Pages

Teman Pengganti!

0 comments
Lirik Black & Malique - Teman Pengganti

intro (black)
ketawa bersama
menangis bersama
ku bersumpah harap kita
mati pun bersama

verse 1 (malique)
sejak dua menjak ini
makin kerap ku diganggu visi
bila celik, juga bila mimpi
aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
dia membelaimu dengan izin dan permisi
sentuhan katanya semuanya kau iakan
sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka

beberapa purnama dulu cinta bertakhta
kenangan dibina kita indah belaka
ketawa bersama, menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
namun hakikatnya, bukan mudah
aku sembunyikan gulana-gundah
segalanya kan berubah
dengarkan apa yang ku mahu luah

chorus
rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala-galanya
kuceritakan
aku kan pergi
pergi ku tak akan kembali
tiba masanya
kau cari teman pengganti

verse 2 (malique)
dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
kita tak terlepas dari terkena tempias
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
bila dunia seolah tak memahami
kau sudi selami, dalami dan mengalami

setia mendengar, sentiasa hadiir
ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
dalam diam ada, seorang yang kupuja
kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

chorus
rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala-galanya
kuceritakan
aku kan pergi
pergi ku tak akan kembali
tiba masanya
kau cari teman pengganti

verse 3 (malique)
sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
terperangkap dalam jasad, ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu
namun aku tetap murung, berkurung
tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
komplikasi di halaman susuk kiri
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

lagu ini yang terakhir aku sajikan
kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
jaga diri, jangan makan hati
yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
bilik dah kukemas, katil dah kurapi
cincin, kunci, dompet dalam laci
ada sikit wang, itu saja baki
moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

outro (black)
aku kan pergi
bertemu kekasih abadi
tiba masanya
kau cari teman pengganti

thumbs up #blackMentor & Malique!!Nak dengar?Klik kat sini dan layankan

Cerpen pendek : Persahabatan

0 comments
Petang itu aku sedang menyelesaikan kerja di pejabat yang agak banyak. Suku meja ku di penuhi fail-fail tebal yang memerlukan aku menyiapkannya sebelum minggu depan. Ku jeling kalendar di tepi meja. 18 April!
'Alamak!Dateline next week la. Sempat ke tak aku siapkan kerja ni?'aku bermonolog di dalam hati.

"Excuse me darling. Esok siapa yang assist you registration talk tu?" soal Amalina tiba-tiba di sebelahku. Aku menoleh dan menggigit bibir geram.

"Kau tahu beri salam tak Ina?Aku terperanjat tahu tak.."sela ku.

"Haha,asal aku tegur kau je kau berangan. Asal aku cakap je kau berkhayal. Bila masanya kau tak berkhayal ni minah?"Soal Amalina lagi celupar.Aku mencebik tanda memprotes kata-katanya.

"Esok Saiful la tolong aku.Asal?Takkan kau nak tolong aku pulak?Bukan kau nak balik awal ke esok petang?"

"Memang la awalnya macam tu.Tapi bulan ni aku takde OT lagi la.Nak kumpul duit.Esok aku tolong kau ok?"

"Hurm,nanti aku tanyakan pada Saiful.Takpun kau cakap lah sendiri dengan saiful.Swap sendiri boleh?"ujarku sambil meneruskan menaip di PC.Amalina nampak puas hati dengan jawapan ku lalu dia beredar dari tempatku.Dan aku meneruskan menyelesaikn tugasku sehinggalah tiba-tiba aku terdengar satu suara di pintu masuk pejabatku.Walau kedudukan meja ku agak jauh dari pintu masuk namun aku dapat mendengar dengan jelas suara seorang lelaki yang agak tinggi nadanya memarahi penyambut tetamu di hadapan pejabat.

"What's wrong with you guys?Is this what you called the best services?I'm your member and I paid my annual fees every year.Why do I need pay more to register that course?Whose the person in charge that I need to talk to!" agak bergema suara tersebut dan aku memanjangkan leher menjengah apa yang berlaku.Teman-teman sepejabat juga mula berbisik sesama sendiri menghadapi situasi tersebut.Saidatul,penyambut tetamu pejabat berlari-lari anak menuju ke arahku.

"Cik Min,orang tu nak jumpa.Dia bising-bising kenapa dia kena bayar registration fees for non member.Cik Min nak jumpa dia kat depan atau nak saya bawa kan ke dalam meeting room?"ujar Saidatul takut-takut. Aku memahami perasaannya kala itu. Darahku agak menyirap kala itu.Aku di ganggu di kala aku sedang sangat kekalutan dengan kerja.

"Awak bawa dia dalam meeting room." putusku setelah berfikir seketika.Saidatul mengangguk dan mendapatkan kembali lelaki tersebut.

"Hey girls.What happened?"soal Pamela,ketua untuk jabatanku.

"Crazy men," jawabku sepatah.Pamela hanya tersenyum. Aku menekan ikon 'Course' di PC dan terdapat beberapa 'Folder' sebelum aku menggerakkan cursor ke arah folder bertanda 'urgent'.Selama beberapa minit aku menilik data yang tersenarai di dalam folder tersebut sebelum aku menarik nafas lega dengan maklumat terbabit.Hatiku membara yag cuba ku kawal tahap kepanasannya.Aku bangun dan lantas menuju ke arah salah satu dari meeting room yang sempat diberitahu oleh Saidatul dari gerak bisunya.Aku membuka pintu bilik meeting terbabit. Kelihatan seorang lelaki yang agak berusia pada pandangan mataku sedang memandangku dengan tajam. Mungkin sedang menahan marah sepertiku.Aku mengambil tempat di hadapannya.

"Yes,sir.I'm Minratul Hidayah.What can I assist you,sir?"ujarku masih berhemah dan senyum yang di buat-buat.

"What's wrong?Here!Tell me why I have to pay more RM500 to the course?I'm member of your Institution right?So,what reason you charge me on that amount?Did you check wisely before you submitted the registration form to those participated?Or you just click and charge!" Ya,itu dia kata-kata makian yang keluar bak peluru dari mulut mamat di hadapanku itu.

"Excuse me,sis. Can I get your membership number first?" aku masih menahan kesabaran di dalam hati.

"Huh, i taught you have one!" masih bengis dia menjawab.

"Yes, but can you just give me your copy please.."lembut kataku dengan senyuman yang memang 'fake'.Dengan terpaksa dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya dan memberikan kepadaku denga cara membentak.Tahu cara membentak macam mana?Dengan mulut muncung dn mencebik.Untuk seketika aku membelek dan mengangguk.

"Ok sir. Here..Yes you are member of our Institution.But you may have the latest expiry number for your membership to entitle the 50% of registraion fees.Today,if I'm not mistaken is 18 April 2012 but there's show on your card is 01 January 2012,sir. Its mean you are not member of our Institution yet.Our procedure to renew our membership only take a few second at 2nd floor,sir.Do renew your membership first to entitle the registration fees for member.And for sure to avoid your application for this course withdrawn.Is my explanation enough for you,sir?" dengan sindiran aku menjawab segala persoalan mamat tersebut dengan ayat yang mash ku tahan bisanya. Ku lihat mamat itu mengambil kembali kad ahli dari tanganku dan beliau menggetap bibir buat seketika.Aku hanya memandang pelakuan tersebut dengan rasa yang sangat jengkel di hati.

"Erm,ok.I'm going upstairs first.tq" lantas mamat itu pun berlalu dari bilik meeting tersebut dengan tergesa-gesa.Selang seminit,Saidatul menemui ku.

"Cik Min,apa cerita?"soalnya kepoh.Aku tersenyum sinis.

"Orang yang perasan hebat memang lupa untuk tengok kesilapan diri sendiri,"

"Means bukan salah saya yang hantar confirmation itu la ye?"soalnya lagi.

"No,its not your fault.Your fault only when you did not slap his face with your cute hands.Haha..menyusahkan orang saja orang macam ni.Dahla saya banyak kerja ni."ujarku sambil bangun dan menuju ke meja ku.Saidatul tergelak kecil mendengar kata-kataku tadi.Sampai di meja,aku mengeluh kecil.Kepalaku terasa berdenyut-denyut.'Inilah padahnya marah tak lepas ni'.Aku memicit-micit kepalaku.Untuk meneruskan kerja yang tertangguh sebentar tadi mula terasa malas.Aku bangun dan pantas menuju ke pantry untuk mengambil air masak dan membuka peti rawatan yang disediakan oleh pihak syarikat untuk pekerja.Aku mengambil dua biji panadol Active Fast dan memasukkan ke dalam mulut.Secawan air ku minum untuk menolak dua biji panadol itu ke dalam perut.Nafas ku stabilkan dan beberapa ketika itu sahaja yang ku lakukan di dalam pantry tersebut sebelum Saiful menjengah ke dalam.Aku menaikkan kening tanda menyapa.Sapaan ku hanya di sambut dengan muka yang masam.

"Hai,muka monyok je ni kenapa?Gaduh dengan girlfriend ke apa?"soalku.Saiful mengambil tempat di hadapanku.

"Bengang dengan kau,"itu jawapan Saiful yang membuatkan aku mengerutkan kening.

"Aik,takde angin takde ribut kenapa aku pulak yang kau bengangkan ni?"selaku tika itu.Sudahlah aku baru berdepan dengan member yang psiko ni pula tambah lagi dengan satu lagi sketsa agaknya.

"Takdelah,aku baru je balik dari Talk kat depan tadi. Tiba-tiba si Amalina bagitahu aku,kau minta dia gantikan aku esok kat Course kau.Apa ni,Min?Aku kan dah sign surat OT esok dengan Miss Onn?Tak best lah macam ni.."ujar Saiful yang ku dapat rasakan sedang menahan bahang amarahnya.

"Wait..wait..apa cerita yang kau nak cakap ni?Bila masa aku yang minta Amalina gantikan kau pulak ni?"bidasku tak puas hati.Darahku kembali naik ke kepala.

"Amalina lah yang cakap kat aku tadi.Dia kata kau yang minta dia gantikan aku untuk assist kau kan?Apa ni,Min?Aku tak suka lah macam ni.Kau macam lalang la beb.Sekejap kau minta aku tolong kau.Sekejap kau kata orang lain pulak.Aku dah reserve kerja aku kot untuk kau esok petang..sia-sia lah aku buat semua tu.."suara Saiful seperti di tahan-tahan dan tapak tangannya menghentak meja.Biarpun agak perlahan tapi perlakuan itu ku tahu tanda protes dan juga ego seorang lelaki.Kemarahanku tidak dapat lagi dibendung.

"Kau panggil Amalina sekarang dan masuk dalam bilik meeting now!"tempikku.Kemarahan yang cuba ku stabilkan tadi mula menguasai diriku kembali.Di tambah lagi dengan kesakitan di kepala yang mencucuk membuatkan aku gagal untuk menahan emosi.Aku melangkah kasar menuju ke bilik meeting dan selepas beberapa minit kemudian Amalina dan Saiful mendapatkan tempat duduk di hadapanku.Aku memandang keduanya silih berganti.

"Ok,aku nak dengar dari mulut kau orang berdua apa yang aku cakap dan apa yang korang cakap!"sela ku dengan suara yang begetar akibat menahan marah.Amalina menundukkan wajah.Saiful memandang sekilas ke arahnya dan bersuara,

"Aku baru je keluar dari lif tadi sebelum Amalina panggil aku dan cakap kau minta dia tolong kau masa registration esok.Aku tak puas hati aku tanya lah dia kenapa.Dia jawab dah kau yang bagi arahan macam tu.Ikut ajelah.Tu yang lepas tu aku terus jumpa kau dan tanya kau,Min.."ujar Saiful.

"Kau bukan tanya aku kau terus bidas aku,saiful.."sela ku.Saiful terdiam.

"Kau pulak Amalina..Apa yang aku cakap kat kau tadi masa kau datang jumpa aku?"

"Err...yelah..kau kata nak aku tolong kau kan?Tu yang aku cakap kat Saiful tadi.."nada suaranya pelahan.Aku mengangguk dan mengeluh perlahan.

"Aku mengeluarkan kenyataan untuk minta kau tolong aku ke tadi?Kau datang pada aku minta aku berikan kau OT tu sebab kau takde OT bulan ni?Bukan ke aku katakan pada kau,nanti aku tanyakan dengan Saiful atau minta kau sendiri yang swap dengan dia?Did you heard anything in my sentence that confirm or I made any decision on that matter??"hujah ku dengan geram.Saiful memandang Amalina dan Amalina hanya menundukkan wajahnya.

"Rupanya kau sediri yang cakap macam tu kan Ina?What's wrong with you?"tingkah Saiful.

"Same goes tou Saiful.Aku bukan staf bawahan kau yang perlu kau bidas tanpa pertanyaan terlebih dahulu!"aku membidas kata-kata Saiful dan dia terdiam.

"Mind your words when you said anything in front of your leader.Jangan di sebabkan aku ingin jadikan persekitaran aku friendly supaya korang seronok bekerja tapi korang pijak kepala aku.When I said A,do not twist my statement.Please keep inside your mind about honestly.Both of you are my staff.I'm your friend and same as to you both.Why we need argument when we can leave it as happily moment?I really stressed today.I'm back off now!See you guys tomorrow.Dismiss!"seusai berkata sedemikian aku melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Saiful dan Amalina.Sakit kepalaku menjadi-jadi sehingga membuatkan aku untuk mengambil EL pada hari itu.Aku mengambil beg tangan di dalam laci dan meninggalkan ruang pejabat dan menuju ke tempat letak kereta.Di Dalam kereta aku melepaskan keluhan kasar.Entah mengapa air mataku meluncur keluar ke pipi.Amalina,sahabat sejak dari aku sekolah menengah lagi.Mengapa dia menjadi begitu di belakangku?Saiful,teman sepengajian di UITM dulu.Mengapa membidas aku tanpa usul periksa?Mereka memaksa aku untuk membezakan kedudukan aku dengan mereka yang mana ianya menjadi satu kebencian aku kerana mereka berdua adalah sahabat ku sejak dulu..



Segala catatan didalam blog ini adalah hak rasmi oleh lforlara.blogspot.com SAHAJA.sebarang cetakan baru untuk menerbitkan kembali catatan ini sama sekali tidak dibenarkan.Harap Maklum.


~22JUNE2012-04.57PM~

Cloudy day!

0 comments
Hey buddy..i'm back! Eh from now onward, aku na share beberapa cerita hasil nukilan ku untuk korang semua la..Mau nggak?Ala,bajet macam aku di kenali ramai kan? Orait, entry kali ni aku tak share lagi tapi saja nak share about my mum yang baru sahaja keluar dari hospital awal minggu ni. Dia dimasukkan ke hospital sebab sakit dada selepas beberapa hari kami semua balik dari gathering ke sungai sendat. Huuu...aku dan adik-adik ku sangat sedih dan sangat berharap yang my mum akan kuat untuk mengharungi semua tu. Selepas dia keluar dari hospital tu, aku ada belikan dia produk kesihatan dari Gamat Emas. Actually, dia dah amalkan makan produk tersebut dah lama dah. Tapi entah kenapa stok baru-baru ni habis. Yelah,orang kata nak buat macam mana kan?dah termaktub jadi macam tu kan?Apa pun aku puas hati yang kini dia kembali sembuh. Untuk melakukan kerja-kerja berat tidak lagi dan aku amat berharap kesihatannya semakin bagus. Oh kalau korang nk tahu apa produk yang my mum makan (actually kita sendiri pun elok untuk makan) kat sini aku ada attach kan sekali produk tu. Khasiat nya korang boleh klik link kat atas tu k. Bukan apa,banyak khasiat yang terbukti elok. Dan hasilnya InsyaAllah tidak akan mengecewakan.


Number one for me- Maher Zain

0 comments
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now

I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late

I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me

Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day

I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh

Number one for me
 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review