Pages

Kealpaan perlukan teguran!

Assalamualaikum...

Tajuk yang mungkin agak beremosi di situ ye..hahaha..Ok cool...sebenarnya lately aku rasa emosi ku macam tahap gaban sikit kot..mungkin penat mungkin stress..ke sejak2 usia yg dah meningkat naik ni sebenarnye ye?Aktiviti aku setiap Isnin hingga Jumaat : Bangun Tidur,Mandi,bersiap, makan ubat,turun pergi kerja,drive, meeting,buat kerja,layan Pesbuk (sambil-sambilan dong),layan twitter,update blog,balik keje,drive,sampai kedai,tengok order,bukak laptop,kira akaun,buat design,tutup kedai,balik rumah,bersihkan tempat anak2,bagi deme makan,mandi,makan,tengok tv,tido. Dan aktiviti tu la bak round shape aku lakukan setiap hari. Hanya berubah bila ada perkara2 yg tidak ada dalam senarai berlaku tiba-tiba..

Tetap manusia biasa bila berada di rumah untuk mencari secebis ketenangan. Jangan lah ganggu aku dengan mencari isu yang entah kan apa-apa melibatkan org lain..Aku mungkin sensitif tapi tak bermakna aku suka menganggu kehidupan orang lain..begitu juga adanya aku nak pada life aku..(maaf part ni aku dah rasa macam mengarang ayat dalam cerpen aku lak) sobbss..Aku tilik balik senarai yang aku buat hari-hari..mana yg salah..mana yg silap yg boleh aku katakan aku melakukan salah kepada orang lain tanpa sedar..lalu aku hantar msg pada mama beberapa hari yg lepas untuk mengadu.

Aku : Assalam,Ma..Alg stressed..sedih..Rasa mcm nk nangis skrg ni.

Mama : Kenapa? --Ok yg ni mama memang biasa.Aku tulis panjang-panjang dia akan jawab cenonit je..takpe dah faham..

Aku : xtahu sbb ape.Tp tiba rase nk nangis.Nape ye Ma? 

Masa ni mak aku dah malas nak balas mesej aku agaknya beliau terus call. Ok,aku anak yg jimat kredit nak call mak nye sendiri..hehe takdelah!!!Melampau la kalau jimat kredit call mak sendiri weeii..mak aku tu kalau aku call agak susah nak berangkat..sebab dia bz melayan pokok-pokok yang beliau tanam tu..

Aku : Ye ma,assalamualaikum..

Mama : Waalikumsalam..Buat apa je hari ni?

Aku : Takde buat ape pun ma. Pergi kerja macam biasa. Balik kerja pergi kedai. Tu je la.

Mama : Peod ke?----bahasa kami bermaksud period/datang bulan

Aku : Takdelah,ma. Baru je habis..

Mama : Dah solat ke?

Aku : Belum,jap lagi Ma..

Mama : Tu la.awak kena pastikan solat tu terjaga. Jangan abaikan.Jangan lengahkan.

Aku : Iye.... ----kat sini aku dah rasa macam lagi stress..betul!Sehinggalah mama sambungkan lagi ayat kat bawah ni..

Mama : Ada awak cakap Alhamdulillah sebab Allah pinjamkan lagi usia pada awak hari ni bila bangun pagi tadi?takpun mungkin awk tak sedar masa awak drive,awak ada sakitkn hati driver lain.Mama jamin awak mesti selalu online kan?Mana awak tahu awak ada sakitkan hati kawan-kawan awak tanpa awak sedar..Sayang,memang kita selalu cakap yang setiap hari kita buat mesti perfect. Mesti takde salahnya. Tapi,awak kena ingat.Kita ni manusia..Kita mesti tergelincir sikit..Mesti ada sikit walau tak banyak..Patutnya awak kena bersyukur, Allah pinjamkan lagi rasa sedih, rasa nak menangis tu sebab Allah nak awak ingat ke Dia. Sebab tu kita jangan leka..

Selepas mama cakap ayat tu terus aku menangis..Menangis tersedu sedan weii. Padahal aku sendiri pun tak faham punca sebenar aku nak menangis sebab apa. Aku tak malu nak menangis depan mama dalam telefon. Sebab mama lah orang yang takkan cakap ayat ni, "Janganlah menangis.Bodoh la kau ni " atau ayat ni "Jangan menangis.Nanti awak sakit.." atau ayat yang ini "Kalau kau menangis dapat selesaikan masalah ke?" waktu aku menangis. Mama akan cakap "Menangis la banyak mana awak nak.Dah lega nanti mama call awak balik.". Aku manusia alpa..Mohon maaf dan mohon ditegur jika aku salah ye..Tegur berhemah lah..bukan macam kau jeritkan pencuri yang curi wallet kau atas meja makan..


Weeeee,kacak nye Puss ni!!!!


~Lara 28/12/12~

4 comments:

ery D cat said...

biasalah kan kehidupan mcm2 rintangan yg dtg...terpulang pd kita mcmana nak handle...alhamdulillah msh ada tmpat mengadu...:)

Lara sushi said...

kan ery...kadang2 kita apla dan leka... ^ ^

m4rilyn said...

same goes to me. tapi kita xde la call mama kat kg.

sedar sendiri pastu alpa pun sendiri :P

Lara sushi said...

marilyn : hehhe kite ni kedang nye melampau sikit..tu yg manjang carik mak tu..hihi

 

aku,kucing,dia dan kamu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review