Pages

Kembali Bersiaran!

0 comments
Assalamualaikum....

Hai Korang!Bajet retis..macam ada sesapa lak yang rindu aku kan?

Lalang panjang bebeno dah dalam blog ni sekarang.Bukan malas tapi aku rasa macam habit untuk update belog ni memakan masa yang agak lama..semangat macam hilang..ada rasa yang tak kena..aku suka cakap sorang2 tapi aku rasa dalam blog ni memang betul2 aku sorang2 bercakap agaknya..Seperti mana aku selalu membebel sensorng kat twitter..kat ig..takde sape pun menemani diri ini..tu lah membuatkan aku rasa...ah malas!

Tapi hari ni kerja aku tersangat lah kurang..So bila kurang kerja tak seperti sebelum2 ni tu yang kerja aku melawat blog2 yang sebelum ni selalu aku layan setiap pagi..tapi jalan punye jalan boleh pulak khatam dah..so takde blog lagi aku nak baca mengisi masa lapang ku...cewah!

Maka dengan terpaksanya,aku terpaksa jugak lah mengupdate blog sendiri..melayan perasaaan seketika..Nak bebel ape erk?Oh life?

Life aku setakat ni alhamdulillah..cuma selalu sangat aku terfikirkan alangkah indahnya andai masa itu lebih dari 24jam kan?Bukak mata gi ofis..kat ofis buat design smbil buat kerja2 ofis..balik ofis pergi production..sampai tengah malam..sampai rumah kadang2 melayan jugak kerja2 tengok bill tengok order..Hurm..penah mama cakap..agaknya kan PM kat Malaysia ni dah umumkan tak hari tanpa kerja sedunia?
Ok faham...mama perli makan dalam...belum papa lagi...OMG

Bukan la..bukan aku taknak balik..tapi tak sempat..kalau ada masa pun sekejapan sangat aku rasa..baik tak payah balik..baik aku ambil masa betul2 plan cuti hjg minggu tu sabtu ahad aku off handphone..kan lagi best..
mama : ah,alasan yang selalu diberi.Mama bosan dah..

kui2.,mak aku ni..bosan sungguh haih dia dengan alasan anak die ni..adoi mama..baiklah this weekend I'll be back!Gituhhhh...

Anak2 bulus?Ok adik beradik yg 3 ekor tu aku hantar balik rumah mama..haha tinggal #QueenOfMemei yang ada kat rumah tu..Sejak bila eh?Oh sejak hari raya tu..bengang gila mama sebab aku exportt bebudak 3 ekor yang tersangatlah hyperact tu kat klang..kui2..bukan apa..aku kan dah pindah rumah landed sekarang ni..Yes memang la lagi mudah sebab boleh lepas kan deme. Tapi aku tak suka peel dorang yang akan tunjuk protes bila aku kurung tak bagi keluar..Habis satu rumah..mentang2 la rumah landed..so senang je keluar ikut tingkap..kalau dulu rumah Apartment gerun jugak la kan dorang nak terjun2 bagai atau menyelinap ni..itupun sebenarnya pernah gak dorang jatuh dari tingkat 3..WALAUPUN aku siap pasang kawad hijau tu..acaner?So rumah bawah ni lagi lah dorang akan tunjuk keberanian tahap dewa dorang tu..GERAM!dah la balik rumah penat2 kan..so untuk menyelesaikan masalah kita letak kat klang..hah nak keluar keluar sangat la..kalau tak kena piat telinga ngan adik2 aku tu...keh keh keh..kadang2 kena ajar deme di train oleh tuan baru..baru behave sikit..haha

Apa lagi nak bebel?Ok rumah baru?Best..sebab aku tak payah susah angkut air dari bawah kalau air takde..fuh!merana sebab kena angkut air tahu...hilang keayuan aku tau..pastu dapat la laman aku sendiri..so untuk yang gila mendeko rumah ni..kalau dulu mana la ada ruangan nak deko2 laman ni kan?huhu..cet bajet macam 'Suprise!' by Eric Leong kan?ala,takdelah kreatif sangat macam dia laaaaaaa....

Hah,ok lah..itu aje yang di bebelkan untuk kali ni..In Shaa Allah nanti aku sambung lagi erk..


~ Lara 110914 ~




Pray for MH370

0 comments
Assalamualaikum..

Pastinya semua sudah maklum dengan tragedi #MH370 yang melanda Negara kita baru-baru ini.
 Hilangnya pada 8 Mac 2014 dan berita terkini telah dimaklumkan sendiri oleh PM kita pada 24 Mac 2014.
Berita yang bukan sahaja memberikan impak yang besar pada kita apatahlagi kaum keluarga sahabat handai yang terlibat.

Seikhlasnya aku tiada kenalan malah tidak mengenali langsung siapa pun yang berada dalam penerbangan tersebut. Namun saban hari mengikuti berita, cerita dan aktiviti pencarian mereka membuatkan aku mengenali serba sedikit karektar dan nama mereka.

Benar, kita hanya orang luar. Kesedihan kita tidak sehebat kesedihan dan ketidak percayaan ahli keluarga yang terlibat menerima berita yang mengejutkan satu dunia ini. Namun berbalik kepada hakikat dan realitinya. Bila DIA mengatakan KUN FA YAKUN maka jadilah ia. Kita tidak tahu apakah yang tersembunyi disebalik ujian ini. Namun yakin lah bahawa ujian Allah itu pasti ada sebab nya.

Tidak usah memberikan sebarang spekulasi yang tidak berasas. Ku yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan jadi pendebat untuk membahaskan cerita yang tidak sahih. Tidak usah menjadi pemberita melaporkan sebab dan munasabab kesan dari 'cakap'cakap' orang. Bayangkan jika ahli keluarga dan orang yang kita sayangi berada di sana. Ya Allah..

Sebenarnya aku dihantui oleh gerapan cerita wayang 'NON STOP' baru-baru ini. beberapa hari sebelum kejadian aku melihat filem tersebut bersama kawan-kawan. Bila mendapat berita tersebut aku membayangkan seolah2 berada di dunia itu. Tapi siapakah aku? Usah menambahkan kesedihan mereka yang terlibat..

Seharian hari ni aku rasa seolah sayu,sedih dan kosong. Bagaimanakah agaknya pula perasaan ahli keluarga yang mengalaminya? Ya Allah Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang berlaku. Perancangan MU indah..

Deep Inside of me..personally..I'm still..hoping that....there's a bright side...



~Lara 250314~ 

Keding & Omey

0 comments
Assalamualaikum,

Aku tak pasti aku pernah update pasal kisah sebuah keluar kucing stray cat kat sini atau tidak. Aku selesa panggil ibu kucing ni Keding. Sebab dia memang keding sangat. kesian..Dulu dia asyik bunting dan beranak. First batch anak yg dia ada 3 ekor kot. comey2 sangat semuanya. 

Tingkat atas bangunan kedai aku ni ada sebuah unit yang tinggal. Dah kosong bertahun. Sepanjang aku menyewa kedai aku ni,kat atas tu memang tak pernah berpenghuni. So si keding dengan anak2 dia ni dah macam penyewa tak berbayar kat unit tu. Ok lah kan. atleast aku tahu dorang memang kat atas. bila lapar je dorang akan turun depan kedai aku. Sebab aku akan letakkan bekas makanan dan air kat situ.

Aku rasa dah lama jugak kot bila aku tengok anak2 dia yg first batch tu sekor2 macam tak turun makan. Aku letakkan picture yang sempat aku snap dan aku letakkan di Instagram.




Comel kan?Tapi sekarang ni aku dah xnampak dah kelibat dorang ni semua. Aku tak tahu di ambil dek orang atau mati..kesian..aku harap dorang duduk di tempat yang sangat selesa. Mudahan..yang aku terperasan kan dorang ni dah takde bila keding bawak anak baru.sekor je, comel dan sangat cantik. Kalau aku mampu aku dah bawak keding balik. Tapi..yelah..aku takut aku tak dapat jaga dengan baik. Aku fokus dengan yg 4 ekor di rumah tu je setakat ni..Namun setiap hari aku akan pastikan ada makanan dan minuman kat situ.

Tengok anak keding yang baru ni.





Bulu dia tebal kan?Yang sekor yang besar tu la Keding. Yang kecik ni aku panggil dia Omey.Huhu,aku harap anak yang ni kekal dengan Keding. Yang ni Jantan. Kalau ada sesiapa yang mampu untuk berikan tempat yg selesa pada Keding dan Omey Bagitahu lah aku..Boleh adopt dari aku. Dorang sentiasa datang kat kedai aku ni. Lepas makan dorang naik atas 'rumah' dorang balik.

Oh jangan tanya mana bekas makanan dan minuman kat situ. Ada manusia yang sangat dengki dekat kawasan tempat aku berniaga ni yang tak boleh tengok ada bekas kat situ. Selalu hilang. Boleh baca di sini.
Bukan mahal sangat pun bekas tu. Tapi entah penyakit ape ntah yang tak boleh tengok bekas makanan kat situ.


~Lara 030214~




Tahun 2014!

2 comments
Assalamualaikum...

Mahapkan hamba..ada ke orang yg rindu kan aku ketika ini?WAHH,takde??
Hokey!

Tak kisah lah ada yang rindu ke idok ye. Hari ni hari ke 22 dalam tahun 2014. Baru nak masuk ke dalam belog yang macam dah lama di biarkan sepi..sob..sobs..aku ada je..malah setiap hari dok ngadap depan pc..tapi entahlah kenapa belog ni masih tak berhapdet..kadang pening gak 'pikio'..

Ok masih awal lagi kan?Aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014!Azam?ermm..'ekceli' azam tahun 2013 ada yang masih terkandas..ada pahit ada manis..tapi yg pahit tu aku malas nak ingat.Yang tu adalah salah satu azam utk tahun baru 2014 untuk aku. Selain tu aku hope bisnes Jahitan dan Percetakan yg aku usahakan akan semakin maju..InsyaAllah..Fokus utama tahun ni nak tempatkan production dan showroom pada satu tempat yang sama.Letih nak berlari2 macam ni.walaupun aku naik kereta sebenarnya..ah iye sangat lah berlari nye..kui2..kui2..Other than that nak letakkan bajet untuk pergi bercuti tahun ni..teringat dialog mama baru2 ni,

mama : dalam banyak2 azam kau tu takde ke yg terselit azam nak adakan majlis long?

aku : la kan dah ada ma..tahun ni bukan sampai ada 2 majlis?kakde ngan abg tu?

mama : mama cakap majlis kau la..bukan majlis org lain.

aku : oh..majlis org..tunggu bulan 9 la ma..

mama : bulan 9?sungguh?

aku : ha lah ma..nanti orang buat majlis hari jadi...majlis gak la tu

mama : loyar buruk kau ni long!

kikikiki...apelah mak aku ni..jangan la tanya..aku pun tak tau nak jawab apa..takde orangnya macam mana nak ada majlis nye kan?takpelahh..bagi jalan pada adik2 ku dulu...best gak kan?boleh minta serba satu gak kan?langkah bendul la katekan...

HAHAHAHA...

Anak-anak bulus?masih ok..alhamdulillah..masing2 sihat dan montok..cuma nakal masih berada tahap yang sama.takde rasa nak berubah kot deme ni..kalau tak terbalik bekas makanan dan bekas minum jangan lah cakap tu anak-anak bulus aku..kadang2 pening dan berapi gak dibuatnya..tapi dorang tu saje lah yg tak menjawab kalau aku marah dan bebel2..paling tidak dorang akan balas balik 'meow..meow..'

aku dah lama tak menceceh pasal dorang kat twitter dan instagram kan?hehe..jarang dah kot aku ber alam maya sekarang ni..plus bz sangat kan..sampai aku rasa 24 jam tak cukup untuk aku sebenarnya..tapi manalah mungkin akan ada lebih 24 jam kan?

Eh ok lah..tu dulu..nanti aku smabung sambung lagi ye...


*motip letak bibio?haha..xde motip sebenonye..malas nak transfer gambar..see!ok malas tu masih tak boleh ubah secara drastik..kannn! :P


~ Lara 22/01/14 ~
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review