Pages

setitis mutiara untuk renungan..

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk berkali2 terlalu sukar untuk kembali kepada bentuk asalnya.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri supaya hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun kerana bila-bila masa ia akan pecah dan hilang.

Kata-kata yang penuh dengan kelembutan dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Kita selalu muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat
Pasangkan azam dan semangatmu setinggi bintang-bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di dasar lautan yang dalam.

Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)
There was an error in this gadget
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review