Assalamualaikum,
Lama kan rupanya aku tak hapdett...wuuuu macam mana nak hapdet..aku sangat sibuk dengan kerja-kerja yang ada..ni pun tengah rasa macam perlukan sesuatu ruang untuk membebel..
Jom kita mulakan dengan satu kisah yg bagi aku tersangat lah peliknya. Tentang anak bulus ku si Celat...korang kenal Celat?Yang berbulu. comel dan sangat aktif dan lincah tu?Oh mesti tak perasan..Jap aku tepek kan gambar..
ni lah budak yang akan aku ceritakan dalam entry ni..huhuhu..jap urut dada sebab masih terkenangkan histeria malam tadi..sob sobss.. korang tau kan aku stay tingkat 3 apartment. blok bawah apartment ni rumput la..mengadap ke jalan highway..dan balkoni aku dah macam kawat tentera. warna hijau macam kat bawah ni..
seee..cantik x hiasan tangan ku di balkoni ituuu..hahahahaha..opss terr naik lift lak I yu Olss..ok back to story..ha jangan tertipu dengan gelagat memasing tu..deme semua bukan lah sebaaaaaaaikkk itu yee...tu sebab kena marah je atau sebab aku dok depan deme..boleh la memasing behave..ok korang nampak tak ketinggian tu?agak tinggi kan?hah itu lah ceritanya..malam tu aku dok tengok TV macam biasa..ok balkoni memang berdepan dengan ruangan TV..so sambil aku tengok TV aku dapat la tengok gelagat dorang ni..
Abis tu satu masa tu aku dengar bunyi macam benda jatuh..sangat kuat!dan bebudak ni pulak dok terloncat2 macam kena serang hsiteria..yg Baby Tua dalam gambar di atas (Memei le) dah siap2 masuk berlari masuk dalam bilik stor. Aku tertanya2 la.Apahal bebudak ni..Bila aku bangun aku nampak cat tree tempat dorang cakar2 tu terjatuh dari cage..its mean dorang main2 sampai tergolekkan benda tu jatuh..tu yg bunyi macam apa je..
Dannn korang tauu apa aku nampak?macam ada satu lembaga terbanggg macam roket tu meluncur laju keluar dari balkoni aku..WHAT?!Aku dah tercengang.Apa benda tu!korang tahu ape dia?Hah tu la budak cokelat yang aku tepekkan gambar first tadi!!
Fuh aku rasa jantung aku dah nak tercabut. Rambut mula mengerbang..Eh sebab apa rambut aku pulak mengerbang?No bukan.aku xtau nak menggambarkan perasaan tergamam nye aku waktu tu..Celat terjun dari balkoni sebab terkejut cat tree tu jatuh dari atas cage!Aku mula menggelabah..Dengan hanya memakai baju tidur,aku dah tak peduli kot.terus aku capai kunci and bukak pintu untuk turun ke bawah..aku rasa aku turun macam tak jejak tanah!
Tau-tau aku dah sampai kat bawah. Dan korang tau apa yg aku nampak bila sampai kat bawah?Celat tengah duduk atas rumput dan tengah mengiau dengan kucing jantan entah dari mana depan dia.aku meluru dapatkan dia.aku belek2 badan dia dan langsung takde luka mahupun patah. Tindakan refleks,aku ketuk pale die dan aku cakap 'Kau ni gile ke?kau nak tinggalkan mummy ke hape!' mate dia terkebill2 je tengok aku.dan mengiau perlahan..mungkin dia cakap 'Mummy,aiyem ok la mummy..dont worry..'
Hotak hang Lat..Oppss..
Ye betul korang..Lepas tu bila aku bawak dia naik atas,aku ingat kan dia nak rest ke kot2 terperanjat ke sakit ke kan..mana mahunyeee..terus dia lompat2 macam biasa dan berlari2 balik..huhhhhh!aku pening..aku urut dada dan beristighfar banyak kali..Celatt...oh celattt...
Jatuh dari ketinggian dari tingkat 3,aku takde gambar tepat..tapi boleh nampak sipi2 dari gambar kat bawah ni..
nampak tak kat tepi tu..ni pandangan dari tingkap bilik aku..sobbbsss...aku tak faham..pelik tapi aku tahu itu benar.Tu belum aku bagitahu korang yang lubang pada dawai kat balkoni tu hanya sebesar SEJENGKAL JARI untuk membuatkan dia terjun bak roket dari arah balkoni..aku tak faham..cuma aku tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana malam tadi...hohhhhhhh
*Picit pale*
~Lara 26/09/13~
2 comments:
hamboii.. kemain terer dia terjun.. hua hua hua... tapi kucing member pernah terjun dari tingkat 6 pon still ok lagi. Pernah baca gak ada kucing terjatuh dari tingkat 11 cuma patah kaki.
kajian kabo, average kucing boleh survive walaupun jatuh dari tingkat 6. Sebab kelajuan semasa diorang jatuh agak rendah dan tulang depa boleh serap hentakan.
Dan depa akan selalu landing atas empat empat kaki. Huhuhu
eh betul DL? ok fakta baru yang saya tahu...thankss..sekarang ni balkoni tu dah berubah wajahh..seriau rase..tapi si celat ni memang..di sekor yg perangai berani yg amat sangat...xfahammm..
Post a Comment