stray cat

0 comments
entry ni aku nak cerita pasal cik putih. Tau sape?korang mesti ingat aku nak cerita pasal aweq cun yang berkulit putih kan??NO..NO..korang salah!haha...cik putih tu adalah.........




sian kan die?aku tak dapat ambil close up muka dia tapi yang pasti kulit dia nampak teruk dengan fungus dan dia sangat garang kalau ada orang yang nak dekat dengan dia.huhu..aku nak try put up for adoption dekat KTAJ . Tapi lately aku nengok macam-macam pangai dalam tu. yes,aku adalah silent reader..hehe..nantilah aku nak try usha balik cik putih ni.nak jinakkan dia dulu untuk dekat dengan orang.ada rezeki bawak gi vet.untuk bawak balik rumah,aku tak rasa memei si calico yg kuat jeles and banyak perangainya akan terima kehadiran cik putih..huhu..eh betul la...calico type ni memang jenis garang and cemburu tau. itu hakikat yang aku baru tau dari one of my fren Iz Yahya. Aku selalu tanya pasal kitten kat dia..hehe..Macam baru-baru ni aku ada tanya pendapat dia jika aku nak adopt kitty yang previous owner die ada membela anjing.

Hah cakap soal kitty tu tadi...aku tak tahu kenapa la owner dia taknak balas-balas msg aku..hurm,aku admit aku tak call tapi aku rase kalau kau letak numbr telefon kat public untuk adoption kau kena lah alert.Yes,memang la kau boleh bagi alasan tengah tido ke,keje ke,bz ke,tapi takkan la sampai 2 hari kot..so aku dah fed up. (kau hengat memei je ada kepala angin?) then semalm,aku ada minta two of kitten seorang owner ni.Tak sampai seminit aku hantar terus dia reply.Hah,so aku rasa memang dia serious la kan..haha..korang mesti tanya kenapa aku nak adopt lagi kan?hurmm..sebab memei tu dalam pangai-pangai diva and princess nya, dia jenis taknak makan.aku tak rasa la pulak memei tu diet kan..so aku perati pangai dia lately. Bila aku balik dan bila ada orang kat rumah aje,bekas makanan dia akan kosong and habis di makan.Tapi bila orang takde and orang lambat bukak lampu rumah dan dia bergelap,memang aku akan nampak bekas makanan dia takkan berubah.dari kau letak sampi la kau balik.Cenggitu lah aje..tak berusik..huhu..Aku tanya Doc Vet yang rawat memei.Kenapa dia taknak makan dan kurang makan macam tu. Doc cakap mungkin sebab dia stressed,sunyi dan mungkin sebab dia lepas branak hari tu kan.Korang tahu dia dah beranak and gugur?ke aku tak masuk dalam entry?haha..nanti aku selak2 yep..maafkan saya..kui2..

Ok berbalik soal adoption tadi tu.So,aku terpanggil lah nak meberikan nya adik..tapi aku takut jadi macam si tompok...korang tahu pasal tompok?jangan cakap tak tahu!(aku marah ni)hahaha..tapi kali ni aku akan bagi si memei tu 'NGAM' juga dengan ahli baru rumah kami.Kau jangan nak diva sangat ye memei.Nanti kau jugak yag stressed taknak makan bagai kan..so aku decided untuk adopt two of kitten adik beradik. So aku tau bila dorang adik beradik dorang akan rapat antara satu sama lain. Mana tau memei akan berubah jadi feminin sikit...So persetujuan aku dah deal dengan owner kitten tu.We decided to meet up this Sunday! Nanti aku update ye.Kalau aku ada reader lagi la..ahak2..

Eh eh aku terlupa...entry kali ni nak cerita pasal Cik Putih tu kan?Hah,hari ni Cik Putih datang pagi-pagi lagi kat luar ofis aku tu. Tapi masa aku update entry ni aku tak nampak lagi batang hidung dia..eh ekor dia..dia selalu datang menjengah untuk makan.Nanti bebila dia lapar dia datang la balik tu.Aku siap beli bekas makanan aluminium dan bekas mangkuk plastik untuk makanan and air utk cik putih dan stray cat yang datang depan ofis aku ni.Tau sebab apa?sebab sebelum ni aku letak bekas plastik yang macam kau bungkus tau fu fa tu,memanjang aje hilang..bengang betol aku..ni sebelum aku balik aku siap letak caption kat bekas2 tu 'Jangan Ambil!' haha,gila taiko tak ayat aku?kah kah..tapi tetibe aku terfikir.kalau orang yang ambil bekas tu tak tahu membaca,macam mana eh?hmmmm.....haruuu..

Dah ok aku nak rest..penat dah aku membebel..Sebenonye aku nak update blog aku dengan cerpen pendek lagi.Tapi aku malas nak taip panjang2.So aku tunda dulu lah yep..heheh..

~lara 20.07.12~

cAT tree & pangai diva memei

0 comments
Mommy what's that??( memei bertanya ala-ala org omputih)

eh ape ni?asal kau tak boleh tanggal ni tikus?hoh!

ko ingat ko boleh lepas tikus?

huwaaaaaaaaaa..!!

Sebenarnya aku tak tahu nak letak caption apa dalam gambar di atas tu..so korang faham-faham sendiri sudah laaa..(kaau ada yang bace lakan..bajet macam blog aku heavy traffic..kah kah) kui2..haha..maafkan saya..actually 14.07.11 tu aku ada belikan memei nye scrath post / cat tree untuk memei..dah lama dah aku berhajat untuk belikan dia cat tree tu.Baru malam tu terlaksana..Almaklumlah ye mei..mummy kau ni bz aje memanjang..asyik drag je masa nk membeli nya tu..owh k berbalik pada ceita cat tree memei tu..hurm,..jenuh gak la memasang nya sebab aku buka budak yang 'pebret' subjek kemahiran hidup waktu sekolah dulu ok.Memei biasalah,time sibuk-sibuk memasang tu dia pun turut bersama menyibukkan diri.Bila dah siap tu,aku ingat dia takdelah gelojoh sangat dengan post baru dia tu. tapi rupanya dia cam dah minah jakun. Tak boleh nak kawal perasaan langsung. Habis si tikus yang tergantung kat post tu weii..hurmmmm...jagan kau jahanam ka post tu cept sudah lah ye mei..mummy belum dapt bonus lagi..hehe..

owh ye..sebenarnya aku rasa post tu sangat la murah sebenarnya sebab untuk yang setinggi korang nampak dalam gambar tu harga dia RM119 je kat Petzone Kota Damansara. Aku try search any website or facebook tapi takde...maafkan saya..kui2. Aku pun dah berubah arah kedai pet..dulu aku akan selalu pergi pet shop area Damansara ni..Siap jadi ahli..tapi lately servis dia tersangat la hampeh nya dan stok2 selalu takde. So mahap le aku nak stay lame kat pet shop tu..ah udahh...sekarang ni aku nak abeh kan entry kali ni dengan pangai si memei ni... Cer korang tengok gambar yag 3 bawah ni..sebenarnya memei tengah pandang kaki aku bergerak..die sedang mengngkat bontotnya untuk menyerang..hampeh kan?



malas la nak layan mummy..layan cik Ti lagi bagus! : ujar memei dengan perasaan princessnya

Tapi last-last agaknya dia terasa tertipu dengan aksi kaki bergerakku dia beralih ke cik Ti yang tergantung di post.Aku bagi mase dalam 2 weeks je lagi..tengok la cik Ti tu akan jadi ape..memei..memei...

monolog hati~

0 comments
bangun dari tidur,
ku terasa air mata di pipi yg kekeringan,
menangis kah aku di dalam mimpi semalam,
atau mimpi semalam yang ku tangiskan?

lara-090712~

Mummy..do not disturb Me!I tell you right?huhuhu..

0 comments







Memei :Mummy, dont disturb me plsss...
Mummy : I dont care..
Memei :Huh!

Cerpen Pendek :Jangan keraskan hati ku..

0 comments
"Apalagi yang kau tak puas hati pada ku Faris?Apa salahku?Kau yang minta putus dengan ku tapi sekarang kau nak salahkan aku pula?" selaku yang semakin bengang dengan kelakuan Faris. Didepanku satu masa dahulu adalah wajah yang amat ku rindukan. Tidak kira siang dan malam itu lah teman rinduku.Teman malam-malamku.Walau tiada mimpi aku yakin wajah itu lah yang selalu menemaniku. Faris hanya diam dan melontarkan pandangan nya jauh ke hadapan.Walau di hadapan kami kini adalah tasik buatan namun aku yakin pusat pandangannya bukan di situ.Satu keluhan kecil terdengar dari mulut nya.

"Apalagi perlunya kita berjumpa?Kau dan aku telah lama habis ceritanya,Faris..Sila lah faham.."Ya,bukan aku tidak sakit kala ucapan itu ku lafazkan.Bak kaca yang sedang menghiris jantungku.Sakitnya ku rasa bila cuka ku taburkan di atas hirisan itu.Namun harga diri ku lebih penting dari perasaanku.Harga diri yang ku pilih bila ianya dipermainkan oleh Faris berkali-kali.

"Maafkan aku,Min..Tapi aku masih sayangkan kau.Tidak adakah rasa maaf mu untuk ku padam luka yang telah aku tinggalkan?"itu persoalan yang Faris utarakan kepadaku yang membuatkan aku tersenyum sumbing mendengarnya.

"Aku telah lama maafkan kau namun aku tak boleh melupakan semua yang kau buat padaku.Aku kecewa bila keikhlasanku kau permainkan dan balas dengan sifatmu yang cemburu buta pada kawan-kawanku.Itu bukan sayang namanya Faris.Itu kau tak yakin pada aku.Perlu apa lagi kita bersama?Lagipun ini yang kau mahukan.Bila kau marah kau selalu minta putus.Matang kan cara kau?"

"Kau yang mencabar kesabaranku dengan ego mu,Min.."

"Aku tidak pernah cabar kau!Kau yang mencabar diri sendiri untuk menggadaikan hubungan kita hanya sebab kau cemburu aku dengan kawan-kawan aku.Sedangkan aku kenali mereka lebih lama dari aku kenal kau."hatiku agak panas dengan kata-kata Faris.Ku kerling jam di pergelangan tangan.Hampir pukul 6.30petang.Pengunjung Taman Tasik Shah Alam semakin ramai.Terutamanya ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka untuk beriadah.

"Kau kena faham aku terlalu sayangkan kau sebab itu aku tak boleh terima kau menipu aku.."

"Aku menipu kau?Bila aku tipu kau Faris?Isu apa pula kali ni?"

"Aku tau hati kau sayangkan orang lain kan?Bukan aku.." ujar Faris sambil menghalakan pandangannya kepada ku. Aku mengerutkan kening.Ada kemarahan yang cuba ku tahan saat ini.

"Aku tahu kau lebih sayangkan orang lain dari aku.Kenapa kau yang buat aku macam tu,Min?Aku ikhlas dengan kau selama ni tahu tak.." suara nya sengaja di tekan.Mungkin sama seperti aku yang sedang menahan kelakuan kami dari menjadi perhatian orang ramai di situ.

"Oh,gosh!What is that mean?"

"Jelas kan?Aku tahu itu yang berlaku.Kau yang tipu aku.Aku tau kau sayangkan orang lain,Min.."

"What the hell that you are talking about?Kau judge aku,kau assuming aku Faris?"

"Aku.."

"Please stop it!Rupanya selama ini itu yang kau fikirkn tentang aku?Wahh,aku terasa semakin bodoh bila aku habiskan masa bertekak dan bergaduh degan kau hanya isu itu yang kau bangkitkan.Berjuta kali juga aku jelaskan pada kau.Tapi semua sia-sia.Au semakin benci akan kerapuhan perasaan kau pada aku,Faris.Kau hanya tahu mencari salahku sedangkan kau tidak pernah kenal siapa aku.Siapa teman-temanku.Apa yang ku lakukan sehari-hari.Bila hatimu terdetik dengan fikiran-fikiran buruk tentangku kau fitnah aku sehingga kau buat keputusan kau sendiri tanpa memikirkan perasaan aku.."
aku menarik nafas dan melepaskannya perlaha-lahan.Ada takungan air di kelopak mata yang cuba ku tahan.Tidak mungkin ianya akan jatuh di hadapan insan yang cuba bermain dengan perasaan aku.Aku menarik tali beg tangan dan ku kepit di celah lengan.Aku perlu berlalu dari situ.Selagi aku mendengar kata-kata Faris itu, aku khuair kesabaranku hilang.Aku bangun dari tempat duduk dan Faris ikut bangun.

"Min,tunggu dulu.."Faris cuba menahan.Aku betulkan hujung rambutku yang terbuai dek kerana angin pada petang itu.

"Sudahlah Faris.Aku lemas dengan sikap kau macam ni.."ujarku pula.

"Kau tak sayangkan aku lagi kan?"

"Eh bukan kau yang cakap tadi hati aku sayangkan orang lain?Untuk apa perlunya kau tanya aku lagi?"soal ku geram.

"Jadi benarlah apa yang aku fikirkan selama ni?"aku memandang Faris tajam.Begitukah cara seorang pemuda lulusan Universiti tempatan berfikir?

"Ya,benar!Tepat sama sekali apa yang kau fikirkan tentang aku.Terima kasih sebab kau menghakimi aku dengan fikiran negatif kau selama ni.Aku yakin inilah keputusan paling tepat antara kita.Aku bersyukur kau yang pinta perpisahan ini.Jika tidak aku tidak tahu betapa mudahnya kau menghakimi seseorang.Till then,Faris.Jangan kau cari aku lagi sebab aku dah katakan jangan keraskan hatiku untuk memaafkan dan menyayangi diri kau lagi.Aku pergi dulu..Assalamualaikum.."seusai berkata demikian aku melangkah keluar dari taman tasik tersebut dan menuju ke tempat letak kereta.Hatiku luluh.Perasaan saki baki ku pada Faris semakin pudar.Aku benci akan tuduhan tersebut.Lebih sakit lagi rupanya selama ini perasaan nya pada ku hanya kabur.Kusam.Pudar.Tidak ada maknanya.Terima kasih,Faris.

Aku menghidupkn enjin kereta dan untuk seketika ku lihat dari pandangan cermin sisi kereta sekujur tubuh tegap hanya memandang sayu kearahku.Air mataku mengalir ke pipi dan akhirnya tidak dapat ku tahan lagi.Hampir 6 bulan kami tidak bertemu kerana urusan kerja Faris yang memerlukannya merantau ke pelbagai pelosok negeri.Dan aku tidak pernah meminta begini pengakhiran hubungan kami.Jauh sudut hati ini ku amat merindui dirinya.Ingin ku peluk jika tidak ku fikirkan tentang dosa.Perpisahan dengan rindu yang mnyesakkan dada.Mengapa kau timbulakn fitnah itu dan akhirnya kau sendiri yang akur dengan kekhilafan mu,Faris?Hati kau tabahlah kerana ku yakin kini kau bukan senang untuk di tembusi lagi..


Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.


~lara 07-07-12, 6.01pm~
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review