Pages

Keding & Omey

0 comments
Assalamualaikum,

Aku tak pasti aku pernah update pasal kisah sebuah keluar kucing stray cat kat sini atau tidak. Aku selesa panggil ibu kucing ni Keding. Sebab dia memang keding sangat. kesian..Dulu dia asyik bunting dan beranak. First batch anak yg dia ada 3 ekor kot. comey2 sangat semuanya. 

Tingkat atas bangunan kedai aku ni ada sebuah unit yang tinggal. Dah kosong bertahun. Sepanjang aku menyewa kedai aku ni,kat atas tu memang tak pernah berpenghuni. So si keding dengan anak2 dia ni dah macam penyewa tak berbayar kat unit tu. Ok lah kan. atleast aku tahu dorang memang kat atas. bila lapar je dorang akan turun depan kedai aku. Sebab aku akan letakkan bekas makanan dan air kat situ.

Aku rasa dah lama jugak kot bila aku tengok anak2 dia yg first batch tu sekor2 macam tak turun makan. Aku letakkan picture yang sempat aku snap dan aku letakkan di Instagram.




Comel kan?Tapi sekarang ni aku dah xnampak dah kelibat dorang ni semua. Aku tak tahu di ambil dek orang atau mati..kesian..aku harap dorang duduk di tempat yang sangat selesa. Mudahan..yang aku terperasan kan dorang ni dah takde bila keding bawak anak baru.sekor je, comel dan sangat cantik. Kalau aku mampu aku dah bawak keding balik. Tapi..yelah..aku takut aku tak dapat jaga dengan baik. Aku fokus dengan yg 4 ekor di rumah tu je setakat ni..Namun setiap hari aku akan pastikan ada makanan dan minuman kat situ.

Tengok anak keding yang baru ni.





Bulu dia tebal kan?Yang sekor yang besar tu la Keding. Yang kecik ni aku panggil dia Omey.Huhu,aku harap anak yang ni kekal dengan Keding. Yang ni Jantan. Kalau ada sesiapa yang mampu untuk berikan tempat yg selesa pada Keding dan Omey Bagitahu lah aku..Boleh adopt dari aku. Dorang sentiasa datang kat kedai aku ni. Lepas makan dorang naik atas 'rumah' dorang balik.

Oh jangan tanya mana bekas makanan dan minuman kat situ. Ada manusia yang sangat dengki dekat kawasan tempat aku berniaga ni yang tak boleh tengok ada bekas kat situ. Selalu hilang. Boleh baca di sini.
Bukan mahal sangat pun bekas tu. Tapi entah penyakit ape ntah yang tak boleh tengok bekas makanan kat situ.


~Lara 030214~




Tahun 2014!

2 comments
Assalamualaikum...

Mahapkan hamba..ada ke orang yg rindu kan aku ketika ini?WAHH,takde??
Hokey!

Tak kisah lah ada yang rindu ke idok ye. Hari ni hari ke 22 dalam tahun 2014. Baru nak masuk ke dalam belog yang macam dah lama di biarkan sepi..sob..sobs..aku ada je..malah setiap hari dok ngadap depan pc..tapi entahlah kenapa belog ni masih tak berhapdet..kadang pening gak 'pikio'..

Ok masih awal lagi kan?Aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014!Azam?ermm..'ekceli' azam tahun 2013 ada yang masih terkandas..ada pahit ada manis..tapi yg pahit tu aku malas nak ingat.Yang tu adalah salah satu azam utk tahun baru 2014 untuk aku. Selain tu aku hope bisnes Jahitan dan Percetakan yg aku usahakan akan semakin maju..InsyaAllah..Fokus utama tahun ni nak tempatkan production dan showroom pada satu tempat yang sama.Letih nak berlari2 macam ni.walaupun aku naik kereta sebenarnya..ah iye sangat lah berlari nye..kui2..kui2..Other than that nak letakkan bajet untuk pergi bercuti tahun ni..teringat dialog mama baru2 ni,

mama : dalam banyak2 azam kau tu takde ke yg terselit azam nak adakan majlis long?

aku : la kan dah ada ma..tahun ni bukan sampai ada 2 majlis?kakde ngan abg tu?

mama : mama cakap majlis kau la..bukan majlis org lain.

aku : oh..majlis org..tunggu bulan 9 la ma..

mama : bulan 9?sungguh?

aku : ha lah ma..nanti orang buat majlis hari jadi...majlis gak la tu

mama : loyar buruk kau ni long!

kikikiki...apelah mak aku ni..jangan la tanya..aku pun tak tau nak jawab apa..takde orangnya macam mana nak ada majlis nye kan?takpelahh..bagi jalan pada adik2 ku dulu...best gak kan?boleh minta serba satu gak kan?langkah bendul la katekan...

HAHAHAHA...

Anak-anak bulus?masih ok..alhamdulillah..masing2 sihat dan montok..cuma nakal masih berada tahap yang sama.takde rasa nak berubah kot deme ni..kalau tak terbalik bekas makanan dan bekas minum jangan lah cakap tu anak-anak bulus aku..kadang2 pening dan berapi gak dibuatnya..tapi dorang tu saje lah yg tak menjawab kalau aku marah dan bebel2..paling tidak dorang akan balas balik 'meow..meow..'

aku dah lama tak menceceh pasal dorang kat twitter dan instagram kan?hehe..jarang dah kot aku ber alam maya sekarang ni..plus bz sangat kan..sampai aku rasa 24 jam tak cukup untuk aku sebenarnya..tapi manalah mungkin akan ada lebih 24 jam kan?

Eh ok lah..tu dulu..nanti aku smabung sambung lagi ye...


*motip letak bibio?haha..xde motip sebenonye..malas nak transfer gambar..see!ok malas tu masih tak boleh ubah secara drastik..kannn! :P


~ Lara 22/01/14 ~

mood ke lautttt

0 comments
Just to say this....


~ Lara 311013~

Pelik Tapi Benar!

2 comments
Assalamualaikum,

Lama kan rupanya aku tak hapdett...wuuuu macam mana nak hapdet..aku sangat sibuk dengan kerja-kerja yang ada..ni pun tengah rasa macam perlukan sesuatu ruang untuk membebel..

Jom kita mulakan dengan satu kisah yg bagi aku tersangat lah peliknya. Tentang anak bulus ku si Celat...korang kenal Celat?Yang berbulu. comel dan sangat aktif dan lincah tu?Oh mesti tak perasan..Jap aku tepek kan gambar..


ni lah budak yang akan aku ceritakan dalam entry ni..huhuhu..jap urut dada sebab masih terkenangkan histeria malam tadi..sob sobss.. korang tau kan aku stay tingkat 3 apartment. blok bawah apartment ni rumput la..mengadap ke jalan highway..dan balkoni aku dah macam kawat tentera. warna hijau macam kat bawah ni..


seee..cantik x hiasan tangan ku di balkoni ituuu..hahahahaha..opss terr naik lift lak I yu Olss..ok back to story..ha jangan tertipu dengan gelagat memasing tu..deme semua bukan lah sebaaaaaaaikkk itu yee...tu sebab kena marah je atau sebab aku dok depan deme..boleh la memasing behave..ok korang nampak tak ketinggian tu?agak tinggi kan?hah itu lah ceritanya..malam tu aku dok tengok TV macam biasa..ok balkoni memang berdepan dengan ruangan TV..so sambil aku tengok TV aku dapat la tengok gelagat dorang ni..
Abis tu satu masa tu aku dengar bunyi macam benda jatuh..sangat kuat!dan bebudak ni pulak dok terloncat2 macam kena serang hsiteria..yg Baby Tua dalam gambar di atas (Memei le) dah siap2 masuk berlari masuk dalam bilik stor. Aku tertanya2 la.Apahal bebudak ni..Bila aku bangun aku nampak cat tree tempat dorang cakar2 tu terjatuh dari cage..its mean dorang main2 sampai tergolekkan benda tu jatuh..tu yg bunyi macam apa je..
Dannn korang tauu apa aku nampak?macam ada satu lembaga terbanggg macam roket tu meluncur laju keluar dari balkoni aku..WHAT?!Aku dah tercengang.Apa benda tu!korang tahu ape dia?Hah tu la budak cokelat yang aku tepekkan gambar first tadi!!
Fuh aku rasa jantung aku dah nak tercabut. Rambut mula mengerbang..Eh sebab apa rambut aku pulak mengerbang?No bukan.aku xtau nak menggambarkan perasaan tergamam nye aku waktu tu..Celat terjun dari balkoni sebab terkejut cat tree tu jatuh dari atas cage!Aku mula menggelabah..Dengan hanya memakai baju tidur,aku dah tak peduli kot.terus aku capai kunci and bukak pintu untuk turun ke bawah..aku rasa aku turun macam tak jejak tanah!
Tau-tau aku dah sampai kat bawah. Dan korang tau apa yg aku nampak bila sampai kat bawah?Celat tengah duduk atas rumput dan tengah mengiau dengan kucing jantan entah dari mana depan dia.aku meluru dapatkan dia.aku belek2 badan dia dan langsung takde luka mahupun patah. Tindakan refleks,aku ketuk pale die dan aku cakap 'Kau ni gile ke?kau nak tinggalkan mummy ke hape!' mate dia terkebill2 je tengok aku.dan mengiau perlahan..mungkin dia cakap 'Mummy,aiyem ok la mummy..dont worry..'
Hotak hang Lat..Oppss..

Ye betul korang..Lepas tu bila aku bawak dia naik atas,aku ingat kan dia nak rest ke kot2 terperanjat ke sakit ke kan..mana mahunyeee..terus dia lompat2 macam biasa dan berlari2 balik..huhhhhh!aku pening..aku urut dada dan beristighfar banyak kali..Celatt...oh celattt...

Jatuh dari ketinggian dari tingkat 3,aku takde gambar tepat..tapi boleh nampak sipi2 dari gambar kat bawah ni..


nampak tak kat tepi tu..ni pandangan dari tingkap bilik aku..sobbbsss...aku tak faham..pelik tapi aku tahu itu benar.Tu belum aku bagitahu korang yang lubang pada dawai kat balkoni tu hanya sebesar SEJENGKAL JARI untuk membuatkan dia terjun bak roket dari arah balkoni..aku tak faham..cuma aku tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana malam tadi...hohhhhhhh

*Picit pale*


~Lara 26/09/13~

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

2 comments
Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya..
Hari untuk kita bersuka ria..
Minta mak kuih sepotong..
saya mahu makan kerna perut kosong...

lalalalalala...eh macam tu kan lirik lagu raya tu?muehehe ku bantaii..lantakkk!Baru hari ni nak hapdet belog..orang dah beraya rumah terbuka baru aku nak ucap selamat hari raya kan?Ok takpe..redah je..maaflah sebab lepas minggu pertama raya tu aku terus jadi cam onngila kena ke hulu ke hilir sebab mesin baru sampai kan..so ada sedikit kekalutan di situ..agak bz..Raya tahun ni mama beraya sakan..dia awal2 lagi dah minta aku cuti lebih lama dari tahun lepas..baik mama..for yuu..

Sehari sebelum raya kitorang konvoi dua buah kereta ke Lenggong,Perak..Rumah Pak Usu,adik papa. Kitorang ke sana tahun ni..terbalik kan?abang melawat adik..papa cakap redah je..papa nak rasa suasana beraya di kampung..wahhhh gitu!yelah selama bertahun2 raya di bandar je..mana nak rasa..nampak batu bata saja..jammed jangan cakap lah..tersangat lah jem..kitorang sampai kat lenggong dalam pukul 11malam..dah penat sangat..berbuka kat RNR simpang pulai kalau tak silap..tapi seronok sebab rata-rata orang ramai memang berbuka kat situ..so dah macam camping..even masing2 duduk atas rumput je..best!

Pagi raya tu lepas bermaaf maafan kitorang sempat layan buah manggis..kebetulan rumah pak usu ku ada pokok manggis..so memang pagi tu kitorang bersarapan dengan buah manggis sampai kenyang..lemang,ketupat,rendang semua tolak ke tepi..jual mahal la kekunun nye..lepas tu kitorang konvoi 3 buah kereta pulak ke Baling,Kedah..Ikut jalan dalam..so faham2 memang jalan berbengkang bengkok..aku dah start mual2 even aku yang drive..so ku tahan..let's jalan terus..macam biasa dah nama pun beraya kan..sampai rumah orang kena lah makan lagi...makan dan makan...dijamu pula dessert (gitu!) buah durian..sebab rumah makcik tu ada dusun durian pulak kan..so haruslah aku menggila..dah nama pun buah favourite kan?kikiki..dah kenyang,kitorang patah balik ke Lenggong..rehat2..malam tu kitoang semua masak2 untuk plan esok mandi air terjun..aku lupa nak snap!cantik tempat tu..Lata apa entah nama waterfall tu..raya2 pergi mandi air terjun?haha layan kan je!

Lepas mandi manda tu kitorang ke Taiping pulak...ha kau...lepas mandi kau kena drive pulak so kau bayangkan lah mata dah jadi macam mana..soooo sleeeeepy weii..tersengguk2 macam burung belatuk..Pun jammed yg amat!sampai umah pak long pun dah malam..aku ingat nak bawak family ke Night Safari..sebab dah dekat sangat dengan rumah pak long kan...tapi memasing jual mahal sebab kepenatan..so pelawaan aku hanya dipandang sepi...cett!orang nak belanja pun tak mahu kennn...hahahaa xpe selamatt...(harus kena lempang sebab xikhlas!: P)tu tipu..ikhlas la..so kitorang stay semalaman..kat situ masing2 gigih men 'nyenap' gambar msg2 yang kepenatan..

Lepas tu jalan2 kat bandar taiping singgah rumah kawan2 mama dan papa..makan beraya dan makan lagi..itulah sampai hari terakhir aku cuti..penat memangs angat penat..tapi enjoy sangat2..lupa segala kisah2 sedih..Yeay dan now feel fresh!bukan peel fresh ok..

Oklah, itu je cerita raya ku tahun ni..yang penting kami semua sangat seronok!agagaga..Jom layan gambar sat..gambaq syok sendiri katenye..hahahaha..Selamat hari raya kawan-kawan..Maafkan salah silap kalau ada terkasar bahasa yang mengguriskan perasaan ok..Dah,nak pergi memenuhi jemputan rumah terbuka kawan-kawan dulu..daaaaaa...




 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review