Pages

Sepah bukan Sepah tapi bersepah-sepah sebab perompak!

Assalamualaikum..

Wah gituu punya tajukkk...hahaha..mari senyummmm =))
Hai kawan-kawan..Selamat hari Isnin! ^ ^ serius banyak sangat kerja lately..banyak sangat kaedahnya untuk menstabilkan kembali apa yang dah berlaku..weeeeee ok tak tahu nak mulakan dari mana..tapi sebenarnya siapa yang follow aku kat twitter mesti dah tahu cerita ni..cerita dugaan untuk ku di hari ke 6 tahun 2013..Ye,tahun baru...huhuhu..ok nak mulakan cerita masih lagi aku rasa berdebar-debar dan trauma. SANGAT! Takpelah aku cuba kongsikan ye..lagipun mana tahu dah tua-tua nanti aku nak selak lembaran sejarah cerita suka dan suka ku kan?hihi..dah tua pun kau tu lara....#ok


Ok yang atas tu sebenarnaya view bahagian dalam..aku tak tahu nak cakap macam mana bila lihat balik semua ini..huhuhu... #sangatsedih


Yang ini view dari kaunter..Actually bukan ada cash deposit machine pun..Tapi yelah duit yang tak sempat di bank in kan malam tu semua simpan kat sini...dan atas meja tu juga lah laptop untuk artwork & data semua customer tersimpan...


Ok yang ini sebenarnya first view bila aku sampai kat kedai. Aku rasa macam nak pitam dah. Pertama kali menerima kes macam ni..aku sangat trauma..Even wktu aku taip ayat-ayat ni pun aku rasa macam tak boleh nak teruskan. Bayangkan roller shutter terbuka macam ni dari waktu kejadian sampai lah aku sampai jam 9pagi tu..Tapi nasib baiklah Uncle kedai sebelah aku tutup kan pagar..Diorang bukak kedai sewal jam 8 pagi. Huhuhu.. =(  Aku doakan perompak tersebut akan dapat balasan yang setimpal. Oh pada masa hari kejadian tu ada 3 kedai yang di pecah masuk oleh perompak yang sama. Dahsyat kan?Kenapa orang sekarang hanya ambil jalan mudah untuk mendapatkan duit?Kerja sendiri la hoii..orang kerja siang malam demi sesuap rezeki yang halal korang senang2 je merompak.dah la merompak pastu kau nak buat sepah kedai orang..kan sangat kurang disiplin di situ..penat aku mengemas dan mengemop satu kedai tu balik hoi!! Yang kelakarnya kereta kontrol yang aku letak atas tempat tinggi pun di ambilnya. Gigih sungguh!Cabel USB untuk charge handset pun di ambilnya. Ok kat situ aku tau perompak menggunakan smartphone!hurmmm..*urut dagu*


Tempat simpan alat jahitan and stok jahitan pun dorang nak geledah. Sangat kurang ajar. Kalau lah mereka ni semua kena rompak dengan perompak lain apa perasaan dorang agaknya kan?Ok kotak yang hijau tu polis dah ambil untuk siasatan dan ambil cap jari semua di semua bahagian.. tapi biasalah..jauh benar untuk mendapatkan siapakah gerangan mereka..aku bayangkan kalau H datang kat kedai aku buat siasatan..sure sangat cepat kan?sambil bukak sunglass dia tu sambil cakap 'I know who they are' ..Jeng2..ok itu #khayalanCSI ..huhuhu


Ohohoho gambar ni aku letak kat twitter..Ada yang kate ni anjing.. Bukan sayang..ini adalah Musang..Aku terlanggar musang ni bila on the way ke rumah my Auntie. It was 2 weeks after kejadian rompakan tu..Kalau aku tak silap la..Aku bayangkan kalau salah sorang perompak tu aku langgo sampai jadi cenggini..kan bagus..ok itu dari aura marah dan trauma yang masih berbaki..apepun maafkan aku wahai cik musang..aku tak perasan kan kau..malam gelap dan dia muncul secara tiba-tiba dari kawasan semak. Aku ingatkan kucing.Aku dah menjerit sebab terasa sangat waktu aku langgar badan dia...huhu..maaf,maaf sangat-sangat..aku harap kau semadi dengan aman..Sepupu aku dah tanam kat belakang rumah pada malam yang sama. Huhuhu

Ok time kerja..nanti sambung lagi.


~Lara 4/2/13~


2 comments:

Aujinz said...

semoga perompak itu mendapat balasan yang setimpal... sangat keji ~

Lara sushi said...

sangat2 keji DL..huk rasa nak sepak terajang kalau terserempak dengan dia tengah main kereta kontrol tersebut..

huk

 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review